Chapter 27

151 11 0
                                    

Jaemin berjalan masuk melalui pintu depan dengan hati yang berat. Dia tahu, menerima mesej seperti itu menandakan satu tekanan akan diberikan padanya kelak. Dia tidak tahu di mana silap hidupnya untuk sentiasa merasa takut ketika pulang ke rumah di usia seperti itu.

Beberapa orang gaji menunduk ketika melihatnya. Wajah mereka terlalu senang untuk dibaca. Wajah yang pucat menandakan mood ayahnya tidak begitu baik. Jaemin hanya mampu bersimpati kepada mereka. Buat seketika, mereka berharap pekerja-pekerja itu akan mendapat pekerjaan lain.

Jaemin berjalan melintasi ruangan rumah itu hanya untuk pergi ke ruang tamu di mana dia tahu ibu bapanya akan berada pada waktu-waktu seperti itu. Dan jangkaannya tepat. Kedua orang tuanya sedang duduk dengan wajah yang tegang sambil menikmati teh panas pada petang itu.

"Jaemin." panggil Yoona.

Jaemin hanya menunduk tidak bersuara. Dia duduk di sofa berdekatan. Siwon langsung tidak memandangnya.

"Awak dengan Renjun?" tanya Yoona. Wajah ibunya itu tidak dapat dipastikan seperti apa. Dia sentiasa bercakap dengan lembut. Bagaimanapun, wanita itu tidak pernah mempunyai pandangan berbeza daripada suaminya.

Satu lagi perkara yang kedua ibu bapanya ini tidak tahu adalah Jaemin mempunyai kawan yang lain. Dalam kepala mereka hanya ada Renjun kerana hanya lelaki itu yang setaraf dengan mereka. Mark sentiasa dilupakan. Mujur sahaja kawannya yang satu ini sangat memahami.

Jaemin menggelengkan kepalanya. "Saya bawa kereta ke bengkel."

"Kenapa tak suruh pemandu yang bawa?" tanya Yoona lagi.

"Saya nak pergi tengok sendiri." ujar Jaemin. "Jadi saya tahu apa yang rosak."

"Untuk apa?" suara tegas Siwon bertanya. Lelaki itu masih belum memandang wajah anaknya. 

Jaemin menarik nafas panjang. "Hanya untuk pengetahuan am."

"Sampaikan thesis awak kena reject?"

Jaemin merenung ayahnya itu. Dia tahu kesemua perkara yang dia lakukan di universiti tidak akan dapat disembunyikan.

"Dua kali!" saat ini, Siwon sudah memekik. 

Jaemin masih tidak menjawab. Dia tahu akibat daripada apa yang terjadi.

"Apa yang awak buat sampai thesis awak gagal dua kali?" Siwon merenung anaknya itu tajam.

"Saya cuma perlu betulkan—"

"Awak tak sepatutnya perlu membetulkan apa-apa kalau awak dah hantar benda tu!" Siwon memintas. "Macam mana kalau awak pegang syarikat?"

Jaemin menggenggam buku limanya erat.

"Macam mana awak buat keputusan?" Siwon mengangkat keningnya. "Awak fikir awak boleh tarik balik semua keputusan dan perbetulkannya? Awak kena tahu awak buat keputusan yang betul!"

"Saya cuma salah format—"

"Sampai dua kali?!" Siwon kini mula menahan marahnya. "Awak nak betulkan format sampai dua kali?! Apa jadi dengan awak? Dengan siapa awak berkawan sampai jadi macam ni?!"

"Papa jangan libatkan kawan-kawan saya—"

"Awak kena tahu dengan siapa awak bergaul untuk—"

"Pa!!" Jaemin kini menutup telinganya. Dia benar-benar letih. Dia benar-benar tidak mampu untuk mendengar lagi.

"Na Jaemin!!" Siwon bingkas bangun. 

Yoona membesarkan matanya. Selama dia hidup, dia tidak pernah melihat Jaemin menjerit seperti itu.

"Apa jadi dengan awak?!" Siwon melangkah maju. Ingin sahaja dia menampar anak lelakinya itu bagaimanapun berjaya ditahan.

Jaemin hanya memejamkan matanya. Dia bersedia untuk dipukul. Tangannya masih lagi menutup telinganya.

Mr. Cinderella [NoMin] [BL]✔️Where stories live. Discover now