Chapter 25

162 12 0
                                    

Jisung mengunyah biskut yang dibawanya dari rumah. Ia adalah biskut Haechan yang dibeli namun dikatakan tidak sedap. Hanya Jisung yang mahu memakannya atas dasar tidak mahu membazir.

Mata kecilnya fokus pada nota yang dibuatnya sendiri. Berbeza dengan pelajar lain, dia tidak mampu membeli buku rujukan tambahan. Hanya itu jalan yanh dia ada untuk selamat dalam universiti itu.

Sejak nama abangnya dan Haechan dibersihkan, dia sudah tidak dibuli atau menjadi bualan lagi. Walaubagaimanapun, dia masih belum bersedia untuk kembali ke kelompok kawan-kawannya itu.

Dia masih ingat lagi kali pertama khabar buruk itu muncul. Jisung disindir oleh kawan-kawannya sendiri dan sering ditinggalkan. Hanya Chenle yang setia menemaninya walaupun lelaki itu turut diracuni oleh yang lain.

Sehinggalah Renjun yang memberi amaran padanya. Dia masih ingat bagaimana Chenle meyakinkannya bahawa Chenle sentiasa berada dipihaknya. Dan dia percaya itu. Dia tahu Chenle akan sentiasa berada di sisinya.

Akan tetapi, amaran Renjun melemahkannya. Dia terpaksa mengundur diri. Terutama sekali saat abangnya ditangkap bersama Haechan. Mengetahui bahawa laporan dibuat oleh keluarga Renjun dan Chenle, Jisung tahu dia perlu menjaga jaraknya. Dia tahu apa akibat perbuatannya.

Jisung tahu. Dia hanya perlu menghabiskan sisa hidupnya di kampus itu. Selepas itu, semua akan baik-baik sahaja. Dia akan mendapatkan pekerjaan yang baik demi membantu abangnya.

"Jiiiisung!"

Jisung menurunkan nota yang dipegangnya. Chenle berdiri sambil tersenyum lebar memandangnya. Lelaki kecil itu menunjukkan nasi kepal.

"Isi udang."

Jisung hanya merenung lelaki itu. Entah kenapa, dia merasa ingin menangis ketika Chenle duduk di sebelahnya dan membuka nasi kepal itu sebelum menghulurkannya pada Jisung. Lelaki itu menyambutnya.

"Jeno hyung dah benarkan kita berkawan." Chenle menggigit nasi kepalnya. "Awak...tak ada... alasan...nak...membantah...lagi."

Jisung mengecilkan matanya. "Boleh tak awak telan dulu baru bercakap?"

Chenle mengunyah dengan susah payah sebelum menelan makanan itu. "Saya lapar. Saya berbaris setengah jam nak beli tahu tak."

"Awak bukannya suka makan pun." Jisung menggigit nasi kepalnya.

"Ya." Chenle mengangguk. "Tapi awak suka."

Jisung menggelengkan kepalanya. Kawannya ini tidak pernah berubah. Ini yang membuatkan persahabatan mereka istimewa. Ada sesuatu yang tidak dapat dijelaskan. Dan semua orang tahu mereka tidak boleh dipisahkan.

Renjun ada bertemu Jisung dan meminta maaf sekali lagi. Dia juga membenarkan lelaki itu berteman dengan Chenle semula. Dan tiada apa yang Jisung harapkan. Dia tahu dia juga memerlukannya.

"Jisung-ah..."

Lelaki itu memandang Chenle sambil mengangkat keningnya.

"Saya rindu awak."

Jisung mengukir senyuman manis. "Saya pun rindu awak."







++++++++++++++++++++







Haechan menggigit coklat yang berada di tangannya sebelum memulangkannya kepada Mark yang sedang duduk di sebelahnya.

Mereka kini berada di dalam kereta Mark yang terletak di hadapan sebuah tasik. Biasanya, mereka akan duduk di bahagian depan kereta atau di atas motor Haechan. Paling kerap mereka akan duduk di kawasan berumput.

Akan tetapi, hujan turun mencurah-curah menyebabkan mereka terpaksa duduk di dalam kereta. Mark dan Haechan langsung tidak kisah. Asalkan mereka dapat menghabiskan masa bersama sudah cukup.

Mr. Cinderella [NoMin] [BL]✔️Where stories live. Discover now