BAB 2

8.8K 201 1
                                    

Knock! Knock!

Qaisar membuka pintu bilik abangnya dari luar. Menyengih apabila terpandangkan Qayyum yang sedang baring di katil.

"Ada apa, Qaisar? Ganggu aje la," gumam Qayyum geram apabila Qaisar menganggu waktu rehatnya. Terus dia bangkitkan tubuh lalu duduk bersila.

"Belum mandi ke?"

Qayyum geleng lesu. Dia baru sahaja pulang dari hospital. 10 minit merebahkan tubuh, Qaisar pula muncul di muka pintu.

"Nak apa?"

"Mummy panggil turun. Minum petang."

Qayyum angguk dan capai tuala. Melihatkan itu, terus Qaisar tutup pintu dan bawa kaki turun tangga dan atur langkah ke ruang makan. Perutnya berkeroncong minta isi makanan.

"Qayyum mana, Qaisar? Macam putera raja pulak dia, nak kena tunggu," soal Dato' Rizal setelah terpandangkan wajah kacak anak bongsunya.

"Baru mandi, daddy." Qaisar tarik kerusi di sebelah daddynya.

"Buat apa dari tadi baru mandi?" sampuk Datin Quella, menuang air teh O ke dalam cawan lalu diletak dihadapan Qaisar.

"Entah. Teringat buah hati agaknya," ujar Qaisar selamba mencapai cookies kegemaran dia yang terhidang.

Dato' Rizal dan Datin Quella hanya senyum. Kalau betul pun tak ada apa nak dimarahkan. Dah layak berbini pun. Umur pun dah 29 tahun. Cuma, Qayyum saja belum mahu. Tak ada yang berkenan di hati, katanya.

"Apa kutuk-kutuk abang ni, ha?" soal Qayyum menarik kerusi di sebelah adiknya seraya melabuhkan punggung.

Dato' Rizal hirup air teh sebelum memandang Qayyum. "Cepat mandi?"

"Mandi koboi la tu, daddy. Mana tak cepatnya..." sampuk Qaisar laju, kunyah cookies.

"Ish, budak ni!" Qayyum ketap bibir. Pandangan tajam diberikan.

"Dah, tak payah bertikam lidah. Mummy buatkan cookies favourite korang petang ni. Eat."

Terus sahaja Qayyum capai dan kunyah perlahan.

Dato' Rizal pandang Qayyum. "How's your work, Qayyum?"

"Okey je, daddy," jawab Qayyum setelah mulutnya kosong.

Dato' Rizal angguk. "ZA Medical Centre, kan?"

Qayyum angguk, senyum.

"Kawan daddy owner hospital tu. Pakar bedah mata. Sekarang lecturer dalam bidang kedoktoran. Assoc. Prof. Dr. Zul Adam."

Qayyum pandang Dato' Rizal. Angguk.

"Senanglah nak mintak cuti kalau macamtu." Qayyum ketawa perlahan, bergurau.

Dato' Rizal tersenyum.

"Tak ada jumpa sesiapa yang berkenan di hati ke?" soal Datin Quella, selamba.

"Buah hati abang memang kerja dekat sana la, mummy." Qaisar tersengih apabila terpandang riak tak puas hati Qayyum.

"Siapa orangnya, Qayyum? Boleh mummy tahu?" Datin Quella ingin tahu. Sangat-sangat. Sebab Qayyum bukan macam Qaisar.

Qaisar, kawan perempuannya ramai. Tak ada nak rahsia-rahsia. Tapi, tak pernah seorang pun dibawa pulang ke rumah, untuk diperkenalkan. Harap terjumpa di mana-mana tempat jika dia keluar berdua dengan Qaisar. Tapi, anak gadis yang pernah dia terserempak, memang waktu itu tanpa kompromi Qaisar kenalkan padanya. Itu tandanya gadis itu mangsa. Lagi!

Qayyum, lain orangnya. Perwatakan serta cara Qayyum bawa diri juga tak sama dengan Qaisar. Sebagai anak sulung, Qayyum betul-betul layak dipanggil abang. Perangai semenjak kecil tak pernah memeningkan dia atau suaminya. Dengar kata, ikut cakap. Nak melawan pun jarang sekali. Cukup mudah menjaga Qayyum, sampai ke dewasa. Namun, soal hati, cukup perahsia. Amat. Kalaupun Qayyum pernah ada kawan perempuan, Datin Quella tahu pun bila Qaisar buka cerita. Kalau tak, memang tak adalah telinganya  mendengar.

[𝓬] 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐬𝐪𝐲'𝐬Where stories live. Discover now