Mark berjalan keluar dari kedai kecil itu kemudian memandang sekeliling. Dia sengaja memilih tempat yang berbeza dan tidak sunyi untuk membeli pada lewat pukul 9 malam itu bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Terlalu banyak kejadian bahaya dan membuatnya trauma pada tempat-tempat seperti itu. Dan atas sebab itu juga, dia terpaksa mengambil jalan yang sedikit jauh untuk membeli sesuatu. Dia juga akan memastikan tiada orang-orang yang aneh atau mencurigakan.
Walaubagaimanapun, malang tidak berbau baginya. Dengan mudah mulutnya ditekup sebelum badannya ditarik dengan kasar ke satu lorong yang sunyi. Mark meronta-ronta meminta dilepaskan. Dia mula berfikir sumpahan apa yang kena padanya sehingga semua perkara buruk berlaku padanya.
"Mark... Bertenang lah. Ini saya."
Mark terdiam apabila mendengar suara itu. Suara unik yang cukup dikenalinya. Perlahan-lahan dia berpaling sebelum matanya bertemu dengan mata Haechan.
"Awak ni!" Mark membentak sebelum menepis tangan lelaki itu. "Jangan lah buat saya terkejut! Kalau saya ada lemah jantung... Boleh mati tahu tak?!"
"Maaf lah." Haechan mengusap tengkuknya. "Saya takut awak tak nak bercakap dengan saya kalau saya jumpa awak macam biasa."
Mark membuka mulutnya untuk membalas bagaimanapun dia menutupnya kembali. Dia memandang sekeliling. "Boleh kita bercakap dalam kereta saya? Saya tak selesa kat sini."
Haechan tidak membantah. Dia hanya menyusul Mark menuju ke kereta yang diletakkan tidak jauh dari situ. Mark menghidupkan enjin kereta bagi memudahkan mereka mendapat udara.
"Hah... Apa awak nak cakap?" Mark memandang lelaki itu.
"Awak jijik tak tengok saya?"
Mark merenung lelaki itu agak lama sebelum menggelengkan kepalanya. "Tak."
Haechan hampir mengukir senyuman. "Awak fikir kami ke yang rosakkan majlis ulang tahun Renjun?"
Mark menarik nafas panjang kemudian mengalihkan pandangannya. "Saya tak nak percaya. Tapi semua orang berkeras cakap kamu dalangnya. Semuanya sebab salah seorang samseng tu cakap macam tu pada Jeno."
"Saya tahu." Haechan masih merenung wajah Mark. "Saya cuma nak tahu daripada awak. Awak percaya tak kalau saya cakap kami tak buat?"
Mark tidak menjawab. Dia berfikir sendirian.
"Mark..." Haechan memegang tangan lelaki itu. "Tengok saya."
Mark menoleh perlahan-lahan dan memandang Haechan. Dia merenung lelaki itu sedalam-dalamnya. Dia tahu jawapan kepada soalan itu sejak lama. Dan dia tahu itu tidak akan berubah. "Saya percaya kamu tak buat."
Haechan mengukir senyuman lebar. "Saya berani bersumpah kami tak buat. Kami betul-betul tak tahu apa yang jadi. Terus terang saya cakap... Kami menyesal datang ke majlis tu. Kalau kami tak datang mungkin perkara ni tak akan berlaku."
"Benda ni tak pernah jadi." ujar Mark. "Sebab tu lah semua orang tuduh kamu. Pertama kali kamu datang, pertama kali juga ia terjadi."
"Renjun ada musuh tak?" tanya Haechan.
Mark menggelengkan kepalanya. "Renjun adalah orang yang paling baik di antara kami. Mustahil untuk dia ada musuh."
Haechan mendengus perlahan. "Takkan orang-orang tu boleh masuk secara random. Jalan masuk ke rumah tu ada pengawal."
Mark mengelipkan matanya. "Betul. Sebab tu kami pun yakin mereka dibawa masuk."
Haechan menarik nafas panjang sambil cuba berfikir. "Awak boleh sediakan tak senarai jemputan pada hari tu?"
"Awak rasa dalangnya dari kalangan tetamu yang dijemput?" Mark mengangkat keningnya.
Haechan mengangguk. "Macam awak cakap tadi... Mereka dibawa masuk. Dan orang yang boleh buat macam tu cuma tetamu kat situ je."
"Saya akan cuba dapatkan."
Haechan hanya mengukir senyuman manis. "Terima kasih, Mark. Saya akan berikan awak satu ciuman kalau kita dapat tangkap pelakunya."
++++++++++++++++++++
Pintu bilik Renjun dibuka dengan kuat membuatkan lelaki kecil molek itu menoleh agak terkejut. Buku yang berada di meja dilupakan buat sementara waktu. Kelihatan Chenle memandangnya dengan wajah merah padam dan tercungap-cungap. Telefon bimbit digenggam erat di tangannya.
"Ini semua sebab awak!"
Renjun mengerutkan dahinya. "Apa yang awak merepek ni?"
"Jisung tak nak balas mesej saya! Angkat call pun tak!" Chenle membentak. "Seharian dia tak masuk kelas. Ini semua sebab awak!"
"Awak fikir saya ke yang malukan dia?" Renjun mengerutkan dahinya. "Ada berpuluh-puluh tetamu saya malam tu. Mestilah mereka bercerita sana-sini!"
"Kalau awak tak halang Jisung kawan dengan saya, dia tak akan ignore saya!" suara Chenle semakin kuat.
"Saya memang tak nak awak berkawan dengan dia!" pekik Renjun turut meninggikan suaranya. "Mereka tu membahayakan!"
"Awak tak kenal mereka macam mana saya kenal mereka!!"
"Yahh Chenle!!!" Renjun memekik sambil bangun dari tempat duduknya. Dia kini bersemuka dengan adiknya itu. "Mereka orang tak baik! Ganas dan bahaya! Mereka juga penjenayah! Awak tak nampak ke macam mana mereka hancurkan majlis saya malam tu?! Bayangkan kalau mereka datang lagi? Bayangkan seluruh ahli keluarga kita dibunuh? Awak nak ke?!"
"Jadi penjenayah malam tu abang kepada Jisung?"
Serentak Chenle dan Renjun menoleh memandang ke arah pintu. Kedua ibu bapa mereka berdiri dengan wajah yang tergamam.
"Pa... Ma..."
"Cakap!!" Zhoumi menjerit. "Abang Jisung adalah orang yang menyerang rumah kita?"
Renjun tidak mampu berkata apa-apa. Sejujurnya, dia tidak mahu membuka mulut. Dia tahu seperti apa ibu bapanya ini. Dia tahu mereka tidak akan berdiam diri.
"Tak, pa." Chenle mendekati ayahnya. "Bukan mereka!"
"Diam! Papa tak bercakap dengan awak." Zhoumi merenung wajah Renjun. "Renjun! Cakap sekarang!"
Renjun masih lagi berdiam diri. Dia langsung tidak mahu melihat wajah kedua orang tuanya itu. Hatinya terasa pedih dan berat. Dia buntu. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan.
"Kita mesti laporkan pada polis." Zhoumi segera mengeluarkan telefon bimbitnya dan beredar.
"Pa!! Jangan!!" Chenle memekik sambil mengejar ayahnya. "Saya mohon, pa!!"
Renjun menekup mulutnya. Walaupun dia marah, dia tidak mahu perkara ini berlaku. Dia tidak mahu polis terlibat. Atas sebab itu, dia tidak mahu menyebut nama sesiapa sehingga saat ini.
To be continue.....
Comel je MarkHyuck dalam ni.
xoxo, M
YOU ARE READING
Mr. Cinderella [NoMin] [BL]✔️
Fanfiction"Dasar orang miskin! Sebab tu saya benci orang yang tak ada pelajaran!" - Jaemin - "Saya patut biar awak mati je." - Jeno - Jaemin adalah anak orang kaya yang dididik dengan kehidupan yang bertaraf tinggi sejak kecil. Namun, dia tidak menyangka duni...