Haechan dan Jeno duduk dalam keadaan canggung dan tidak senang di tengah majlis yang sangat meriah itu. Sepanjang mereka tiba, mereka sudah mula menyesali keputusan yang seharusnya mereka tidak lakukan itu.
Rumah itu terlalu besar untuk mereka membahayakan diri berkeliaran. Saat ini, mereka hanya duduk di suatu sudut luar rumah sambil memegang gelas minuman. Mereka langsung tidak berselera makan.
Pilihan muzik yang dimainkan bukan sesuatu yang biasa dan kuat. Ia lebih kepada perlahan dan mendayu-dayu. Semua orang juga kelihatan seperti orang-orang baik penuh beradab dan kaya membuatkan Jeno dan Haechan merasa asing.
Sejak mereka datang, semua orang memandang ke arah mereka pelik. Ada juga yang seperti tidak mahu mendekat. Akan tetapi, itu adalah baju yang paling biasa ada di dalam almari mereka. Untuk membeli baru adalah sesuatu yang tidak akan menjadi pilihan. Malah, membelikan hadiah untuk Renjun sudah menghabiskan duit mereka.
Renjun menyambut mereka dalam keadaan teruja seperti selalunya. Akan tetapi, kebanyakkan tetapi mula menyangka bahawa Renjun benar-benar gila. Demi menghormati lelaki itu, mereka hanya menunggu di situ.
"Mark nampak sangat tampan kan?"
Jeno memandang Haechan sambil berkerut yang mana lelaki itu sedang memerhatikan Mark yang sedang bersembang bersama seseorang. "Awak ni... Tak habis-habis pasal Mark. Memang dah lupa pasal Renjun ke?"
Haechan meneguk minumannya. "Mulai sekarang saya akan mengorat Mark."
Jeno hanya menggelengkan kepalanya. Dia sudah maklum dengan perangai kawannya yang satu ini.
Jisung kelihatan sibuk duduk bersama Chenle dan beberapa orang yang lain. Mereka sedang rancak berbual. Mujur sahaja Jisung dapat masuk ke dalam kelompok seperti itu. Tiada apa yang Jeno harapkan sebagai abang. Dia hanya berharap Jisung akan meneruskannya dan suatu hari, adiknya itu akan mempunyai hidup yang baik.
Jeno meneguk minumannya sebelum matanya mencari kelibat seseorang. Seseorang yang sukar untuk dia cari di tengah keramaian itu. Bagaimanapun, dia berjaya menemuinya. Jaemin sedang duduk di satu kelompok yang lain. Lelaki itu kelihatan bosan. Seolah dia juga tidak mahu berada di tempat itu.
Jeno tersengih sendiri. Entah sejak bila lelaki itu mula menghantui hidupnya. Dia sememangnya sudah sedar dengan ketampanan Jaemin. Akan tetapi, dia tidak tahu ada sesuatu pada lelaki itu yang akan membuatnya kefikiran seperti itu.
"Jeno..." Haechan menyigung lelaki itu. "Awak rasa Mark suka pada lelaki ke perempuan?"
Jeno mengalihkan pandangannya pada Mark. "Manalah saya tahu."
"Tak seronok lah awak ni." Haechan mendengus perlahan. "Ini je benda yang kita boleh buat kat sini. Bergosip. Kalau Jaemin tu saya rasa akan suka lelaki. Jadi, awak beruntung lah. Senang nak tackle."
Jeno membesarkan matanya. "Kenapa saya pula nak tackle dia?"
Haechan menggolekkan bola matanya. "Macam saya tak tahu. Kamu berdua asyik curi pandang sesama sendiri. Bruhh... Go out already!"
"Hai!"
Belum sempat Jeno membalas, seseorang datang menyapa mereka. Tidak lain dan tidak bukan, Renjun. Lelaki itu hanya memandang Jeno dengan senyuman lebar langsung tidak mengendahkan Haechan.
"Kamu berdua berseronok?"
"Er..." Jeno berdehem. "Boleh lah. Seronok. Ramai sangat orang."
"Semua ni dari kampus." Beritahu Renjun. "Saya tak jemput sepupu saya lagi."
Jeno mengangguk janggal. Dia tidak tahu apa yang harus dibalas dengan perkara itu. Yang dia tahu, dia tidak akan datang ke majlis ramai seperti itu lagi.
"Jeno shi—"
"AAAA!!!!!"
Belum sempat Renjun menghabiskan kata-katanya, kedengaran bunyi jeritan seorang perempuan sebelum bunyi kaca terhempas kedengaran. Muzik segera terhenti kerana ia dikawal oleh DJ. Orang ramai mula kelihatan panik.
"AAAA!!!!"
Renjun segera berlari masuk ke dalam ruang tamu mereka disusuli dengan Mark dan Jaemin yang datang dari segenap arah. Jeno dan Haechan berpandangan seketika apabila bunyi hentakan, pecah dan hancur kedengaran tanpa henti. Mereka segera berlari berlawanan dari arah orang ramai yang berlari keluar.
Kelihatan beberapa orang samseng memecah dan merosakkan tempat itu sini sana dengan menggunakan kapak dan kau pemukul besbol. Renjun kelihatan panik. Mark dan Jaemin berdiri di hadapannya untuk melindungi lelaki itu.
Ketika salah seorang samseng itu mengangkat kayu besbol untuk memecahkan almari kaca di tempat Chenle dan Jisung berdiri ketika itu, Jeno segera berlari dan menendang tangan lelaki itu membuatkan dia terundur. Mata mereka bertentangan sebelum dia tersenyum lebar yang menggerunkan.
"Kerja kami dah habis. Jangan lupa janji awak."
Saat itu, kesemua samseng-samseng itu segera berlari keluar meninggalkan Jeno yang terpinga-pinga. Kawasan itu kini bertukar seperti tempat dilanda taufan. Semua barang hancur termasuk tv dan almari serta barang-barang yang ada di dalamnya. Di kawasan luar di bahagian hadapan juga sama kerana itu tempat mereka masuk.
Renjun seperti sedang trauma melihat apa yang jadi. Dia hampir pengsan. Jaemin berusaha memegangnya. Mark pula kelihatan tidak percaya. Walaubagaimanapun, semua mata tetamu yang hadir kini tertumpu ke arah Jeno dan Haechan. Kedua-dua lelaki itu memandang sekeliling kebingungan.
"Sebab tu kita tak bergaul dengan orang macam tu." Kedengaran bisikan dari segenap arah.
"Apa mereka nak? Merompak ke?"
"Saya dah agak. Renjun tak sepatutnya dekat-dekat dengan orang macam mereka ni. Mereka ganas dan jahat."
"Mereka mabuk dan buat kacau."
"Mereka memang bahaya."
Jeno tergamam mendengar semua ucapan-ucapan yang entah datang dari siapa. Dia beralih memandang ke arah Renjun, Mark dan Jaemin. Mark hanya memandang mereka agak risau. Renjun memandang Jeno dengan air mata yang bergenang. Wajahnya menunjukkan rasa kecewa. Jaemin pula memandang Jeno dengan pandangan yang sukar dibaca.
"Hyung..." Jisung segera menyambar tangan abangnya itu. "Dah jom. Kita kena pergi dari sini."
Jeno tidak dapat membantah. Matanya hanya dilekatkan pada Jaemin sebelum ia terputus dan menyusul adiknya pergi dari tempat itu bersama Haechan meninggalkan pandangan jijik yang dilemparkan pada mereka.
To be continue.....
Apa yang terjadi korang rasa?
xoxo, M
YOU ARE READING
Mr. Cinderella [NoMin] [BL]✔️
Fanfiction"Dasar orang miskin! Sebab tu saya benci orang yang tak ada pelajaran!" - Jaemin - "Saya patut biar awak mati je." - Jeno - Jaemin adalah anak orang kaya yang dididik dengan kehidupan yang bertaraf tinggi sejak kecil. Namun, dia tidak menyangka duni...