Prologue

823 13 1
                                    

Jaemin masih tidak tahu bagaimana dia boleh berada di sungai itu. Apa yang dia dapat ingat adalah dia telah dipaksa masuk ke dalam kereta dan dibawa ke suatu tempat oleh orang-orang yang memakai penutup muka.

Dia menjerit meminta mereka memberitahu apa yang mereka mahukan. Tapi, tiada seorang pun yang memberitahu. Dia hanya di belasah dengan teruk sebelum dibuang ke sungai itu.

Jaemin ingat bahawa dia sudah pengsan. Akan tetapi, air sungai yang sejuk itu membuatkan dia tersedar. Malangnya, tenaga dan kekuatannya sudah tiada. Dia tidak mampu berenang. Dan semakin lama, badannya semakin tenggelam ke bawah.

"Saya akan mati." getusnya di dalam hati membiarkan badannya tenggelam. Dia dapat melihat sinaran bulan dari dalam sungai itu yang mana dia sendiri tidak pasti sama ada itu khayalannya atau bukan.

Jaemin memikirkan di mana kesalahan hidupnya. Dia berusaha untuk menjadi anak yang terbaik. Belajar di universiti dengan keputusan yang membanggakan. Dia tidak merokok dan melakukan benda-benda yang tidak elok. Di mana salahnya sehingga dia diperlakukan seperti itu?

Setahunya, dia tidak pernah berhutang dengan sesiapa. Dia juga tidak pernah membuat masalah dengan sesiapa. Jadi, kenapa dia dipukul dan dibuang ke situ? 

Kesemua persoalan yang bermain di kepalanya hilang serta-merta ketika dia merasa tangannya di tarik. Semakin lama dia semakin di bawa ke dasar sungai. Saat itu, barulah dia merasa betapa berharganya oksigen untuk manusia.

Jaemin masih tidak berdaya untuk membuka matanya. Malah, dia juga tidak dapat bergerak. Dia hanya mendengar seseorang cuba membangunkannya.

Dadanya ditekan kuat berulang-kali. Dia dapat mendengar suara orang bernafas dengan kuat disampingnya. Apa yang paling dia ingat adalah bagaimana bibir seseorang menyentuh bibirnya cuba membuat dia bernafas semula.

Jaemin termuntah semua air yang sepertinya sudah masuk ke dalam mulutnya. Dia cuba memandang kelibat orang yang berada di sampingnya ini. Buat seketika, dia menyangka lelaki itu adalah dari kalangan orang-orang yang memukulnya.

Dia hanya mendengar suara seorang lelaki menghubungi ambulans sebelum dia pengsan sekali lagi tidak sedarkan diri.





Another fanfic! Dan kali ini adalah NoMin!! Kat dalam ni ada MarkHyuck juga. A little bit of RenHyuck n ChenJi. So, excited tak?

xoxo, M

Mr. Cinderella [NoMin] [BL]✔️Where stories live. Discover now