Jeno mencuci tangannya yang kotor dengan kotoran hitam datang dari kereta yang baru sahaja selesai dibaikinya. Wajahnya turut terkena kotoran yang sama bagaimanapun itu sudah biasa baginya.
Dia mengelap tangannya di atas tuala bersih sebelum mencapai satu fail yang ada di meja. Dia memeriksa fail itu satu-persatu.
Jeno yang berambut perang kemas itu kelihatan agak berpeluh. Baju bengkelnya dibuka dan hanya diikat disekeliling pinggangnya. Dia memakai kasut but berwarna hitam dan juga singlet berwarna putih.
"Haechan-ah!"
"Apa?" seorang lelaki yang berada di bawah satu kereta berdekatan menjawab. Wajahnya langsung tidak kelihatan. Hanya kakinya sahaja.
"Kereta yang dihantar kelmarin tu dah dibaiki?" tanya Jeno masih merenung fail yang dipegangnya.
Lelaki yang berada di bawah kereta itu segera keluar. Dalam keadaan berbaring, dia memandang Jeno. "Yang mana satu?"
"Yang warna hitam." Jeno menjawab. "Yang hantar last minute tu."
Lelaki bernama Haechan itu segera duduk. Pakaiannya sama seperti Jeno. Cuma, dia memakai singlet berwarna hitam.
"Dah. Kereta yang tak siap lagi yang ni..." Haechan menuding ke arah kereta yang berada di sebelahnya itu. "Dan yang baru masuk."
Jeno mengangguk. "Awak tak tanda kat sini."
"Saya lupa kot." Haechan mengangkat bahunya selamba. Dia meletakkan peralatan yang dipegangnya di tempat asal sebelum bangun dan mencuci tangan. Dia mencapai sebotol air berdekatan dan meminumnya.
Saat itu, dua orang lelaki keluar dari sebuah pintu.
"Oh, Jisung-ah, Chenle-ah." Jeno menyapa kedua-dua lelaki itu. "Chenle dah nak balik?"
Chenle mengangguk. "Hari dah nak senja."
Jeno memandang sekeliling. Selalunya Chenle membawa keretanya datang ke situ. Akan tetapi, dia tidak melihatnya kali ini. "Awak balik macam mana?"
"Abang saya akan ambil." beritahu Chenle dengan senyuman. "Kereta saya kawan pinjam."
Jeno mengangguk-angguk. "Abang awak tahu tempat ni?"
"Saya dah bagi location." ujar Chenle.
Jisung adalah adik kepada Jeno. Mereka tinggal bersama di rumah kecil itu bersama Haechan, kawan baik Jeno sejak kecil lagi. Bengkel itu pula didirikan oleh ayah Jeno sejak dulu lagi dan betul-betul berada di sebelah rumah mereka.
Haechan dan Jeno sememangnya berminat pada kereta sejak dulu. Mereka belajar dan mempunyai kemahiran. Oleh sebab itu, mereka berdua yang meneruskan legasi bengkel kecil itu.
Walaupun ia tidak semewah dan sebesar bengkel-bengkel terkenal, ia tetap menjadi pilihan ramai orang kerana cara kerja mereka yang baik. Dan kedua-dua mereka gembira mengenai hal itu.
Chenle adalah kawan baik Jisung dan sudah sering berkunjung ke situ. Jeno dan Haechan sudah kenal dengannya. Kadangkala, mereka mempersoalkan bagaimana Jisung boleh berkawan dengan Chenle kerana tahu Chenle berasal dari keluarga kaya.
Akan tetapi, mengenali Chenle membuatkan mereka faham bahawa lelaki itu berkawan dengan tulus kepada sesiapa yang baik padanya.
"Awak dah naik level dalam game tu?" tanya Haechan.
Chenle mengangguk bangga. "Mestilah. Nanti saya kejar awak, hyung."
Haechan menggolekkan bola matanya. "Saya tak akan biar awak kejar saya."
"Tunggu dan lihat."
HONK! HONK!
Serentak mereka semua menoleh. Satu kereta mewah berhenti di hadapan garaj bengkel itu. Cermin keretanya yang gelap membuatkan mereka tidak tahu siapa yang datang.
YOU ARE READING
Mr. Cinderella [NoMin] [BL]✔️
Fanfic"Dasar orang miskin! Sebab tu saya benci orang yang tak ada pelajaran!" - Jaemin - "Saya patut biar awak mati je." - Jeno - Jaemin adalah anak orang kaya yang dididik dengan kehidupan yang bertaraf tinggi sejak kecil. Namun, dia tidak menyangka duni...