Chapter 17

158 11 0
                                    

Jeno menyandarkan kepalanya pada dinding sel penjara itu sambil memejamkan matanya. Saat ini, dia tidak tahu apa yang harus dirasakan. Perasaannya bercampur-baur. Marah, benci, kesal, sedih, kecewa... Semua dirasakan. 

Walaubagaimanapun, hanya ada seorang sahaja yang berada dalam fikirannya. Iaitu Jisung, adiknya sendiri. Haechan kini sedang baring di paha lelaki itu turut memejamkan matanya. Terdapat tiga orang tahanan lain yang berada di situ melakukan hal masing-masing.

"Jeno dan Haechan!"

Serentak kedua-dua lelaki itu membuka mata mereka. Seorang anggota polis membuka pagar besi penjara itu membuatkan Jeno dan Haechan bangun dari tempat mereka.

"Kamu berdua dibebaskan atas ikat jamin."

Kedua-dua lelaki itu berpandangan agak kebingungan bagaimanapun menyusul anggota polis itu keluar dari situ.

"Sila ambil barang-barang kamu." ujar polis itu. "Kamu tidak dibenarkan pergi ke luar negara atau melarikan diri kerana kertas siasatan masih berjalan. Kamu hanya diikat jamin dengan bayaran sahaja."

"Maaf, tapi siapa yang ikat jamin kami?" tanya Haechan ketika mengambil barang-barangnya.

"Dia menunggu di ruang hadapan." ujar anggota polis itu. "Nanti tandatangan borang kat depan dan kamu boleh balik."

Jeno dan Haechan segera berjalan menuju ke ruang hadapan. Kelihatan Mark dan Jisung duduk dalam keadaan cemas di sebuah kerusi.

"Mark?" Haechan mengelipkan matanya tidak percaya.

"Haechan-ah."

"Hyung!"

Jisung segera berlari ke dalam pelukan Jeno. Wajahnya masih merah. Mata mereka berair kerana gembira. Mark pula memeluk Haechan yang turut membalas pelukannya.

"Sign kat sini dulu." suara anggota polis itu mematikan kegiatan mereka.

Haechan dan Jeno menandatangani beberapa surat dan borang sebelum berjalan keluar bersama Mark dan Jisung.

"Apa yang terjadi?" tanya Haechan. "Kamu ke yang ikat jamin kami?" 

Belum sempat Mark menjawab, langkah Jeno tiba-tiba terhenti apabila ternampak seseorang. Jaemin sedang bersandar di keretanya sambil berpeluk tubuh memandang mereka.

"Apa dia buat kat sini?" Jeno menggumam.

"Hyung, dia—"

Jeno berjalan pantas mendekati lelaki itu. Perasaan marahnya saat ini membuak-buak entah kenapa. "Puas hati awak sekarang?"

Jaemin mengerutkan dahinya. "Apa maksud awak?"

"Awak dah puas?" Jeno merenung lelaki itu tajam. "Awak dah sumbat saya dalam penjara."

"Bukan saya yang—"

"Tapi awak pun suka kan kalau saya masuk penjara?!" Jeno memintas. "Awak pun fikir saya ni perompak dan bahaya kan?!"

Jaemin terdiam. Sejujurnya, dia tidak pernah mempercayai itu semua. "Yahh..."

"Saya ingatkan awak boleh jadi seseorang yang berbeza." Jeno memperlahankan nada suaranya. "Saya ingatkan ada sesuatu yang istimewa pada awak."

Jaemin hanya memandang lelaki itu. 

"Saya tak tahu apa dosa saya." Jeno menelan air liurnya cuba menahan perasaannya. "Saya tak tahu sehingga tahap apa perasaan jijik awak pada saya."

"Hyung..." Jisung memanggil bagaimanapun tidak dipedulikan.

"Hidup saya musnah sejak saya jumpa awak." Entah kenapa, hati Jeno sakit saat mengucapkan itu. "Mungkin saya patut biarkan awak lemas dalam air dulu."

Mr. Cinderella [NoMin] [BL]✔️Where stories live. Discover now