Chapter 34

130 11 0
                                    

Bukan ini pengakhiran yang Jeno mahukan. Bukan ini keputusan yang dia harapkan. Dia mendapatkan apa yang dia mahu. Bagaimanapun, dia kehilangan apa yang selama ini menjadi miliknya. Hatinya terasa pedih. Dia seharusnya senang bagaimanapun mustahil dalam keadaan seperti ini.

Dia memandang ke arah Jisung yang sedang membantunya untuk berkemas. Lelaki itu nampak lebih tenang daripada biasanya. Dia kecewa bagaimanapun tidak menangis atas apa yang Jeno terangkan pada lelaki itu.

"Saya cuma nak hyung bahagia."

Kata-kata pendek itu kedengaran biasa bagaimanapun berjaya menjentik hati kecil Jeno. Saat ini, dia tahu dia bersikap pentingkan diri. Dia tahu dia telah melepaskan semuanya hanya untuk kebahagiaan cintanya. Akan tetapi, sudah terlalu lambat untuk dia berpatah balik.

"Hyung..."

Jeno memandang adik lelakinya yang masih sibuk mengemas.

"Hyung tolong jaga makan." ujar Jisung. "Saya akan beritahu Jaemin untuk pantau. Hyung selalu sakit sebab tak jaga makan."

Jeno hanya mampu memandang adik lelakinya itu sayu. Kadangkala, dia benar-benar bersyukur. Dia bukan seperti orang lain yang dapat menikmati hidup diusia seperti itu. Malah, dia terpaksa menyara keluarganya. Akan tetapi, dia dikurniakan adik seperti Jisung. Yang memahami dan berdikari.

"Nanti saya dah habis belajar..." Jisung menyambung. "Saya akan cari hyung semula."

Jeno mencapai sesuatu dari atas meja sebelum berjalan mendekati Jisung. Dia meletakkan sebuah kunci di tangan lelaki itu. "Ini... Simpanan kita."

"Hyung..." Jisung menolak. "Hyung lebih perlukannya."

Jeno menggelengkan kepalanya. "Ini tabung untuk awak. Saya dah lama buatkan. Saya keluarkan bila awak perlu."

Jisung hanya memandang abangnya itu.

"Guna sebaiknya." Jeno cuba mengukir senyuman. "Awak jangan risau pasal saya. Kalau ada apa-apa... Minta pada Haechan."

Jisung mengambil kunci itu sambil mengesat air matanya yang tidak mampu untuk ditahan sebelum dia memeluk lelaki itu erat. Tangisannya kedengaran dengan jelas. Dia tidak bercakap. Hanya menangis.

Jaemin, Mark dan Haechan yang dari tadi berada di tingkat bawah segera naik ke atas melihat dua beradik itu berpelukan. Pemandangan itu benar-benar membuatkan mereka merasa sayu. 

"Awak akan baik-baik saja." bisik Jeno sambil mengusap lembut kepala adiknya itu. "Hyung pun akan baik-baik saja."

Jisung tidak menjawab. Dia hanya menangis sekuat hati. Saat itu, Haechan berjalan mendekati mereka. Sudah cukup lama mereka bertiga hidup bersama. Apa yang berlaku turut membuatkan Haechan sedih.

"Yah..." Haechan melutut dan mengusap kepala Jisung. "Saya kan masih ada. Awak jangan risau."

Jisung masih tidak membalas. Dia hanya menangis dalam pelukan abangnya itu. Haechan dan Jeno hanya saling bertukar renungan yang hanya difahami oleh mereka tentang apa maknanya. 

Mengambil masa agak lama untuk Jisung bertenang sehingga mereka selesai berkemas. Pada mulanya, mereka menyangka ayah Jaemin hanya bergurau mengenai hal itu. Akan tetapi, setelah diterangkan oleh Jaemin, Mark dan Renjun bahawa ayahnya mempunyai kuasa besar untuk mengusir seseorang dari bandar itu, mereka terpaksa akur sebelum banyak hidup yang dirosakkan.

Saat ini, Jeno sudah mula merasa menyesal kerana mengambil keputusan terburu-buru. Dia meminta restu dengan harapan dapat bersama dengan Jaemin. Akan tetapi, dia sudah tersilap langkah. Dia tidak boleh berpatah balik kerana sudah merosakkan hidup Jaemin. Dan sekarang dia harus bertanggungjawab.

"Haechan-ah..."

"Saya akan jaga Jisung dan tempat ni." Haechan terus memintas. "Awak jangan risau."

"Kalau kamu perlukan bantuan..." Mark bersuara sayu. "Hubungi kami. Kami boleh cari cara untuk bantu."





++++++++++++++++++++++



"Selamat pagi."

Jeno memandang wajah Jaemin yang masih mamai dengan rambut kusut masai. Dia tersenyum melihat lelaki itu.

"Selamat pagi."

Jaemin memandang Jeno. "Awak akan keluar lagi hari ni?"

Jeno mengangguk kemudian menghulurkan dua keping roti yang dipanggang di atas api kepada Jaemin. "Saya masih belum dapat kerja."

Jaemin hanya merenung lelaki itu sebelum mengangguk. Dia mencapai roti itu yang masih belum biasa dia makan.

Sudah tiga hari mereka menetap di tempat asing itu. Sebuah bilik kecil yang diperbuat daripada kayu. Hanya itu sewa yang paling murah. Dan mereka memutuskan untuk tinggal di situ.

Mereka berjalan sejauh beratus kilometer hanya menggunakan motor milik Jeno pada malam itu. Ia benar-benar melelahkan dan akhirnya mereka tiba dipekan kecil yang agak jauh dari kawasan asal mereka.

Jeno benar-benar berusaha untuk melakukan segalanya untuk Jaemin memandangkan hidup lelaki itu berubah 360 darjah. Untungnya, Jaemin tidak mengeluh. Dia turut membantu apa yang boleh.

"Awak ada nak makan apa-apa hari ni?" tanya Jeno.

Jaemin hanya memandang lelaki itu sayu. Selama tiga hari berturut-turut, mereka hanya memakan mee segera untuk makan malam. "Tak ada juga. Awak akan lewat balik?"

"Tak tahu." ujar Jeno. "Tapi saya akan cuba pulang awal."

Jaemin hanya mengangguk sambil mengukir senyuman. Dia tahu Jeno tertekan. Dan dia tahu Jeno juga seorang yang kuat. Oleh sebab itu, dia tidak mahu mengeluh dan meminta apa-apa. Apa yang terjadi juga atas tanggungjawabnya.

"Awak akan baik-baik di rumah?" tanya Jeno membuatkan Jaemin mengangguk. "Hubungi saya kalau ada apa-apa."

Jaemin hanya mengangguk. "Saya akan main telefon yang Mark bagi pada saya tu je."

Oleh kerana Jaemin dibuang oleh keluarganya, dia keluar dari rumahnya sehelai sepinggang. Hanya baju yang dipakainya sahaja dia boleh bawa. Tiada duit, tiada telefon dan tiada harta yang lainnya.

"Saya pergi sekarang." Jeno bingkas bangun dan mencapai begnya yang berisi semua resume dan dokumen untuk mencari kerja. "Doakan saya."

Jaemin menahan tangan lelaki itu. Dia berjalan mendekati Jeno dan mencium lembut bibit lelaki itu. "Good luck!"

Jeno hanya mengukir senyuman lebar. Sekurang-kurangnya, hatinya masih lagi merasa berbunga dengan cintanya yang kini berada di dekatnya. Dia segera beredar dengan langkah yang penuh dengan harapan.






To be continue.....

Akhirnya, mereka bersama. Tapi terpaksa hidup susah lah. Huhu

xoxo, M

Mr. Cinderella [NoMin] [BL]✔️Where stories live. Discover now