Chapter 32

146 10 0
                                    

Sudah hampir dua minggu berlalu sejak pertemuan Jeno dan Jaemin. Dan sudah selama itu Jeno tidak mendengar khabar lelaki itu. Tiada mesej, tiada panggilan dan sudah pastinya tiada pertemuan.

Setiap masa Jeno berusaha mencari lelaki itu. Setiap masa dia cuba menghubungi lelaki itu tetapi gagal. Tiada jalan penyelesaian yang dia temui. Entah kenapa lelaki itu tidak dapat ditemui dan langsung tidak boleh dihubungi.

Jeno ingin bertanya kepada Haechan. Walaubagaimanapun, lelaki itu juga sudah agak jarang bertemu dengan Mark. Ini kerana mereka sedang menjalani peperiksaan akhir semester. Melihat kepada tekanan yang Jisung alami, mereka berdua juga tidak mahu melakukan apa-apa yang boleh menambahkan lagi tekanan pada kekasih mereka.

Apa yang membezakan Mark dan Jaemin, kekasih Jeno itu langsung tidak dapat dihubungi. Mark pula masih lagi bertukar mesej atau menjawab panggilan walau sekejap. Dan apa yang paling merisaukan, jika ditanya mengenai hal Jaemin, Mark kedengaran teragak-agak dan mengelak untuk menjawab.

Jeno juga bertanya pada Jisung mengenai Jaemin. Akan tetapi, lelaki itu tidak tahu apa-apa. Malah, adiknya itu juga tidak pernah bertemu dengan Jaemin lagi di kampus. Dia hanya melihat Renjun dan Mark. Ini membuatkan Jeno semakin risau.

"Haechan-ah..." Jeno memandang lelaki yang sedang baring sambil menonton tv itu. "Mark betul-betul tak tahu ke mana Jaemin ke?"

Haechan hanya mengangguk tanpa memandang wajah kawannya itu. Matanya terlalu fokus memandang ke arah tv. "Tapi dia cakap Jaemin ambil exam juga."

"Memang Jaemin akan off telefon ke kalau exam?" Jeno berkerut.

"Itu saya tak pasti." Haechan mencapai alat kawalan jauh sebelum mematikan tv. Dia duduk memandang lelaki bermata sepet itu. "Awak nak pergi ke universiti mereka tak?"

Jeno mengelipkan matanya. "Boleh ke?"

Haechan mengangkat bahunya. "Tapi saya tahu peperiksaan mereka akan tamat dalam sejam lagi. Mungkin awak boleh jumpa Jaemin."

Jeno bingkas bangun. Dia mencapai jaketnya dengan kunci motosikalnya. "Jom!"

"Wuoh, wuoh, wuoh." Haechan menghentikan lelaki itu. "Bertenang, cowboy. Awak nak pergi dengan pakaian macam ni ke sana?"

Jeno mengerutkan dahi sambil memandang dirinya sekali imbas. "Apa masalahnya?"

Haechan mendengus perlahan kemudian bangun dari tempat duduknya. "Awak ingat apa jadi dengan kita sebelum ni? Universiti ni bukan sembarangan tempat."

"Ah..." Jeno baru teringat apa yang berlaku sebelum ini.

Kedua-dua mereka segera menggantikan pakaian. Mereka meminjam hoodie Jisung dan mujur sahaja ia muat. Selepas mereka selesai berpakaian normal, mereka terus sahaja pergi ke universiti itu dengan memakai motor Jeno.

Setibanya di sana, kelihatan pelajar masih belum keluar. Mungkin peperiksaan masih berjalan. Hampir setengah jam mereka menunggu di kawasan luar pagar sebelum pelajar mula berkeliaran.

"Haechan..." Jeno memandang lelaki itu sambil membetulkan topi di kepalanya. "Mereka kan guna kereta. Mesti parking kat dalam."

"Awak ingat saya ni apa?" Haechan mengangkat keningnya. "Saya tahu lah! Saya dah mesej Mark yang saya tunggu dia kat sini." Haechan memandang telefon bimbitnya yang bergetar. "Hah... Ni dia baru balas."


Mark Hubby <3

Babeeeee. Saya kat depan pagar sekolah. Nak lepas rindu!!  [2.36 p.m.]


Baru selesai. Nanti saya datang. [3.02 p.m.]


"Tch!" Haechan membaca balasan mesej kekasihnya itu. "Langsung tak romantik. Dasar Mark budak nerd."

Jeno hanya memandang lelaki itu sambil menggelengkan kepalanya. Tidak begitu berminat untuk mengetahui apa isi kandungan mesej mereka.

HONK! HONK!

Bunyi hon kereta itu membuatkan kedua-dua mereka menoleh sebelum satu kereta mewah berhenti berdekatan. Mark keluar dari tempat duduk pemandu bersama Renjun yang duduk di sebelahnya. Mereka sengaja menunggu di tempat yang sedikit jauh bagi mengelakkan mereka bertembung dengan sesiapa.

"Hei!" sapa Mark kemudian datang mencium pipi beruang comelnya.

Renjun pula hanya bertukar sapa dengan Jeno. Kedua-dua mereka masih merasa kekok atas apa yang pernah berlaku sebelum ini. Dan kekecewaan Jeno semakin bertambah apabila dia tidak melihat Jaemin. Saat ini, dia sudah menyangka bahawa lelaki itu sememangnya mengelak untuk bertemunya.

"Macam mana exam? Okay?" tanya Haechan.

"Macam biasa." Renjun menjawab. "Macam yang dijangkakan."

Haechan tidak dapat memahami jawapan itu bagaimanapun tidak berminat untuk bertanya dengan lebih lanjut.

"Mark, Renjun..."

Serentak kedua-dua lelaki itu menoleh memandang Jeno.

"Saya tak akan berselindung." Jeno memandang mereka silih-berganti. "Kenapa Jaemin mengelak daripada saya?"

Mark dan Renjun berpandangan.

"Maksud saya..." Jeno memejamkan matanya seketika cuba menyusun ayat yang sesuai. "Saya rasa saya tahu sebab apa tapi... Kenapa dia tak beritahu elok-elok dengan saya?"

"Jeno shi..." Renjun menarik nafas panjang. "Awak tahu kan ibu bapa dia—"

"Itu saya tahu." Jeno memintas. "Tapi sekurang-kurangnya dia beritahu saya."

Renjun dan Mark berpandangan sekali lagi.

"Jeno..." Mark memandang lelaki itu sayu. "Dia bukan tak nak beritahu. Tapi dia tak dapat beritahu awak."

Jeno mengerutkan dahinya. "Apa maksud awak?"

Mark hanya mampu memandang Renjun sebagai tanda isyarat bahawa dia yang perlu memberitahu.

"Kami risau juga sebab dia tak masuk exam." Renjun mendengus perlahan. "Kami pun ada cuba hubungi dia. Lepas tu, kami tanya profesor dan katanya Jaemin jawab exam khusus dari rumah."

Jeno tergamam. "Hah?"

"Kami ada tanya apa sebabnya." Renjun bersuara lagi. "Tapi profesor cakap dia pun tak pasti. Ayah dia yang uruskan semua supaya dia diberi kelonggaran tu. Ada pengawas peperiksaan yang jaga dia kat rumah."

"Lagi satu..." Mark mencelah. "Jaemin dah tak ke universiti dua minggu dah."

Jeno terdiam. Matanya terbuka luas semakin risau.

"Dan semalam..." Renjun menggigit bibirnya. "Saya terdengar perbualan ibu Jaemin dengan ibu saya."

Jeno menelan air liurnya. Perasaannya mula tidak sedap.

"Lepas je habis exam... Jaemin akan ke London. Dia akan menetap di sana."

Seolah jantungnya ditusuk pisau, Jeno merasakan sakit di dadanya. "Dia..."

Haechan yang mendengar hanya ternganga.

"Berkemungkinan dia dikurung, Jeno." Mark bersuara sedih. "Kami pun tak boleh jumpa dia."

"Macam mana kamu tahu dia dikurung?" tanya Haechan.

"Benda ni pernah berlaku." beritahu Renjun. "Tapi tak pernah lama macam ni."

Jeno memegang kepalanya yang dirasakan berpinar-pinar. Dia selama ini sudah merasa bersedia dengan kemungkinan ini. Akan tetapi, dia sedar bahawa dia langsung tidak bersedia. Dia tidak mahu perkara ini berlaku.




To be continue.....

Anyway, cerita ni pun dah hampir nak habis. Aku nak sambung Obsession tapi macam slow sikit. Sebab cerita tu plot dia complicated sikit. Aku nak start cerita MarkHyuck - You Belong To Me tapi ada cerita lain yang aku nak terbitkan plak. Dilema betul lah.

xoxo, M

Mr. Cinderella [NoMin] [BL]✔️Where stories live. Discover now