Chapter 35

137 12 2
                                    

"Maaf ya." ucap pemilik kedai itu.

"Eh, tak apa." Jeno menunduk sebelum keluar dari kedai pakaian itu. Dia mendongak memandang ke langit yang sudah gelap. 

Ini sudah hari keenam dia keluar mencari kerja. Dia masih lagi belum berjaya menemui apa-apa. Dia tidak boleh terus-terusan bergantung kepada simpanan yang dia bawa daripada tabungnya. Sekurang-kurangnya, dia perlu ada pendapatan bulanan biarpun sedikit. 

Jeno duduk di tepi jalan kedai itu. Dia benar-benar lelah. Dia masih belum makan tengahari. Setiap hari itulah rutinnya. Keluar awal pagi selepas makan sarapan roti panggang yang hanya dicecah dengan teh kosong. Selepas itu, dia tidak akan makan sehingga pulang ke rumah. Jika Jaemin bertanya, dia hanya memberitahu dia makan mee segera di kedai serbaneka.

Jeno berhati-hati dalam menggunakan duit. Malah, dia juga sudah berhati-hati sejak dulu. Tetapi, kali ini dia terpaksa berkorban tiga kali ganda. Kerana orang yang dia jaga dirumah bukan seperti Jisung yang biasa hidup susah.

Kedengaran bunyi guruh membuatkan Jeno tersedar dari lamunannya. Dia harus segera balik agar tidak ditimpa hujan. Kakinya melangkah dengan pantas. melintasi setiap orang yang ada di pekan kecil itu. 

Walaubagaimanapun, kakinya terhenti apabila terhidu sesuatu. Aroma ayam panggang terlalu kuat menyebabkan dia berpaling dan menuju ke gerai kecil itu. Matanya membulat. Mengingati Jaemin di rumah, lelaki pasti gembira.

"Boleh beri saya dua?" tanya Jeno. "Berapa harganya?"

"Satu hidangan dengan nasi 15 ringgit." 

Jeno terdiam. Harga makanan itu cukup untuk makan mereka selama dua hari jika disimpan. Dia memandang ayam panggang itu. Memejamkan matanya seketika sambil menarik nafas panjang.

"Tak apa lah." Jeno mengukir senyuman manis. "Bagi saya satu je lah. Bungkus ya."

Wanita tua bersanggul itu segera menyediakan permintaan Jeno. Apa yang mengejutkan, dua nasi bungkus berada di dalam plastik itu.

"Eh, saya pesan satu je." ujar Jeno yang sudah bersedia dengan duit 15 ringgit.

"Hari ni makcik jual satu 5 ringgit." beritahu wanita tua itu. "Lagipun ini hidangan terakhir. Makcik pun dah nak tutup."

Jeno mengelipkan matanya. Dia tidak tahu nasib baik seperti apa yang dialaminya saat ini.

"Makcik nampak setiap hari awak lalu sambil bawa fail." wanita tua itu tersenyum. "Awak baru tinggal kat kawasan sini kan? Cari kerja kat sini memang susah."

Jeno menggigit bibirnya kemudian mengambil plastik berisi makanan itu. Dia menghulurkan duit 10 ringgit kepada si penjual.

"Yang penting kuatkan semangat. Jangan putus asa."

"Terima kasih, makcik."







++++++++++++++++++++






Jeno melangkah masuk ke dalam rumah sewa kecil kayu yang sedang dihuni olehnya bersama Jaemin. Dia kini basah kuyup akibat kehujanan. Beg yang berisi dokumen itu berusaha dipeluk agar tidak basah.

"Jeno?" Jaemin mengelipkan matanya. 

"Saya terlambat pulang." Jeno mengeluh kemudian meletakkan makanan yang di bawanya di atas meja.

"Awak pergi mandi dulu." arah Jaemin sambil mencapai beg yang di bawa oleh Jeno. "Nanti demam."

Jeno tidak membantah. Dia terus sahaja berlari ke kamar mandi dan membasuh dirinya sendiri. Jaemin memandang plastik makanan yang di bawa oleh Jeno. Dia mengeluarkan makanan itu kerana takut ia basah.

Ketika dia membukanya, wajahnya mengukir senyuman. Dia tahu. Dia tahu Jeno berusaha untuk tidak membuatkan dia lapar. Dan terus-terang sahaja, di rumah inilah kali pertama dia memakan mee segera sejak kali terakhir semasa di sekolah.

Jaemin sudah berusaha sedaya-upaya untuk tidak menunjukkan rasa janggalnya kepada kehidupan susah itu. Dia selalu berbohong bahawa dia tidak lapar lagi jika hanya memakan mee segera. Dia tidak mahu Jeno menghukum dirinya.

"Boleh awak tolong keringkan rambut saya?"

Jaemin menoleh memandang Jeno yang tercegat di muka pintu sudah lengkap memakai baju. Tuala bergantung di lehernya.

Lelaki iti tersenyum kemudian memberi isyarat untuk Jeno datang mendekat. Lelaki bermata sepet itu menurut. Dia berjalan mendekati Jaemin yang terus sahaja mencapai tuala itu dan menggosokkannya di rambut Jeno.

"Aigooo, my cute puppy." Komen Jaemin. "Aigooo."

Jeno tersenyum sambil merangkul pinggang kekasihnya itu. Walaupun dia tertekan, adakalanya dia merasa bahagia. Dia mencintai Jaemin. Sepenuh hatinya. Dan saat ini, Jaemin hanya ada dia.

"Dah. Jom makan." Ujar Jaemin lalu duduk di meja yang tiada kerusi itu. Mereka hanya duduk di lantai.

"Kenapa awal beli banyak sangat?" Tanya Jaemin.

Jeno memandang makanan yang dihidangkan oleh kekasihnya itu. Memang benar. Porsinya terlalu banyak.

"Saya rasa penjual tu bagi lebih." Beritahu Jeno. "Sebenarnya, dia bagi saya harga murah. Semua ni 10 ringgit je."

"Serius?" Jaemin mengelipkan matanya.

Jeno mengangguk sambil tersenyum. "Dia baik. Lagipun dia nak tutup awal tadi."

Mereka menjamu selera sambil berbual kosong. Kadangkala, mereka merasa lucu dengan cerita masing-masing. Memerhatikan gelagat Jaemin makan, Jeno tahu lelaki itu kelaparan.

"Oh, hampir saya terlupa."

Jeno melirik memandang Jaemin sambil mengemas meja kecil itu setelah selesai makan.

"Saya dapat kerja."

Jeno membesarkan matanya agak terkejut. "Apa?"

Jaemin mengangguk. "Tadi saya ke pasar."

"Awak ke pasar?" Jeno berkerut. Lelaki itu tidak pernah keluar sendiri tanpanya di kawasan asing itu.

Jaemin mengangguk. "Saya nak cari kerja juga."

"Jaemin-ah..." Jeno mendengus perlahan. "Tak perlu."

"Jeno shi..." Jaemin menghentikan lelaki itu. "Kita hidup bersama sekarang. Akan lebih baik kalau saya bekerja juga. Lagipun, ia gaji hari. Saya akan dibayar bila waktu saya datang bekerja."

Jeno hanya mampu merenung lelaki itu.

"Awak jangan risau." Jaemin mengukir senyuman manis. "Saya tak akan kerja sampai malam. Saya akan jaga diri."

Jeno hanya mampu memandang lelaki itu sayu tidak dapat menghalangnya. Dia sendiri belum dapat kerja. Akan tetapi, dia tidak mahu bertengkar.

Saat ini, Jeno sedar. Dia benar-benar sudah mementingkan diri. Dia membuatkan Jaemin melakukan sesuatu yang mustahil. Yang tidak pernah terbayangkan sama sekali.

Adakah mereka akan bahagia?







To be continue.....

Adakah diorang akan bahagia?

xoxo, M

Mr. Cinderella [NoMin] [BL]✔️Where stories live. Discover now