Chapter 33

127 10 0
                                    

Seusai Mark dan Renjun menerangkan apa yang mereka tahu, seperti sesuatu menusuk dada Jeno dengan kuat. Seolah-olah akalnya dimatikan serta-merta. Dia merasa seperti kehilangan kawalan dirinya.

Entah apa yang merasukinya, dia segera merampas kunci dan menaiki motor yang dikongsinya bersama Haechan. Membuat lelaki berkulit tan itu terpaksa menumpang Mark dan Renjun untuk mengejar lelaki yang seperti kehilangan akal itu.

Jeno sudah tidak peduli lagi. Malah, dia tidak memakai helmetnya. Dia perlu menemui Jaemin. Dia harus ke sana. Dan mujur sahaja dia pernah menghantar Jaemin secara curi-curi suatu ketika dahulu ketika ibu bapa lelaki itu tiada di rumah. Atas sebab itu, mudah untuk dia menuju ke rumah itu.

Pengawal keselamatan di bahagian depan kawasan perumahan orang elit itu tidak mampu menahan Jeno. Memandangkan lelaki bermata sepet itu hanya menggunakan motor, amat mudah untuk dia menyelit dan melanggar segala apa yang menahannya.

Saat ini, Jeno merasakan ini adalah perjuangan terakhirnya. Seperti ini adalah langkah terakhir sebelum dia benar-benar menerima takdirnya. Sebelum dia benar-benar mengalah dengan dunia yang menentang mereka.

"Jaemin!!" Jeno memberhentikan motor itu tepat di hadapan sebuah pagar mewah sebelum turun dan mendekati pagar itu. "Jaemin!!"

Saat ini, barulah Jeno sedar bahawa hujan sudah mula turun. Dia menyangka itu adalah air matanya. Akan tetapi, air dingin yang disertai dengan awan gelap dan bunyi guruh itu menyedarkannya.

"Jaemin!!" pekik Jeno sambil mendekatkan dirinya pada pagar besi itu. "Jaemin!!!"

Tiada balasan yang diterima daripada empunya nama itu. Hanya ada beberapa orang gaji yang kelihatan terkejut dan segera berlari masuk ke dalam.

"Na Jaemin!!!" pekik Jeno. Saat ini, dia sudah menangis. Suaranya sudah serak. Airmatanya tidak dapat dilihat memandangkan air hujan membasuhi. "Saya kat sini!! Kalau awak kat dalam!! Tolong keluar!!!"

Pada ketika itu juga, pintu besar utama rumah itu terbuka. Seorang wanita berusia dengan wajah yang sangat cantik muncul sambil bercekak pinggang. Itu ialah Yoona, ibu kepada Jaemin. Dia mengenali wanita itu memandangkan Jaemin pernah menunjukkan gambar keluarga kepadanya.

"Puan Yoona!!" pekik Jeno dari sebalik pagar itu. "Saya merayu... Tolong benarkan saya jumpa Jaemin!"

"Macam mana awak boleh masuk?" wanita itu kelihatan marah atau lebih kepada risau dan takut. "Pergi balik!"

"Tak nak!" Jeno membalas. "Tolong benarkan saya jumpa Jaemin. Saya merayu!"

"Pergi balik!!" Yoona memekik sambil berpeluk tubuh mungkin merasa kedinginan. "Pergi!!"

"Tolong lah, Puan." rayu Jeno. "Saya merayu!"

Kereta yang dipandu oleh Mark bersama Haechan dan Renjun tiba setelah lama bersoal jawab bersama pengawal keselamatan di luar. Mereka melihat Jeno yang sudah berhujan di hadapan pagar mewah itu.

"Jaemin-ah..." Jeno menangis. "Jaemin-ah... Na Jaemin..."

"Jeno?"

Mendengar suara yang amat dirindui itu, Jeno membesarkan matanya. Kelihatan sosok Jaemin berdiri di muka pintu berdekatan ibunya. Lelaki itu kelihatan lesu dan semakin kurus. Wajahnya lemah dan sedih.

"Jeno?!" Jaemin membesarkan matanya memanggil nama lelaki itu. Seolah dia baru sahaja tersedar dari mimpi buruk berpanjangan. "Lee Jeno?!"

"Jaemin-ah..." Jeno menggenggam pagar besi itu sambil menggoyangkannya. "Jaemin!!"

"Jeno!!" panggil Jaemin ingin berlari ke arah lelaki itu bagaimanapun ibunya menghalang.

"Jaemin!" pekik Yoona. "Awak tak boleh keluar!"

Mr. Cinderella [NoMin] [BL]✔️Where stories live. Discover now