TOK! TOK! TOK!
Bunyi ketukan pintu itu terlalu kuat. Seolah-olah orang yang mengetuk pintu itu ingin merobohkannya. Atau mungkin jenis pintu kayu itu sememangnya terlalu ringan dan mudah mengeluarkan bunyi.
TOK! TOK! TOK!
"Ya, ya, ya." Jisung berlari menuruni anak tangga. Agak kebingungan kerana ada orang yang berkunjung malam-malam seperti itu.
"Takkan hyung tak bawa kun—" Jisung terdiam apabila melihat orang yang berada di luar pintu. "Jaemin sunbaenim?"
Jaemin kelihatan tercungap-cungap. Pipinya memerah dengan wajahnya yang kelihatan kusut dan bengkak.
"Er, masuk lah." Jisung membuka pintu itu seluas-luasnya.
Jaemin segera masuk. Lelaki itu kelihatan seperti sedang dikejar oleh penjahat dan perlu bersembunyi.
"Jeno hyung pergi keluar beli barang kejap." beritahu Jisung. Dia berdiri dengan perasaan canggung tidak mahu menyibuk urusan Jaemin.
"Boleh saya tunggu dia di sini?" tanya Jaemin tanpa memandang wajah lelaki itu.
Jisung mengangguk. "Sudah tentu. Nanti saya bu—"
"Jaemin?"
Serentak kedua-dua mereka menoleh. Kelihatan Jeno sedang berdiri di muka pintu sambil memandang lelaki itu agak terkejut. Dia memegang plastik berisi barangan yang baru sahaja dibelinya.
"Jeno!" Jaemin segera berlari memeluk lelaki itu.
"Yah... Kenapa ni?" Jeno menghulurkan plastik yang dibawanya kepada Jisung di mana lelaki itu menyambutnya sebelum berlalu pergi untuk memberi ruang.
"Jeno..." Jaemin sudah mula menangis. Dia memeluk kekasihnya itu seolah-olah ia adalah untuk kali yang terakhir.
"Bawa bertenang." bisik Jeno di telinga kekasihnya itu sambil menggosok belakangnya. "Saya ada kat sini."
Jeno membawa Jaemin untuk masuk ke dalam biliknya yang dikongsi bersama Haechan. Mujur sahaja kawan baiknya itu bermalam di rumah Mark. Jaemin menceritakan semua apa yang berlaku di rumahnya. Tangisannya tidak berhenti membuatkan dia tersedu-sedan.
Dan sudah pasti perkara itu membuatkan hati Jeno luluh. Dia sudah menjangka sejak awal. Hubungannya dengan Jaemin adalah hubungan terlarang. Bukan kerana hubungan sesama jenis sahaja. Akan tetapi, hubungan kerana taraf yang berbeza.
Mereka berdua seperti langit dengan bumi. Tidak akan pernah mampu berdiri bersama walau apa cara sekalipun. Dan Jeno tahu ibu bapa lelaki itu tidak akan pernah merestui dan menerimanya. Mustahil untuk mereka melepaskan satu-satunya anak lelaki mereka itu.
"Apa saya perlu buat, Jeno?" Jaemin menangis di dalam pelukan lelaki itu. "Saya tak nak pergi ke luar negara."
Jeno hampir tidak menjawab. "Saya tak nak itu berlaku juga."
"Apa saya perlu buat?" Jaemin mencengkam baju lelaki itu. "Saya tak boleh hidup tanpa awak."
"Saya tak boleh hidup tanpa awak juga, Jaemin." ucap Jeno lembut. "Saya sangat sayangkan awak. Mustahil untuk saya terima awak dipisahkan daripada saya."
Sejujurnya, Jeno hanya memikirkan bagaimana nasib mereka. Oleh kerana dia sudah menjangka bahawa ini akan terjadi suatu hari nanti, dia hanya menghargai masa yang mereka ada sekarang. Dia cuma tidak menjangka nasib mereka akan berakhir secepatnya ini.
"Sayang..." Jeno menarik lelaki itu sebelum memegang kedua-dua pipi Jaemin yang merah. "Awak kena balik."
Jaemin menggeleng dengan pantas. "Tak nak! Saya tak nak balik!"
"Sayang..." Jeno mengesat air mata lelaki itu. "Kalau awak buat macam ni... Ibu bapa awak akan lebih marah. Mereka akan hantar awak ke luar negara tanpa berfikir panjang."
Jaemin menangis lagi.
"Buat masa sekarang, ikut dulu cakap mereka." ujar Jeno. "Saya tetap kat sini. Saya tak akan lari ke mana-mana."
++++++++++++++++++++++
Jeno hanya duduk kaku tidak bergerak. Sudah hampir lima minit dia kekal dengan posisi itu. Haechan yang duduk bersamanya di ruang tamu kecil itu tidak tahu hendak berkata apa. Jeno telah menceritakan apa yang berlaku dalam hubungannya dengan Jaemin.
"Mark ada cerita pasal keluarga Jaemin ni." Haechan bersuara. "Jaemin ada cerita pasal tu?"
Jeno mengerutkan dahinya kemudian menggeleng. Dia dan Jaemin terlalu fokus mengenai hal mereka berdua sahaja. Atas sebab itu, mereka jarang berbual mengenai orang lain.
"Ibu bapa dia tak nak Jaemin berkawan dengan Mark. Mereka siap dah bagi amaran dengan ayah Mark." beritahu Haechan.
Jeno terkedu mendengar kenyataan itu.
"Mark dah pernah berbincang dengan Jaemin." Haechan menyambung. "Tapi Jaemin suruh abaikan. Mereka abaikan. Tapi Mark memang jarang lah lepak lama dengan Jaemin."
"Mereka ada buat apa-apa?" tanya Jeno. "Sesuatu yang teruk?"
Haechan menggelengkan kepalanya. "Tak pernah. Sebab tu lah mereka tak lah risau sangat. Tapi kes awak dengan Jaemin ni..."
"Level yang berbeza." Jeno mendengus perlahan. "Apa saya nak buat, Haechan?"
Haechan hanya mampu memandang lelaki itu sayu. "Saya pun tak tahu, Jeno. Dulu saya ingat masalah kita sama. Sebab Mark tu pun boleh tahan statusnya. Tapi... Awak ni level yang teruk, Jeno."
Jeno menarik nafas panjang kemudian menggosok mukanya. "Awak rasa saya dah buat keputusan yang salah?"
"Keputusan mana?" Haechan mengangkat keningnya. "Bercinta dengan Jaemin?"
Jeno mengangguk.
"Jeno..." Haechan mendengus perlahan. "Kalau saya berada kat tempat awak, saya pun akan buat benda yang sama."
"Tapi awak tahu kami tak boleh bersama." Jeno bersuara tertekan.
"Macam apa yang ada difikiran awak, Jeno." Haechan memandang lelaki itu. "Awak kena hargai apa yang awak ada sekarang. Sebab kalau tak... Awak akan lebih menyesal."
Jeno merenung lelaki itu sedalam-dalamnya. "Bagi awak... Jujur! Bagi awak... Kami akan bersama ke nanti?"
Haechan membalas pandangan lelaki itu. Jika menurut pada cerita Mark mengenai keluarga Jaemin, sangat lah mustahil untuk mereka bersama. Sebagai seorang kawan, dia hanya boleh berkata jujur.
"Maaf, tapi tidak."
Jeno segera tunduk mendengar jawapan itu walaupun dia sudah menjangkakannya. Walau begitu, dia masih tetap berharap ia berbeza.
"Kamu berdua benar-benar hidup dalam dunia yang berbeza." ujar Haechan. "Dunia yang tak akan pernah membenarkan kamu bersama."
"Jadi, apa yang saya perlu buat, Haechannie?" Jeno seperti sudah menemui jalan buntu.
"Percaya pada takdir. Itu sahaja yang saya boleh nasihat."
To be continue.....
Korang rasa macam mana nasib NoMin nanti ni?
xoxo, M
YOU ARE READING
Mr. Cinderella [NoMin] [BL]✔️
Fiksi Penggemar"Dasar orang miskin! Sebab tu saya benci orang yang tak ada pelajaran!" - Jaemin - "Saya patut biar awak mati je." - Jeno - Jaemin adalah anak orang kaya yang dididik dengan kehidupan yang bertaraf tinggi sejak kecil. Namun, dia tidak menyangka duni...