Jeno mengesat peluhnya setelah selesai membaiki kereta yang baru sahaja masuk siang tadi. Bajunya kini kotor penuh dengan kotoran minyak hitam. Mujur sahaja dia memakai seragam yang menjadi kebiasaannya bekerja di situ.
Haechan pula sedang menguji kereta yang baru sahaja dia perbaiki untuk melihat jika masih ada kerosakan lain yang perlu diambil kira. Dia juga dalam keadaan yang sama seperti kawan baiknya itu.
"Dah okay?" tanya Jeno.
Haechan mematikan enjin kereta sebelum mengangguk. "Yang ni dah settle."
Jeno menarik nafas panjang sekali lagi. "Saya dah selesai. Tinggal nak test je lagi. Tapi rasanya dah okay dah ni."
"Kalau awak nak ki—"
"HYUNG!!!!!"
Jeritan itu membuatkan Jeno dan Haechan menoleh serentak. Mereka kenal benar pemilik suara itu. Derapan tapak kaki Jisung jelas kedengaran membuatkan kedua kawan baik ini semakin kebingungan.
"HYUNG!!!!!"
Tidak biasanya Jisung bertindak seperti itu. Lelaki tinggi lampai itu tercungap-cungap saat berhenti di hadapan Jeno.
"Yah..." Jeno mengerutkan dahinya. "Awak dah kenapa ni? Ada apa-apa jadi ke?"
Jeno tahu seperti apa Jisung dilayan di universiti saat ini. Walaupun Jisung hanya mengadu sekali mengenai itu, mereka tahu ia masih tidak berubah. Jeno hanya mampu berdoa Jisung tabah sehingga dia selesai belajar.
Apa yang tidak diduga, Jisung tiba-tiba memeluk abangnya itu dengan erat. Perasaannya saat ini tidak dapat digambarkan.
"Yah..." Jeno semakin bingung. "Ada apa ni?"
"Saya cuma nak peluk hyung je." Jisung menggumam manja.
"Jisung..." Jeno tidak membalas pelukan adiknya itu. "Saya penuh dengan minyak ni. Baju awak akan kotor."
"Saya boleh cuci." ujar Jisung bagaimanapun segera melepaskan pelukan itu. Bajunya kini sudah terkena kotoran hitam bagaimanapun tidak terlalu banyak.
"Awak tak nak peluk saya?" Haechan membuka kedua-dua belah tangannya.
Dan sekali lagi, Jisung bertindak di luar jangkauan. Dia berlari ke arah Haechan dan memeluk lelaki itu membuatkan Jeno dan Haechan berpandangan kebingungan.
"Yahh... Awak Jisung ke?"
Jisung melepaskan pelukannya dan memandang Haechan. "Sudah tentu lah."
"Kenapa awak berperangai pelik?" Haechan berkerut. "Awak menakutkan saya."
"Hyung!" Jisung membentak.
Jeno mengukir senyuman. Apapun yang terjadi, melihat adiknya tersenyum gembira seperti itu sudah cukup buatnya. "Awak dah makan? Ada kuih kat kabinet."
Jisung hanya mengangguk. "Nanti saya akan makan."
"Jisung-ah." Haechan masih lagi merenung lelaki itu. "Awak benar-benar menakutkan. Ada apa-apa yang jadi ke?"
Jisung mengukir senyuman semakin lebar. "Mereka dah jumpa orang yang buat kacau kat majlis ulang tahun tu."
"APA?!" serentak Jeno dan Haechan bersuara terkejut.
Belum sempat Jisung menerangkan dengan lebih lanjut lagi, kedengaran bunyi kereta berhenti di hadapan bengkel membuatkan ketiga-tiga lelaki itu menoleh. Mereka berjalan ke depan untuk melihat siapa yang datang.
"Itu kereta Mark." gumam Haechan membuatkan Jeno dan Jisung membesarkan mata.
Renjun turun dari tempat duduk penumpang dengan wajah yang sukar digambarkan. Matanya bengkak merah menandakan dia baru selesai menangis. Mark turun dari tempat duduk pemandu, manakala Jaemin dan Chenle turun dari tempat duduk belakang.
YOU ARE READING
Mr. Cinderella [NoMin] [BL]✔️
Fanfiction"Dasar orang miskin! Sebab tu saya benci orang yang tak ada pelajaran!" - Jaemin - "Saya patut biar awak mati je." - Jeno - Jaemin adalah anak orang kaya yang dididik dengan kehidupan yang bertaraf tinggi sejak kecil. Namun, dia tidak menyangka duni...