BAB 22

4.1K 117 2
                                    

"Nak balik dah ke? Tak nak lepak cafe dulu?"

Dari muka pintu bilik peribadi Zandra, Felicia pandang Zandra yang membetulkan rambut panjangnya. Rambut panjang yang tadi diikat kemas, kini dilepas bebas beralun.

Hari ini, Zandra hanya mengenakan blouse cotton berwarna pastel ungu dipadankan dengan loose pant berwarna putih. Kaki pula tersarung kasut sneaker berwarna nude. Ringkas.

"Hm. Aku nak jumpa Qaisar kejap."

"Are you serious with him, Leesa?" tanya Aimie yang sudah masuk dalam bilik peribadinya.

Zandra pandang Aimie kemudian Felicia. Masing-masing tayang muka tunggu jawapannya. Dia jongket dua-dua bahu. "Haven't decided yet."

Jawapan Zandra buat Aimie dan Felicia saling berkongsi pandang sekejap.

"Why?" soal Felicia.

Zandra labuh punggung di kerusinya, tunduk muka seketika. Cuba cari ayat yang sesuai untuk diatur. "Hm, tak berapa yakin lagi. Well, I need more time for this."

Mereka terangguk-angguk.

"Jangan ambik masa lama sangat. Orang kata, playboy ni sekali berubah, memang berubah habis. Sekali setia, sampai mati setia. A reform rake makes a best husband. Kata oranglah. Kita tak tau dia jenis yang macam mana..."

Zandra angkat muka pandang Aimie.

"Tapi, kau tahu... kan?" Aimie senyum gaya simpan rahsia.

Muka Zandra spontan membahang. Felicia pula silih ganti pandang Zandra dan Aimie. 

"Apa ni? Apa yang aku tak tahu ni?" Felicia peluk tubuh dengan muka tak puas hati.

"Budak kecik tak payah sibuk!" Aimie jelir lidah kemudian pandang Zandra, bagi isyarat mahu keluar sebelum jadi bahan tanya.

Tangan Felicia di tariknya. Aimie langsung tak kisahkan Felicia yang mendecit tak puas hati kepadanya.

Zandra hanya tersenyum melihat telatah dua temannya itu. Pandang pintu bilik peribadinya yang tertutup. Keluhan halus terlepas dari bibirnya.

Ah, penatnya...

Sakit kepalanya makin menyengat. Dari tadi. Namun dia terpaksa abaikan disebabkan hari ini ada dua pesakit baru dimasukkan ke wadnya. Kepala disembamkan di meja.

Dia angkat muka apabila terdengar pintu biliknya diketuk dari luar. Tanpa sempat dia menyuruh masuk, pintu itu terlebih dahulu terbuka. Terpacul wajah dingin Qaisar.

Pintu tertutup dan Qaisar melabuhkan duduk di kerusi berhadapan dengan Zandra. iPhone dikeluarkan.

"Kenapa nak jumpa?" Dingin. Tanpa pandang Zandra.

Zandra telan liur. Qaisar tak pernah sedingin ini dengannya.

"Er.. Iqy marah saya lagi pasal semalam?" soal Zandra, hati-hati.

"Eh, kenapa pulak nak marah? Dah orang tu tak nak kahwin dengan kita. Buat apa nak terhegeh lagi?"

Zap! Pedas sindiran Qaisar merentap tangkai hati Zandra. Entah kenapa, dia rasa nak nangis.

"Saya mintak maaf kalau Iqy marah saya cakap macamtu," ujar Zandra terus terang. Tahan air mata dari mengalir.

Qaisar yang dari tadi menunduk, kini angkat muka pandang Zandra. Melihat wajah Zandra, mukanya berubah tegang. Rahangnya diketap kuat. Wajah itu nampak pucat dan penat. Bawah mata pula, mula muncul lingkaran gelap.

"Tak ada kalau-kalau, Zandra Aleesa. Saya memang marah dan terasa hati dengan Ara. Ara nak buat apa?"

Zandra menunduk. Rasa bersalah. Biasanya apa saja perkataan yang keluar dari mulut dia, Qaisar akan telan bulat-bulat. Tapi kenapa semalam...

[𝓬] 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐬𝐪𝐲'𝐬Where stories live. Discover now