BAB 24

4.1K 132 2
                                    

Damn it, she looks like an ethereal angel with her archangelic face.

Tajam Qaisar merenung segenap wajah gadis itu. Gadis yang memberi pelbagai rasa dihatinya.

Dari anak rambut yang halus turun ke kening yang lebat. Kemudian anak matanya jatuh pada kelopak mata yang rapat. Bulu mata yang lebat dan lentik. Bibirnya tersenyum sebelum anak matanya jatuh pada hidung yang mancung itu. Rasa nak gigit-gigit. Anak matanya jatuh pula pada bibir yang sedikit pucat dan kering dari kebiasaannya namun masih kelihatan merahnya. Untuk itu, dia mengeluh.

I never thought I could love you as much I love you now, Zandra. I'm in love like an idiot. I never beg for someone's love and attention. Not even begging for Sofea's love, even though she was my first love. But you... you make me crave everything about you. Lillahi, I love you, Zandra Aleesa.

Sofea yang duduk di hujung katil hanya merenung bahasa tubuh Qaisar. Sungguh, hatinya terluka untuk mengakui bahawa hati Qaisar telah pun dimiliki oleh gadis yang sedang tidur di katil kanak-kanak itu.

Begitu jelas di matanya cinta Qaisar untuk gadis itu. Dia nampak. Dia bukan budak-budak lagi sehingga buta akan pandangan Qaisar itu. Bahkan, ketika Qaisar menyatakan cinta kepada dia pun, Qaisar tidak pernah memandangnya dengan pandangan seperti itu.

Anak mata Sofea beralih pula pada gadis itu. Gadis yang sudah berjaya mengalahkan dia di hati Qaisar. Berat untuk akui, gadis ini memiliki rupa yang begitu cantik. Natural. Bahkan ketika sedang tidur pun, raut wajahnya sangat manis dan lembut. Bagaimana pula kalau gadis ini tersenyum dan tertawa?

Perlahan-lahan gadis itu buka matanya. Pandangan yang dirasakan berbalam-balam, menyebabkan dia tutup mata sekejap lalu buka kembali. Dia di wad pediatrik.

"Hello, my sleeping beauty. You good?"

Zandra alih muka ke kanan dan terus matanya menyerbu sepasang mata biru laut itu. Mata yang merenungnya dengan pandangan hangat dengan sayang, panas dengan rindu. Kemudian, barulah dia perasan Aralyn yang duduk di atas ribaan Qaisar.

"Hello, not so charming prince. Yeah, I'm good."

Zandra perlahan-lahan angkat badan sambil tangan betulkan rambut yang sedikit longgar dari ikatan tocang kuda. Dia menarik scrunchies dan dikepit dibibirnya. Tangannya naik meluruskan dan mengumpul rambut untuk kembali diikat.

Namun, aksi Zandra terhenti seketika apabila lihat gadis yang berdiri di depan katilnya, lebih tepat di hujung kaki katil Aralyn. Sudahlah tak menyangka dengan kewujudan gadis itu, lebih tak sangka bila dia terima pandangan tak senang dari gadis itu. Apakah? Masalah jiwa ke apa perempuan ni?

Malas nak serabutkan lagi kepala yang dah serabut, dia menyudahkan aktiviti ikat tocang kudanya sebelum betulkan rambut di bahagian dahi. Zandra tolak selimut perlahan-lahan sambil pastikan baju kurung cottonnya tak tersingkap sebelum kaki diturunkan dari katil.

Tiba-tiba saja Qaisar dah berdiri di depannya dan paut bahunya.

"Tak nak sentuh boleh tak?" Zandra angkat muka tengok Qaisar. Masam.

Tangan Qaisar pada kedua-dua bahu Zandra terangkat perlahan-lahan dan sengih tanda minta maaf.

"Tangan tu kalau tak letak kat badan orang lain tak boleh ke?" Matanya mencerun kepada Qaisar.

Sofea yang lihat adegan itu jadi keliru. Takkanlah bakal isteri layan bakal suami begini? Gaya nak bercakar saja.

"Tcttt... tccttt..." Aralyn mendecit dengan telunjuk tegak, ke kanan dan kiri sambil geleng-geleng.

Zandra dan Qaisar sama-sama tengok Aralyn yang dah macam orang tua melarang anaknya.

"Jangan garang-garang, doktor. Nanti Abang Qaisar cari orang lain baru tau. Orang lain..." Jari telunjuk Aralyn bergerak secara separuh bulat ke kanan, berhenti seketika pada Sofea, tak lebih enam saat, kemudian bergerak terus ke mukanya. "Macam Ara."

[𝓬] 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐬𝐪𝐲'𝐬Where stories live. Discover now