BAB 28

4K 112 11
                                    

"Dah lama ke kenal Aleesa?" tanya Encik Zul Adam setelah punggungnya dilabuhkan di atas sofa. Pandang Qaisar didepannya. Kemudian anak matanya beralih memandang sepasang suami isteri.

Qaisar angguk. "Yes, uncle. Dan saya nak minta izin uncle untuk jadikan dia sebagai isteri saya. Pelengkap ibadah saya."

"Tapi, lebih baik kalau kau fikir balik hal kahwin dan nak jadikan dia isteri kau. Lagi-lagi perempuan macam Aleesa ni," ujar Encik Zul Adam mengerling tajam ke arah Zandra.

"Awak!" Puan Selina menegur.

"Apa, Lina? Takkan awak nak rahsiakan daripada keluarga besan dan bakal menantu awak ni? Awak nak hantar anak dara awak kepada dia, ke dalam keluarga mereka. Diorang sepatutnya tahu, Lina."

Zandra yang duduk disebelah mamanya hanya mendiamkan diri. Dia tahu, lambat-laun perkara ini akan berlaku. Lebih baik Qaisar dan keluarganya tahu semuanya sekarang. Daripada mereka tahu perkara sebegini setelah dia dan Qaisar berkahwin. Lagi haru, bukan?

"Bukan sekarang, bukan dari mulut awak." Puan Selina geleng kepala. Hilang tenang dia cuba bina dalam diri semenjak tadi. Kerana suaminya nampak sangat nak main kasar.

Dato' Rizal dan Datin Quella memandang sesama sendiri. Apakah?

"Apa maksud uncle?" tanya Qaisar makin tak faham.

Yang bakal ibu mertuanya begini, yang bakal bapa mertuanya begitu. Takkanlah lelaki ini tak setuju dan menentang dia sebagai bakal menantu?

"Uncle ni main-main aje, Qaisar," ucap Puan Selina cuba ukirkan senyuman. Kaku dan hambar saja dia rasa dan pasti begitu juga tetamunya nampak.

"Soal bawak sial saya tak pernah bergurau!"

"Papa!" Zander yang tadinya hanya memerhati, mula berang dengan kata-kata yang keluar dari bibir papanya.

"Awak!" Puan Selina tahan rasa. Ya Allah..

Berdengung telinga Zandra mendengar kata-kata papanya. Sebegitu bencinya papa terhadap dia. Zandra genggam tangan, menahan air mata dari jatuh ke pipi.

Qaisar pandang Encik Zul Adam dan Puan Selina silih ganti. Tergamam. Begitu juga dengan Datin Quella. Dato' Rizal hanya diamkan diri kerana dia awal-awal lagi tahu tentang keluarga ini.

"Aleesa lahir dengan bawak kematian. Dia hancurkan
keluarga yang aman damai, porak-perandakan keluarga yang penuh gelak tawa. Habis jahanam keluarga aku sebab dia. Kalau kau nak ambil sial ni, silakan. Cuma, sedialah untuk jatuhkan keluarga kau sendiri."

Makin terkedu Qaisar dan Datin Quella. Kali ini. Dato' Rizal juga terkedu mendengar kata-kata kasar yang terbit dari bibir Encik Zul Adam.

Puan Selina memegang dadanya yang terasa sesak. Zander pula berwajah tegang. Mahu saja dia menampar dan mengoyak bibir papanya.

Qaisar mengerling Zandra yang hanya menunduk dari tadi. Lukisan perasaan pada wajah Zandra sekarang, jelas menunjukkan dia terluka. Qaisar yang melihat pun rasa hendak menangis, apatah pula Zandra yang sedang menanggung.

"Dam, cubalah terima qada dan qadar Allah. Bukan Aleesa yang minta dilahirkan ke dunia. Aku yakin, dia pun tak mintak dilahirkan untuk dibenci oleh ayahnya sendiri. Tak elok cakap macam tu dekat anak. Dia tu amanah untuk kau lindungi dan sayangi." Dato' Rizal bersuara.

Dia tahu kisah keluarga Zul Adam ini. Zul Adam sendiri yang menceritakan padanya. Namun, dia tak menyangka pula bahawa seteruk ini benci Adam pada Aleesa.

"Dia sial yang lahir dalam bentuk anak, Zal!" tekan Encik Zul Adam dengan gaya mencarut. Serupa itulah Zandra di matanya!

"Enough, papa! Kalau papa benci Leesa, kenapa papa tak bunuh je Leesa?! Kenapa masih perlu simpan Leesa sebagai anak?!" Suara Zandra naik satu oktaf dari biasa. Air matanya mengalir perlahan membasahi pipi. Tidak pernah dia meninggikan suara pada lelaki ini. Tapi kali ini, sabarnya sudah di penghujung.

[𝓬] 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐬𝐪𝐲'𝐬Where stories live. Discover now