BAB 62

5K 115 3
                                    

Zandra terkebil-kebil memandang siling bilik tidur dia bersama Qaisar. Kini, sudah hampir dua bulan dia kembali menjalani kehidupannya seperti dulu sejak Qaisar memutuskan untuk kembali ke rumah mereka. Mahu hidup sebagai suami isteri tanpa bantuan dan campur tangan orang tua mereka.

Dia pandang Qaisar yang masih lena di sisi. Di tengah-tengah mereka, ada seketul Ahmad Qaleef Zeyaad. Anak kecil itu kini sudah berusia lima bulan.

"Abang, bangunlah."

Zandra mengejutkan suaminya dari tidur. Pandang jam di dinding. Sudah menunjukkan 5.40 pagi. Lagi beberapa minit sebelum azan Subuh berkumandang.

"Abang! Cepatlah bangun. Nak azan Subuh dah ni."

Zandra mengeluh apabila Qaisar masih tidak terjaga dari lenanya. Malah, tiada gerakan langsung dari Qaisar. Kalau tidak kerana bunyi dengkuran halus itu, pasti Zandra mengira suaminya sudah ke alam lain.

Zandra mengatur langkahnya ke bilik air. Mahu membersihkan badan dan solat Subuh. Keluar saja dari bilik air, dia terpandang tubuh Qaleef bergerak-gerak di sisi Qaisar yang masih lena itu. Dia yang hanya bertuala paras paha itu segera melangkah ke katil.

"Hey, Qaleef Zeyaad. Good morning, sayang mommy," lembut Zandra menyapa anaknya saat tubuhnya dibongkokkan sedikit. Pipi anaknya dicium berkali-kali.

"Masamnya anak mommy ni. Tunggu daddy bangun, okey? Mandi dengan daddy. Mommy tak retilah nak mandikan awak."

Qaleef hanya terkebil-kebil memandang mommynya.

"Mommy nak pakai baju dan solat kejap eh? Qaleef duduk sini diam-diam."

Laju Zandra mengatur langkah ke arah ruangan closet lalu dia menyarungkan pakaian ke badan. Kemudian, dia menunaikan kewajibannya sebagai seorang Muslim. Beberapa minit kemudian, dia kembali menuju ke katil. Zandra tersenyum sendiri melihat yang Qaleef sedang cuba membalikkan badannya. Bagai mahu meniarap.

"Pandainya anak mommy nak pusingkan badan. Nak meniarap eh?" Kepala anaknya dikucup lembut.

Pandang Qaisar yang masih diulit lena. "Abang! Bangunlah! Subuh!"

Zandra mengejutkan suaminya. Haih, liatnya nak bangun! Tiba-tiba dia tersengih jahat apabila otaknya mendapat satu idea. Perlahan-lahan dia mengucup bibir Qaisar sebelum dia gigit bibir bawah lelaki itu. Qaisar hanya mengerang halus. Berkerut-kerut muka lelaki itu menahan sakit. Beberapa saat kemudian, dia kembali lena.

"Bangun!" Digoncang pula badan lelaki itu. Qaisar hanya kaku. Zandra mengeluh sebelum kembali memandang Qaleef. Anak kecil itu hanya terkebil-kebil memandangnya.

"Sorry okey. Mommy tak buat apa-apa pun dengan daddy awak tu." Zandra menegakkan benang yang basah apabila Qaleef memerhati tindakan 'jahat'nya tadi. Tiba-tiba Qaleef tergelak kecil.

"Alah, comelnya dia ketawa. Gelakkan mommy, ya?"

Zandra mencuit hidung kecil Qaleef.

"Qaleef?" Mata Qaisar terbuka apabila suara halus anaknya menyapa pendengaran. Terkelip-kelip dia memandang Zandra dan Qaleef.

"Amboi! Dengar suara Qaleef aje terus terjaga. Orang kejut dari tadi, tak nak bangun." Zandra mencebik. Zandra meletakkan Qaleef di atas dada Qaisar.

Qaisar tersengih dalam mamai. Mata dipejamkan seketika. Halau kantuk yang masih bersisa. Tubuh Qaleef dipeluk lembut. Risau jika tubuh itu tergolek ke sisi.

"Sorry, abang dah biasa terjaga kalau dengar suara Qaleef," tutur Qaisar dengan suara paraunya.

Zandra tersenyum. Faham kenapa Qaisar berkata demikian. Kerana lelaki itulah orang pertama akan terjaga dari tidur apabila anak mereka merengek atau menangis di tengah malam. Kerana Qaisar yang menjaga Qaleef dari baru lahir sehingga umur anaknya kini sudah lima bulan.

[𝓬] 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐬𝐪𝐲'𝐬Where stories live. Discover now