Chapter 3

245 12 4
                                    

Renjun menyumpah seranah dengan kuat. Ikutkan hati, ingin sahaja dia menghempaskan kepalanya dengan kuat ke stereng kereta di hadapannya.

"Waktu-waktu macam ni lah kau nak rosak!" Renjun membentak.

Lelaki kecil molek itu memandang sekeliling. Ini adalah kawasan yang paling jarang orang lalu. Jadi, tidak banyak kereta yang boleh dilihat melalui jalan itu. Renjun sengaja mengambil jalan itu untuk mengelak kesesakan lalu lintas oleh kerana dia ingin sampai ke rumah lebih awal.

Langit sudah bertukar gelap sejak tiga jam yang lalu. Mujur sahaja ada lampu jalan. Jika tidak, jalan itu pasti gelap gelita dan menakutkan. 

Renjun cuba menghidupkan enjin keretanya bagaimanapun gagal membuatkan dia mendengus kuat. Dia tidak tahu keretanya akan rosak di tengah jalan dan malam yang gelap seperti itu. Apa yang lebih menyedihkan lagi, hujan lebat mencurah-curah di luar sana membuatkan keadaan menjadi semakin sulit.

Renjun membuka tali pinggang keselamatannya. Dia meraba-raba ke bawah kerusi di bahagian belakang sebelum mengeluarkan payung. Perlahan-lahan dia keluar dari kereta itu dan menuju ke bonet hadapan. Dia membuka bonet itu untuk mencari apa yang membuatkan keretanya rosak dan tidak dapat dihidupkan.

"Apa yang rosak?" Renjun membentak sendirian.

Dia memeriksa setiap inci bonet itu. Malangnya, pengetahuannya mengenai kereta amat tipis membuatkan dia tidak tahu apa masalahnya.

"Nghhh!!" Renjun menghentakkan kakinya kemudian kembali untuk mencapai telefon bimbitnya. 

Apa yang lebih menyedihkan, kawasan itu tidak mempunyai signal. "Oh, come on!!"

Renjun hampir menampar dirinya sendiri. Dia memandang sekeliling cuba untuk mencari pertolongan. Malangnya, tiada rumah atau menandakan orang berada berdekatannya. Tambahan pula, hujan sangat lebat. Mustahil ada orang yang akan lalu.

Cahaya silau yang datang dari arah belakangnya membuatkan dia berpusing penuh harapan. Dia cuba menahan satu kereta yang sedang menuju ke arahnya. Malangnya, kereta itu langsung tidak mempedulikannya dan hanya melintasinya.

"Hoi!!" Renjun memekik bagaimanapun tahu mustahil untuk kereta itu mendengarnya. "Ughh!!"

Hampir lima belas minit berlalu, kelihatan satu cahaya datang dari arah belakangnya sekali lagi membuatkan dia berdiri bersemangat. Kali ini, sebuah motosikal meluncur ke arahnya. Renjun melambaikan tangannya penuh harapan.

Mujur sahaja motor itu berhenti membuatkan Renjun tersenyum lebar hampir melonjak kegirangan. Dia mendekati si penunggang motor.

"Encik!" Renjun memanggil. "Saya perlukan pertolongan."

Penunggang motosikal itu memberhentikan motornya serta-merta dan membuka helmetnya. Dia memandang kereta Renjun. "Apa yang jadi?"

Renjun memandang keretanya sekali imbas. "Saya tak tahu. Tiba-tiba je kereta saya mati. Saya dah cuba hidupkan enjin berkali-kali tapi tak dapat. Saya nak call mekanik pun tak ada signal kat sini."

Penunggang motosikal itu yang mana dia adalah seorang lelaki segera turun dari motosikalnya. Dia berjalan menuju ke bonet hadapan kereta Renjun dan cuba mencari di mana masalahnya. Renjun pula, oleh kerana hari hujan berusaha memayungkan lelaki itu walaupun hakikatnya lelaki yang lengkap berjaket itu sudah basah.

"Oh..." Lelaki itu bersuara tidak begitu lama selepas memeriksa. "Awak ada air bateri?"

"Air bateri?" Renjun mengelipkan matanya seolah itu adalah pertama kali dia mendengar perkataan itu. "Saya...tak...tahu."

Lelaki itu merenung wajah Renjun tidak percaya bagaimanapun segera ketawa. Sepertinya dia dapat menduga Renjun langsung tidak tahu apa-apa mengenai kereta. Dia berjalan menuju ke motosikalnya dan membuka di bahagian kerusi sebelum mengeluarkan satu botol air mineral.

"Sepatutnya awak kena guna air bateri." Lelaki itu bersuara sambil berjalan kembali ke bonet hadapan kereta Renjun. Renjun pula mengikutinya ke sana sini demi memayungkan lelaki itu. "Tapi kalau tak ada, guna air botol ni pun dah boleh."

Perlahan-lahan lelaki itu menuangkan air mineral ke dalam satu tempat di bahagian bonet kereta itu. Dia memandang Renjun setelah selesai. "Cuba awak hidupkan enjin."

Renjun tidak membuang masa. Dia segera berlari masuk ke dalam keretanya dan menghidupkan enjin kereta. Apabila ia berjaya dihidupkan, Renjun ternganga kemudian keluar dari keretanya semula.

"Oh my God. Terima kasih!!" Renjun memandang lelaki itu penuh dengan senyuman.

Lelaki itu membantu Renjun untuk menutup kembali bonet keretanya. "Untuk keselamatan, awak kena bawa kereta awak ke bengkel untuk diperiksa. Takut bateri tu dah terbakar."

Renjun mengangguk. "Saya akan bawa. Terima kasih sangat. Saya akan bayar."

"Eh, tak apa." Lelaki itu menaiki motornya semula sambil memakai helmetnya. "Tak perlu."

"Maaf susahkan awak." ujar Renjun masih memegang payungnya. "Awak memang baik. Terima kasih."

Lelaki itu hanya tersenyum kemudian menghidupkan enjin motornya sebelum berlalu pergi.

"Fuh." Renjun kembali masuk ke dalam keretanya. Dia benar-benar bersyukur seseorang membantunya. Jika tidak, dia pasti tidak dapat berbuat apa-apa.





++++++++++++++++++++





"Nah!" 

Jaemin dan Mark yang sedang makan di kantin agak terkejut apabila Renjun melontarkan beberapa sampul surat dan dua buah coklat kepada Jaemin. Dia melontarkan pula satu coklat dan biskut berserta surat kepada Mark.

"Saya ni... Dah jadi posmen tahu." Renjun menggerutu. "Malas saya nak jadi perantaraan. Kenapa kamu tak terima surat mereka?"

Jaemin menggolekkan bola matanya kemudian kembali makan. Dia langsung tidak mempedulikan apa yang Renjun berikan padanya. "Saya tak makan pun coklat-coklat ni. Surat-surat kat rumah tu pun saya tak baca lagi."

"Sebab tu mereka cari saya pula!" Renjun membentak.

"Renjun sunbaenim."

"Ya?" Wajah Renjun tiba-tiba mengukir senyuman ketika seseorang menyapanya.

"Surat ni untuk awak." seorang lelaki menghulurkan sekeping surat kepadanya.

"Oh, terima kasih." ucap Renjun ketika mencapai surat itu.

"Yah..." Mark bersuara ketika budak lelaki tadi sudah beredar. "Macam mana awak boleh terima surat cinta dengan wajah tersenyum?"

"Tak ada yang susah pun dengan benda tu." Renjun menggolekkan bola matanya. "Sekarang ni tolonglah. Saya dah malas nak terima surat bagi pihak kamu berdua."

Jaemin langsung tidak bersuara. Dia tidak berminat dengan perbualan itu. Mark pula hanya menyambung makan.

"Oh, semalam kereta saya rosak kat tengah jalan."

Serentak Mark dan Jaemin memandang lelaki itu.

"Awak call mekanik ke?" tanya Mark.

"Saya lalu jalan hujung yang tak ada traffic tu." Renjun menyambung ceritanya. "Tempat kereta saya mati tu langsung tak ada signal. Dah lah hujan lebat. Malam pula tu."

"Habis tu?" Jaemin berkerut. "Apa awak buat?"

"Nasib baik je ada orang tolong saya." ujar Renjun. "Dahlah saya tak tahu apa-apa pasal kereta."

"Nasib baik." Jaemin menarik nafas. "Kalau orang jahat yang berhenti macam mana?"

Renjun menggelengkan kepalanya. "Dia orang baik. Muda lagi. Rasanya macam sebaya kita."

"Untung lah." Jaemin mendengus kuat. "Macam saya jumpa orang gila pula."

Serentak Mark dan Renjun ketawa. Jaemin telah menceritakan mengenai pertemuannya dengan lelaki bermotor yang dia langgar malam itu.

"Saya harap saya tak jumpa dia lagi."





To be continue.....



Mr. Cinderella [NoMin] [BL]✔️Where stories live. Discover now