"Tuan..."
Jaemin mengangkat kepalanya memandang sekretarinya yang kini berdiri di pintu.
"Tuan Siwon dan Puan Yoona datang."
Jaemin menarik nafas panjang sebelum meletakkan pen yang dipegangnya. Dia menutup fail yang terletak di atas mejanya itu. Sekretari itu tidak menunggu Jaemin menjawab. Dia hanya membuka pintu untuk membenarkan Siwon dan Yoona masuk ke dalam.
"Ma... Pa..."
Jaemin memeluk kedua orang tuanya itu. Sudah beberapa bulan dia tidak bertemu mereka kerana sibuk dengan jadual kerja.
"Macam mana keadaan sekarang?" tanya Siwon.
Jaemin menarik nafas panjang. "Boleh tahan. Setakat ni masih terkawal. Kes penyelewengan hari tu dah settle."
Siwon hanya mengangguk. Dia merenung Jaemin. Anak lelakinya itu mengingatkannya pada dirinya saat seusia itu. Pada umur seperti itulah Siwon memerlukan Yoona dalam hidupnya. Saat seperti itulah saat getir yang mana dia memerlukan pendamping hidup.
Mereka berbual kosong. Tiada apa yang perlu dibualkan secara mendalam. Hanya urusan kerja dan cerita mengenai 'honeymoon' kedua ibu bapanya itu. Ya. Siwon dan Yoona sudah tidak bekerja. Jaemin telah mengambil-alih semuanya membuatkan pasangan berusia itu hanya menghabiskan masa mengelilingi dunia.
Kejadian lapan tahun dulu sudah cukup membuatkan mereka hampir menderita. Siwon dan Yoona hampir kehilangan Jaemin sebagai anak. Mujur sahaja lelaki itu kembali selepas tiga bulan. Akan tetapi, semuanya sudah tidak sama lagi.
Ketika Jaemin mengetuk pintu rumah dan kembali, Yoona memeluk anak lelakinya itu seerat-eratnya. Siwon turut menarik nafas lega. Jaemin memberitahu bahawa dia akan kekal jadi waris keluarga Na. Bagaimanapun, lelaki itu sudah berubah. Tidak seperti Jaemin yang mereka kenal sejak lama.
Jaemin menerima keputusan peperiksaannya tidak lama selepas itu dan dia menghadiri majlis graduasi. Mark dan Renjun sudah mempunyai rancangan kehidupan sendiri. Renjun sememangnya mengambil-alih syarikat ayahnya sama seperti dirinya sendiri. Mark pula membantu abangnya mengenai urusan syarikat.
Mark dan Haechan? Bertunang empat tahun kemudian dan berkahwin tidak lama selepas itu. Renjun juga sudah berkahwin tahun lepas dengan seorang gadis cantik. Kedua-dua kawan baiknya itu hidup bahagia.
Jeno? Kali terakhir dia mendengar mengenai khabar lelaki itu adalah lapan tahun lalu. Ketika dia berpisah dengan lelaki itu buat selama-lamanya. Dia sudah tidak tahu apa yang berlaku dengan lelaki itu. Mark dan Renjun juga tidak membahaskan apa-apa memandangkan mereka tahu apa yang terjadi.
Apa yang Jaemin tahu adalah mengenai Jisung. Lelaki itu sudah menjadi seorang jurutera sistem di sebuah syarikat besar dengan gaji yang lumayan. Itupun dia tahu kerana syarikatnya menjadi pelabur dalam syarikat tersebut.
"Jaemin..."
Jaemin memandang ibunya.
"Awak tak nak cari teman hidup?" tanya Yoona dengan wajah penuh kerisauan.
Jaemin hanya memandang wajah ibunya sayu. Sejujurnya, sejak kepulangan Jaemin, kedua ibu bapanya itu tidak pernah membahaskan soal perkahwinan pada Jaemin. Mereka tahu itu adalah sesuatu yang akan membuatkan semua menjadi kacau. Malah, sejak Jaemin mengambil-alih syarikat enam tahun lalu, mereka tetap tidak bertanya.
"Jaemin..." Yoona memegang tangan anak lelakinya itu. "Mama dan papa nak awak hidup bahagia. Kami tak nak awak hidup sendiri selama-lamanya."
Jaemin menarik nafas panjang. "Saya masih tak jumpa calon yang sesuai."
Siwon dan Yoona tahu apa jawapan sebenar. Jaemin tidak pernah mencari calon. Atau lebih tepat lagi, tiada sesiapa yang sesuai di matanya selain Jeno. Mereka tahu anaknya ini tidak pernah mencintai lelaki itu. Ketika dia pulang ke rumah lapan tahun lalu, mereka tahu ada sesuatu yang berubah.
YOU ARE READING
Mr. Cinderella [NoMin] [BL]✔️
Fanfiction"Dasar orang miskin! Sebab tu saya benci orang yang tak ada pelajaran!" - Jaemin - "Saya patut biar awak mati je." - Jeno - Jaemin adalah anak orang kaya yang dididik dengan kehidupan yang bertaraf tinggi sejak kecil. Namun, dia tidak menyangka duni...