Pintu rumah kecil itu diketuk dengan kuat setelah mereka selesai makan malam. Oleh kerana ia diperbuat daripada kayu dan besi, bunyi itu terlalu bingit seolah-olah pintu rumah itu akan dirobohkan.
Haechan dan Jeno yang sedang duduk di ruang tamu pastinya terkejut. Mereka segera bangun untuk melihat siapa yang datang. Jisung yang sedang berkurung di atas turut keluar dari biliknya untuk melihat apa yang berlaku.
"Selamat malam, Encik."
Jeno membesarkan matanya memandang dua anggota polis di muka pintu lengkap dengan pakaian seragam mereka.
"Ada yang bernama Jeno dan Haechan di sini?" tanya salah seorang anggota polis itu.
Haechan dan Jeno berpandangan. Perasaan mereka sudah mula tidak sedap. Seolah perkara buruk akan berlaku sebentar lagi.
"Er..." Jeno mengerutkan dahinya. Gemuruh mula menguasai diri. "Kami berdua. Ada apa ya?"
Anggota polis itu menunjukkan sehelai kertas. "Kami ada waran untuk membawa kamu berdua ke balai."
"APA?!!"
"Atas kesalahan merompak, menceroboh, dan merosakkan barang-barang."
Kedua-dua tangan Jeno diputarkan ke belakang. Begitu juga dengan Haechan. Mereka hanya mampu berpandangan tidak mampu untuk berkata apa-apa.
"Hyung!!!!" Jisung berlari menuruni anak tangga. "Hyung!!!"
"Jisung-ah." Jeno hanya mampu mengikuti pegawai polis yang membawanya keluar. "Jangan buat benda bukan-bukan."
"Hyung!!!" Jisung berlari mengejar abangnya sambil menangis. "Lepaskan abang saya!!! Dia tak bersalah!!"
Entah kenapa, air mata Jeno bergenang mendengar ayat itu keluar dari mulut Jisung. Walau apapun yang terjadi, dia bersyukur adiknya masih mempercayainya.
"Kamu salah orang!" Jisung berusaha mengejar anggota polis itu bagaimanapun tidak dilayan. "Tolong lah!!"
"Yahh!! Haechan!"
Serentak mereka semua menoleh. Kelihatan Mark berlari turun dari keretanya dan berlari ke arah mereka.
"Sunbaenim..." Jisung memegang lengan Mark sambil menangis. "Tolong lah lepaskan mereka. Mereka tak salah."
Mark tidak mampu membalas. Dia hanya memandang Jeno dan Haechan yang dibawa ke kereta dengan hati yang luluh.
"Mark!" Jeno memanggil dengan nada terdesak. "Tolong tengok kan Jisung."
"Hyung!!!" Jisung meraung.
Mark tidak membalas. Dia hanya merenung wajah Haechan yang sepertinya kelihatan tenang. Lelaki itu mengukir senyuman dengan wajah yang sayu sebelum dipaksa masuk ke dalam kereta. Kereta itu meluncur pergi meninggalkan mereka.
"HYUNG!!!!"
"Jisung-ah..." Mark menahan lelaki itu. "Bersabar. Kita akan cari jalan. Kita akan bantu mereka."
++++++++++++++++++++
Jaemin memandu keretanya dengan pantas setelah dia menerima panggilan cemas dari Mark. Dia masih tidak tahu apa yang berlaku. Akan tetapi, suara Mark benar-benar lain dari yang biasanya. Mujur sahaja ibu bapanya tidak berada di rumah. Atas sebab itu, dia tidak perlu menjawab pelbagai soalan.
Dia memberhentikan keretanya di hadapan bengkel Jeno. Kali terakhir dia berada di situ adalah ketika dia memarahi Jeno dan Haechan atas sesuatu yang dia sendiri tidak dapat buktikan. Saat itu, dia sejujurnya ingin mempercayai Jeno. Akan tetapi, kejadian malam itu terlalu mengaburi matanya sendiri. Dia tahu tiada kepentingan untuk lelaki itu berbuat demikian.
Jaemin memandang kereta Mark sekali imbas sebelum berjalan melintasi kawasan bengkel. Kelihatan Mark sedang berdiri sambil memegang dahinya.
"Mark!"
Mark menoleh pantas. Dia menghela nafas lega melihat Jaemin. "Jaemin-ah."
Jaemin melirik memandang Jisung yang duduk di muka pintu sambil duduk di lantai dan memegang kepalanya. Lelaki itu seperti mayat hidup.
"Saya ingatkan Renjun bergurau."
Mark menggeleng. "Semua benda berlaku depan mata saya sendiri. Jeno dan Haechan ditangkap."
Jaemin mendengus kuat. Saat Renjun menghantar mesej dalam group chat mereka, mereka mengingatkan perkara itu hanya sekadar ugutan dari ibu bapa Renjun. Ternyata ia benar-benar berlaku.
"Apa kita nak buat?" Mark memandang Jaemin risau. Entah kenapa, dia juga merasa ingin menangis seperti Jisung.
"Abang saya tak salah." Jisung bersuara. Airmatanya masih mengalir. "Haechan hyung tak salah. Memang lah mereka berpakaian macam samseng jalanan. Tapi itu sebab mereka tak nak pakaian mereka kotor. Mereka kerja di bengkel."
Jaemin dan Mark hanya memandang lelaki itu sayu.
"Mereka tak pernah memukul sesiapa kecuali mereka sendiri yang dibuli oleh samseng jalanan." Jisung bersuara tertahan-tahan. "Mereka dididik dengan baik. Mereka tak pernah terfikir nak mencuri. Mereka bekerja keras tanpa henti setiap hari. Mereka sanggup berhenti belajar hanya nak sara hidup kami."
Jaemin menggigit bibirnya. Entah kenapa, hatinya terasa luluh mendengar ucapan Jisung. Mark turut merasakan hal yang sama.
"Mereka tak nak pun datang majlis ulang tahun tu..." Jisung mengesat air matanya. Seolah-olah ia juga datang dari penyesalannya sendiri. "Tapi saya yang paksa. Saya... Saya yang paksa mereka datang. Dan..." Jisung semakin menangis. "Mereka habiskan duit hasil dua minggu bekerja semata-mata nak belikan hadiah untuk Renjun sunbaenim."
Airmata mula bergenang di mata Jaemin. Mark pula sudah mengesat titisan airmata yang mengalir di ekor matanya.
"Tapi ini yang mereka dapat." Jisung menarik bajunya untuk mengelap airmatanya yang semakin deras. "Kalau saya tak paksa... Mereka tak akan ditangkap. Mereka tak akan dituduh. Mereka tak akan membuang duit."
"Jisung-ah..."
"Mereka tak buat." Jisung langsung tidak mempedulikan panggilan itu. Atau lebih tepat lagi, dia tidak mendengarnya. "Mereka bukan orang jahat. Saya tak tahu kenapa penjenayah tu cakap macam tu kat abang saya. Tapi abang saya tak buat."
"Jisung-ah..." Jaemin berjalan ke arah lelaki itu sebelum mencangkung duduk di hadapannya. "Kami akan bantu. Kami akan tolong apa sahaja yang boleh."
Mark mengusap kepala Jisung. "Awak jangan macam ni. Nanti abang awak risau. Kita akan cari pelakunya."
Jisung memandang kedua-dua lelaki itu masih dalam keadaan teresak-esak. "Sunbaenim... Saya merayu. Tolong saya."
Mark dan Jaemin berpandangan. Masing-masing cuba untuk memikirkan apa yang mereka boleh lakukan saat ini.
To be continue.....
Kesian sangat kat Jisung. Kesian lah kat semua. Huhuhu
xoxo, M
YOU ARE READING
Mr. Cinderella [NoMin] [BL]✔️
Fanfiction"Dasar orang miskin! Sebab tu saya benci orang yang tak ada pelajaran!" - Jaemin - "Saya patut biar awak mati je." - Jeno - Jaemin adalah anak orang kaya yang dididik dengan kehidupan yang bertaraf tinggi sejak kecil. Namun, dia tidak menyangka duni...