BAB 32

4.5K 127 2
                                    

Ting!

Ting!

Ting!

Bunyi notifikasi WhatsApp membuatkan Zandra mengerling iPhonenya yang berada di atas katil. Dia yang baru sahaja selesai membersihkan diri, terus sahaja masuk ke ruangan closet.

Baju T beige bersaiz L dan short pants putih dikenakan pada tubuh kecilnya. Baju T itu agak besar dan labuh menyebabkan dia kelihatan seperti tidak memakai seluar. Siap sahaja memakai baju dan skincare, terus sahaja Zandra menyanggul tinggi rambut panjangnya gaya messy bun.

Mengatur langkah ke arah katil sebelum tangannya mencapai iPhone. Aplikasi WhatsApp dibuka. Terpampang tiga notifikasi dari Suami. Ditekan perbualan itu.

I miss you, sweetheart.

In case someone miss me too, come give me a hug.

I am now in the mini gym...

Automatik bibir Zandra tersenyum.

Langkah dibuka ke arah mini gym selang dua pintu dari bilik tidur utama. Sampai sahaja di muka pintu, Zandra menolak perlahan pintu mini gym milik suaminya. Ini kali kedua Zandra ke bilik ini. Kali pertama, ketika dia meneroka segenap ruang rumah mereka.

Kelihatan Qaisar mengenakan seluar khakis tanpa baju sedang elok buat push-up. Melihat tubuh kekar suaminya membuat dia menggigit bibir sendiri. Apalagi saat mata liarnya memerhati abdomen Qaisar. Zandra mengambil peluang itu dengan menilik Qaisar puas-puas. Bermula daripada badan kekarnya yang tak berbaju sehinggalah turun ke urat-urat tangannya yang jelas mencucuk keluar.

Terus sahaja dia tersenyum senget apabila otaknya bijak membentangkan idea tika ini. Perlahan-lahan Zandra melangkah kearah suaminya sebelum dia panjat dan duduk atas badan Qaisar.

"Zandra!" Qaisar memberi amaran. Lembut namun ada tegasnya.

"Nak kacau sikit pun tak boleh." Wajah cemberut ditayangkan.

"Boleh. Tapi, nanti Ara jatuh, sayang." Lembut Qaisar memujuk.

Zandra tersenyum sebelum dia jatuhkan separuh badannya dan memeluk tubuh Qaisar.

"Haa, confirm tak jatuh dah."

Qaisar menggeleng kepala seraya tersenyum nipis. Sambung balik push-up yang tertangguh tadi. Sebelah tangannya naik memegang tubuh kecil Zandra di atas tubuhnya, sebelah lagi digunakan untuk push-up.

"Abang push-up sebelah tangan aje? Ara tak berat ke?"

"Tak, sayang."

Zandra sengih seraya kembali tegak duduk atas badan suaminya.

"Sayang, duduk elok-elok. Nanti jatuh." Automatik Qaisar hentikan push-upnya.

"Kejap, abang jangan push-up lagi tau?"

Qaisar hanya mengumam perlahan. Zandra turun dari tubuh Qaisar sebelum dia baringkan tubuhnya di atas tikar senaman itu. Di tengah-tengah antara dua tangan kekar Qaisar yang menampung tubuh. Tepatnya, di bawah tubuh Qaisar.

"What are you doing right now, sweetheart?" Tajam anak mata Qaisar merenung wajah cantik isterinya. Haih, Zandra betul-betul menaikkan nafsu lelakinya.

Zandra tersengih melihat halkum dan rahang suaminya yang tergerak-gerak. Sungguh, jantungnya juga berdegup laju macam tengah lari marathon dengan kedudukan mereka berdua tika ini. Wajahnya mula berbahang. Tapi, salah sendiri. Tak fikir dulu sebelum buat. Nak lari ke tak eh?

[𝓬] 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐬𝐪𝐲'𝐬Where stories live. Discover now