Mark menurunkan buku nota yang dibacanya itu. Dengkuran halus dan lembut kedengaran sayup-sayup di telinganya. Dia tidak dapat fokus membaca. Bukan kerana bunyi itu. Akan tetapi, kerana kehadiran orang itu di biliknya.
Dia menoleh memandang beruang comelnya yang sedang tidur nyenyak di sebelahnya. Katil itu mungkin terlalu empuk untuk Haechan yang kepenatan dan tidak pernah merasa nyaman seperti itu.
Mereka kini berada di bilik tidur Mark. Ya, lelaki itu sudah berani untuk membawa Haechan ke rumahnya. Malah, ibu, bapa dan abangnya sudah mengenali lelaki itu. Pada mulanya, kedua orang tua Mark tidak begitu suka dan setuju Mark berkawan dengan Haechan. Akan tetapi, atas pertolongan abangnya yang menyokong hubungan itu, ibu bapanya berusaha untuk tidak membantah.
Apa yang membuatkan keluarganya benar-benar menerima Haechan adalah sebab sifat lelaki itu sendiri. Haechan pandai mengambil hati. Dia sangat pintar dalam segala hal dan juga tahu bagaimana hendak berbual. Itu membuatkan dia sangat disenangi dan diterima. Kini, tiada halangan untuk hubungannya dengan Mark.
Mark tersenyum melihat beruang comelnya itu. Ikutkan hati, ingin sahaja dia menerkam dan membangunkan Haechan. Akan tetapi, dia tidak sampai hati. Haechan kelihatan sangat selesa membuatkan dia hanya mampu merenung lelaki itu.
Saat ini, dia tidak mampu membayangkan hidupnya tanpa Haechan. Dia merasakan bahawa cintanya semakin mendalam. Dan dia hanya berharap Haechan juga merasakan hal yang sama. Dia tidak mahu lelaki ini lepas dari genggamannya.
"Kenapa awak renung saya macam tu?" Haechan menggumam dalam keadaan suara serak tanpa membuka matanya.
Mark tersenyum langsung tidak terkejut atau malu. "Saya bangunkan awak ke?"
"Mmm..." jawab Haechan masih menutup matanya.
Mark membaringkan dirinya membuatkan wajahnya betul-betul berada di hadapan lelaki itu. "Salah ke saya nak tengok wajah comel awak?"
Tanpa membuka matanya langsung, tangan Haechan singgah di pipi Mark sebelum mencubitnya. "Awas. Saya akan minta bayaran."
Mark ketawa kecil. "Berapa bayarannya? Saya akan bayar untuk setahun penuh."
"Tch! Dasar orang kaya tak sayang duit." Haechan melepaskan cubitannya sebelum bergerak dan memandang ke siling dan menggosok mukanya. Dia mencapai telefon bimbitnya untuk melihat jam. "Lama ke saya tidur?"
Mark turut melakukan hal yang sama. Dia berpusing untuk memandang ke siling. "Mmm... Dua jam."
Haechan hanya menarik nafas panjang. "Awak dah habis belajar?"
"Saya akan sambung kemudian." Mark menjawab.
"Jangan jadi budak nakal, Mark-shi." Haechan memberi amaran dengan nada manja.
"Sikit je." Mark tersenyum. Dia suka mendengar nada manja Haechan yang memarahinya. Atas sebab itu, dia suka memancing beruangnya itu.
"Nanti saya tinggalkan awak." Haechan membalas dengan tujuan yang sama iaitu memancing kekasihnya ini.
Mark segera bangun dan memanjat ke atas badan Haechan dan merenung lelaki itu yang hanya membalas renungannya. "Awak ingat awak boleh lepas dari saya?"
Haechan mengelipkan matanya. Dia langsung tidak terkejut dengan kelakuan lelaki itu. Dia sudah biasa. Mark terlalu posesif terhadapnya entah kenapa.
"Awak dah tak boleh lari dari saya, Hyuck." ucap Mark sebelum mengenakan ciuman kuat ke pipi kiri lelaki itu. "Awak akan kahwin dengan saya." Mark mencium kuat pipi kanan Haechan. "Awak akan tinggal dengan saya."
"Yahhh!" Haechan mengerang manja kerana Mark mencium kuat dahinya. "Mark!!"
"Dan awak akan jadi milik saya selama-lamanya." Mark terus mengulum bibir Haechan sehingga memerah.
++++++++++++++++++++
Jaemin mengemas semua buku-bukunya setelah selesai melakukan tugasan dan mengulangkaji. Dia mengeliat panjang kerana terlalu letih dan duduk selama berjam-jam. Dia mencapai telefon bimbitnya. Tidak peduli dengan pesanan dan panggilan terlepas yang ada, dia hanya membuka chat milik Jeno.
Samoyed <3
Belajar rajin-rajin. Kalau dah penat, pergi tidur. Kesihatan itu penting.
Love u <3
Sudah pastinya senyuman terukir di bibir Jaemin. Dia hanya membalas dengan ucapan selamat malam sebelum meletakkan telefon bimbit itu kembali tanpa memeriksa chat yang lain. Dia mengemas tempat tidurnya sebelum terpandang akan sesuatu.
Tin jus minuman yang suatu ketika dulu pernah diberikan oleh Jeno padanya. Saat itu, dia dan kekasihnya itu masih belum berbaik dan sering bergaduh. Dan itu adalah pertama kali Jeno melihat sisi lainnya. Tin minuman itu masih belum dibuka. Seolah-olah, itu adalah penemannya setiap malam di rumah itu.
Senyuman lelaki tampan itu tiba-tiba sahaja berubah apabila pintu biliknya direntap kuat. Ayahnya masuk dengan wajah yang marah disusuli oleh ibunya yang turut kelihatan agak bengang entah kenapa. Jaemin mengerutkan dahinya agak kebingungan. Dalam masa yang sama, dia sudah merasa tidak sedap hati.
"Anak tak guna!" Siwon melemparkan timbunan gambar ke muka Jaemin.
Jaemin yang terkejut tidak sempat mengelak atau menyambut menyebabkan timbunan gambar-gambar itu berhamburan di lantai. Dia tidak dapat mengutip untuk melihat apa yang berada di situ. Bagaimanapun, matanya menangkap salah satu gambar yang ada. Wajah tampan Jeno sedang tersenyum.
Jaemin segera melutut ke lantai. Gambar-gambar itu dipenuhi dengan gambar milik Jeno, Jeno dan dia, Jisung, Haechan, termasuk Mark dan Haechan. Jaemin ternganga. Kesemua gambar itu diambil secara senyap memandangkan tiada siapa yang memandang ke arah kamera.
"Jadi kau menjalinkan hubungan dengan lelaki?!" Siwon memekik. "Apa yang kau fikirkan?!"
"Papa upah orang untuk siasat saya?" Jaemin mendongak memandang ayahnya. "Papa tak ada hak un—"
"Hidup kau kat tangan papa!" Siwon segera memintas. "Kau nak main perempuan kau main lah. Papa boleh pertimbangkan. Yang kau pergi main lelaki kenapa?!"
"Saya tak main dengan sesiapa!" Jaemin bingkas berdiri. "Dia adalah kekasih saya!"
"Jaemin!" Yoona membentak. "Dia adalah lelaki. Awak tahu tak tu?"
"Mama ingat saya tak tahu?" Jaemin memandang wanita itu tidak percaya. "Saya tahu dia siapa."
PAKK!
Satu tamparan hinggap di wajah Jaemin.
"Dah tak ada perempuan kat dunia ni ke?" Siwon kelihatan berang. "Siapa yang pengaruh kau? Budak Mark tu? Papa akan ajar keluarga—"
"Mark tak buat apa-apa pun!" Jaemin menempik. "Dia tak ada kena-mengena—"
"Kalau dia tak ada kena-mengena... Kenapa dia pun bercinta dengan kawan budak tu?!" Siwon memintas.
Jaemin kehilangan kata-katanya. Dia benar-benar memandang rendah kepada kegilaan ayahnya sendiri. Dia tidak menyangka lelaki itu akan bertindak jauh untuk menyiasat semua yang berlaku di sekelilingnya.
"Kau putuskan hubungan dengan dia."
"Tak." Jaemin menggelengkan kepalanya. Itu adalah perkara yang tidak akan pernah dia lakukan selama hidupnya. "Saya tak nak."
"Kau putuskan!" Siwon memberi amaran.
"Tak—"
PAKK!
Satu tamparan kuat hinggap lagi di pipi Jaemin.
"Tak ada keturunan kita menjalin hubungan dengan lelaki!" Siwon bersuara serius. "Dan tak ada keturunan kita berhubungan dengan orang yang tak setaraf!"
Jaemin hanya terkedu memegang pipinya. Dia tidak tahu mana yang paling sakit. Pipinya yang sudah terlalu merah, atau hatinya yang remuk.
"Kalau kau tak putuskan hubungan dengan dia... Papa akan hantar kau ke luar negara."
To be continue.....
Opsss. Nampaknya parents Jaemin dah tahu.
xoxo, M
YOU ARE READING
Mr. Cinderella [NoMin] [BL]✔️
Fanfiction"Dasar orang miskin! Sebab tu saya benci orang yang tak ada pelajaran!" - Jaemin - "Saya patut biar awak mati je." - Jeno - Jaemin adalah anak orang kaya yang dididik dengan kehidupan yang bertaraf tinggi sejak kecil. Namun, dia tidak menyangka duni...