Mark tersenyum sendiri melihat mesej yang diterimanya daripada Haechan. Pasangan itu kini sudah kemaruk bercinta. Tidak pernah sama sekali mereka lupa untuk sering bertukar pesanan. Kadangkala, Mark akan ketawa atas kelakuan lucu Haechan.
Renjun dan Jaemin yang duduk di sebelah lelaki itu hanya merenungnya dengan pandangan yang menyampah. Mereka berdua sudah mengetahui status hubungan Mark dan Haechan. Dan mereka sentiasa mendukung lelaki itu.
"Apa?" tanya Mark yang baru perasan bahawa kedua kawannya itu merenungnya.
"Sudah, sudah lah tu." Renjun menggolekkan bola matanya. "Dah macam orang tak betul saya tengok."
Mark melepaskan batuk kecil sambil menyimpan telefon bimbitnya. "Saya tak buat apa-apa pun."
"Yalah tu." Renjun menutup bukunya kemudian memandang Mark. "Tapi kan... Saya tak pernah nampak awak segembira ni."
"Hah?" Mark mengelipkan matanya. "Apa awak merepek ni?"
"Eh, betul lah." Renjun memandang ke arah Jaemin sekali imbas yang mengangguk tanda bersetuju. "Awak nampak lain. Macam orang yang tengah bahagia sangat. Awak tak sedar ke?"
Mark menggerutu. "Jangan nak cakap saya. Jaemin tu pun tengah bahagia."
Jaemin membesarkan matanya merenung Mark. Saat ini, Renjun sudah berpaling memandang Jaemin dengan dahi berkerut. Mark pula sudah menekup mulutnya.
Memang benar. Jeno dan Jaemin sudah menjadi sepasang kekasih hampir seminggu lamanya. Dan Mark hanya tahu dua hari lepas. Itupun sebab Haechan terlepas cakap padanya. Mereka masih belum memberitahu Renjun mengenai hal itu.
"Apa yang saya tak tahu ni?" Renjun memandang kedua-dua kawan baiknya itu silih-berganti. "Jaemin... Mark..."
Jaemin mendengus lembut. Dia tahu dia tidak seharusnya merahsiakan hal ini pada Renjun. "Saya dah ada boyfriend, Renjun."
"Jeno?" Renjun mengangkat keningnya.
Jaemin mengelipkan matanya. "Awak tahu?"
Renjun mengangkat bahunya. "Saya teka je."
"Awak tak kisah?" Jaemin merenung lelaki itu. Sejujurnya, salah satu sebab kenapa dia ingin merahsiakan status itu adalah atas sebab Renjun pernah suka pada Jeno.
"Kenapa saya perlu kisah?" Renjun berkerut kemudian mengangkat bahunya. "Memang lah saya pernah suka pada Jeno. Tapi sekadar silly crush macam tu je."
Jaemin membuka mulutnya hendak memberi komen bagaimanapun menutupnya semula.
"Tapi..." Renjun tersenyum sinis. "Sebenarnya saya memang perasan dia tu suka awak."
"Betul ke?" Jaemin mengerutkan dahinya. Kenapa dia tidak perasan mengenai hal itu?
Renjun mengangguk. "Walaupun dia selalu gaduh dengan awak... Dia sebenarnya selalu curi pandang kat awak. Saya perasan tapi saja buat-buat tak tahu."
"Saya je ke tak perasan?" Jaemin mengelipkan matanya.
"Awak tak perasan ke?" Mark mengangkat keningnya agak terkejut. "Dia selalu pandang-pandang awak lah. Masa Haechan masih mengorat Renjun lagi."
Jaemin berfikir seketika. Kenapa dia tidak pernah mengingati itu semua? Selama ini, dia menyangka Jeno membencinya. Atas sebab itu, dia tidak pernah berani untuk menyatakan perasaannya. Untungnya, saat ini ketakutannya hilang.
++++++++++++++++++++
Jaemin memegang bukunya dengan sebelah tangan sahaja sambil membaca dengan tekun. Dia merenung setiap baris ayat yang ada. Tangannya yang sebelah lagi sedang mengusap lembut rambut kekasihnya yang sedang baring di atas ribanya itu. Jeno hanya memejamkan matanya. Membiarkan Jaemin mengulangkaji seketika.
Pasangan itu kini sedang berada di satu kawasan berumput yang sunyi. Angin lembut bertiup membuatkan keadaan terasa sangat nyaman. Saat ini, Jeno adalah tempat Jaemin mengadu segala masalahnya. Dan lelaki itu sangat bagus dalam menenangkan Jaemin.
Mungkin inilah titik pengakhiran siksa hidupnya. Selama ini dia merasa hidup seperti robot. Dia hampir tidak mempunyai perasaan. Malah, dia berani bersumpah dia tidak pernah jatuh cinta. Jeno adalah cinta pertamanya. Dan lelaki ini yang membawa kepada corak hidupnya.
Dia tidak tahu berapa lama kebahagiaan ini akan bertahan. Seolah-olah kedua mereka sudah bersedia jika mereka bukan kekal selamanya. Tetapi, dia memegang kepada kata-kata Jeno.
"Kita hargai masa yang kita ada."
Jaemin memandang ke arah kekasih hatinya itu. Lelaki itu masih memejamkan matanya. Ketampanannya terserlah dalam apa jua yang dilakukannya.
"Jaemin-shi, awak belajar atau pandang saya?"
Jaemin membesarkan matanya hampir terbatuk. "Awak tak tidur?"
Jeno mengukir senyuman manis kemudian membuka matanya untuk memandang kekasihnya. "Hampir." Jeno mengambil tangan Jaemin yang lapang sebelum meletakkan di pipinya. "Tapi saya tak tidur."
Jaemin menarik nafas panjang. "Saya boring kan?"
Jeno mengerutkan dahinya. "Kenapa pula?"
"Asal kita dating, kalau bukan awak dengar masalah saya, awak akan teman saya belajar. Tu je." Jaemin mengeluh lembut.
Jeno tersenyum melihat kecomelan lelaki ini. "Dapat baring kat riba awak dah kira cukup, Na Jaemin. Saya tak kisah."
"Tapi—"
Jeno meletakkan jarinya di bibir sang kekasih. "Lagipun kita buat benda lain juga kot. Makan aiskrim, minum kopi, naik motor, tengok pemandangan... Banyak."
Jaemin hanya mengukir senyuman. "Tuhan, jangan pisahkan aku dengan lelaki ini." Jaemin menggetus didalam hati.
"Lagipun, saya suka kalau awak main dengan rambut saya." Jeno tersengih.
"Mmmm..." Jaemin mengangguk sambil menahan senyumannya yang semakin melebar. "Tak sangka pula muka gangster macam awak boleh jadi manja macam ni."
Jeno buat-buat riak muka terkejut. "Saya nampak macam gangster ke?"
Jaemin segera ketawa. "Adalah sikit."
Jeno ketawa bersama kekasihnya itu. Masa bahagia itu amat berharga walaupun nampak sangat kecil dan mudah di mata orang lain.
"Jeno..."
"Mmm?" Jeno menjawab sambil menekan tangan Jaemin di pipinya.
"Awak tak akan tinggalkan saya kan?"
Jeno memandang Jaemin. Wajah lelaki itu penuh harapan membuatkan dia tersenyum. Dia mengangguk perlahan. "Saya tak akan tinggalkan awak."
Jaemin tersenyum mendengar ucapan itu. Dia tahu macam-macam boleh berlaku. Dia juga tahu suatu hari nanti mereka terpaksa berperang untuk kekal bersama. Akan tetapi, buat saat ini, mereka akan berusaha untuk kekal bersama.
To be continue.....
YOU ARE READING
Mr. Cinderella [NoMin] [BL]✔️
Fanfic"Dasar orang miskin! Sebab tu saya benci orang yang tak ada pelajaran!" - Jaemin - "Saya patut biar awak mati je." - Jeno - Jaemin adalah anak orang kaya yang dididik dengan kehidupan yang bertaraf tinggi sejak kecil. Namun, dia tidak menyangka duni...