Renjun meletakkan kenderaan miliknya di tempat letak kereta khusus untuknya di kawasan perkarangan rumah besar itu. Di belakangnya, kereta Mark berhenti yang mana Jaemin turut berada di dalam kereta itu.
Mereka kini berada di rumah Renjun kerana ingin makan malam bersama atas dasar tiada ibu bapa lelaki kecil molek itu di rumah. Jadi, mereka memilih untuk melepak di situ.
"Itu kereta Chenle." Renjun mengerutkan dahinya memandang kereta adiknya diletakkan di tempatnya. "Selalunya dia tak balik awal."
Jaemin dan Mark hanya berdiri di belakang lelaki itu tidak bersuara. Akan tetapi, mereka juga tahu Chenle selalu pulang lambat.
Ketiga-tiga mereka jalan memasuki rumah. Kedengaran suara Chenle ketawa dengan kuat dari taman belakang.
"Dia ada bawa orang ke?" gumam Renjun ketika meluru ke bahagian belakang rumah itu.
Mark dan Jaemin yang hanya terpinga-pinga segera menyusul Renjun. Mereka langsung tidak merasa segan atau kekok memandangkan mereka sudah terbiasa di rumah itu.
Kelihatan Chenle sedang bermain bersama anjing kesayangannya, Daegal dengan Jisung yang hanya ketawa memerhatikan mereka.
"Oh, hyung..." panggil Chenle apabila terpandang lelaki itu membuatkan Jisung menoleh dan menunduk sedikit.
"Ada Jisung kat sini rupanya." ucap Renjun langsung tidak mempedulikan Chenle.
Jisung menunduk sekali lagi. Jarang sekali Renjun memberi perhatian seperti itu kepadanya. Biasanya dia akan menyapa biasa dan beredar.
"Kamu dah makan?" tanya Renjun serta-merta.
Jisung memandang Chenle sekali imbas kemudian mengangguk. "Dah."
Mark yang sepertinya menyedari bahawa Renjun akan berbual lebih lama dengan Jisung segera mendekati Daegal dan bermain dengan anjing comel itu. Jaemin pula hanya duduk di kerusi berdekatan sambil berpeluk tubuh.
"Abang awak..." Renjun menatap wajah Jisung. Cuba mencari kebersamaan wajah dua beradik itu. "Mesti tengah kerja sekarang ni kan?"
Jisung mengangguk. "Mereka hanya tutup hari Ahad. Itupun kadang mereka buka juga."
"Dah lama dia kerja kat situ?" tanya Renjun.
"Saya dah beritahu kan yang bengkel tu mereka punya." Chenle menyampuk. Dia masih lagi ingat bagaimana Renjun bertanya terlalu banyak soalan kepadanya selepas dia dijemput dari rumah Jisung tempoh hari.
"Diamlah!" Renjun menjeling ke arah adiknya itu kemudian kembali memandang Jisung.
"Dia kerja kat situ lepas habis sekolah." Jisung menjawab dalam keadaan kekok. "Jadi dah lama juga."
Renjun mengangguk-angguk. "Dia seumur dengan kami kan?"
Jisung tahu yang Renjun maksudkan dengan 'kami' adalah dia, Mark dan Jaemin. Dia mengangguk-angguk. "Ya."
"Kawan dia tu..." Mark menyampuk tiba-tiba. "Ha—Haechan?"
"Haechan hyung." Jisung mengangguk.
"Dia memang kawan abang awak atau sepupu ke atau macam mana?" tanya Mark teragak-agak.
"Kawan je." beritahu Jisung. "Tapi dia membesar sama-sama kami. Jadi, dah anggap macam adik-beradik sendiri."
"Dia seumur dengan kami juga?" tanya Mark lagi.
Jisung mengangguk. "Ya."
"Jisung-ah." Renjun memandang lelaki itu. "Awak jangan terasa ya. Saya tahu awak dah tak ada ibu bapa. Tapi... Awak ada keluarga yang lain?"
YOU ARE READING
Mr. Cinderella [NoMin] [BL]✔️
Fanfic"Dasar orang miskin! Sebab tu saya benci orang yang tak ada pelajaran!" - Jaemin - "Saya patut biar awak mati je." - Jeno - Jaemin adalah anak orang kaya yang dididik dengan kehidupan yang bertaraf tinggi sejak kecil. Namun, dia tidak menyangka duni...