Chapter 18

161 11 1
                                    

Sebaik sahaja Jeno dan Haechan pulang ke rumah daripada tahanan itu, hidup mereka seperti ada yang berubah entah kenapa. Perkara itu benar-benar menjadi sejarah hitam dalam hidup mereka.

Entah di mana salahnya sehingga balasan seperti itu yang mereka terima. Mungkin sahaja sedari awal mereka tidak patut bergaul dengan orang-orang kaya walau sebaik mana pun mereka. Jika mereka mengikuti peraturan perbezaan darjat itu, perkara sebegini tidak akan berlaku.

Jisung menceritakan segala-galanya mengenai apa yang terjadi sejak mereka ditahan. Mark yang menemaninya sehingga Jaemin datang. Dan tiada siapa tahu duit siapa yang digunakan untuk mengikat jamin mereka. Sama ada Mark atau Jaemin. Kedua-dua lelaki itu mengunci mulut mereka.

Jisung ada memujuk abangnya untuk tidak bersikap kasar pada Jaemin. Bagaimanapun, dia tidak berani untuk memujuk dengan lebih lagi. Dia masih menyesal kerana memujuk abangnya datang ke majlis ulang tahun itu.

Tiada siapa yang berani bertanya apa yang Jeno maksudkan mengenai hal yang terjadi pada malam itu. Apa yang Jeno maksudkan dengan dia pernah menyelamatkan Jaemin. Mungkin kerana saat ini, itu bukan menjadi keutamaan.

Haechan tidak henti-henti memuji Mark. Mengatakan bahawa dia tidak pernah menyangka lelaki itu akan bersikap baik padanya sedangkan Mark juga berasal dari kalangan kumpulan orang kaya. Jeno sepertinya tidak begitu ceria. Entah apa yang ada difikiran lelaki itu.

Walaupun mereka sudah diikat jamin, mereka masih lagi suspek dalam kes itu. Dan entah bagaimana caranya untuk mereka membersihkan nama mereka tiada siapa yang tahu. Mereka hanya mampu berharap kebenaran akan terungkap secepat mungkin.

"Jisung-ah."

Jisung yang sedang menulis nota di bawah pokok agak jauh dari kawasan universiti itu memejamkan matanya. Chenle segera duduk di sebelahnya. Wajah lelaki itu kelihatan sedih dan sayu.

"Jisung-ah..." Chenle bersuara. "Dah dekat dua minggu awak tak pedulikan saya. Jangan lah macam ni."

Jisung mendengus kuat cuba mengawal emosinya. Dia langsung tidak membalas sebaliknya hanya meneruskan apa yang sedang dia lakukan.

"Jisung-ah..." suara Chenle semakin sayu. Dia merebahkan kepalanya perlahan-lahan di bahu lelaki itu. "Saya rindu awak."

Jisung menepisnya dengan kasar. "Chenle... Tolong lah jauhkan diri awak daripada saya."

Chenle mengelipkan matanya berusaha untuk tidak menangis. "Awak tahu kan saya tak sokong abang saya?"

Jisung menarik nafas panjang sambil mengemas barang-barangnya. "Disebabkan kita berkawan... Keluarga awak semakin marah dan laporkan mengenai abang saya pada polis. Cukup sekali saya melihat apa yang terjadi. Saya tak nak disebabkan kita berkawan... Abang saya ditangkap lagi."

Chenle turut berdiri ketika Jisung berdiri sambil mengangkat semua barang-barangnya.

"Ini untuk kebaikan kita berdua." Jisung bersuara lagi. "Saya dah dipinggirkan di universiti ni. Saya dah jadi bahan bualan. Awak akan terkena sekali jika awak bersama saya."

"Saya tak peduli!" Chenle membentak.

"Saya peduli." Jisung langsung tidak meninggikan suaranya. Berbanding Chenle, dia lebih tenang. "Dan saya tak nak kehilangan abang saya lagi. Saya bukan ada banyak duit macam awak, Chenle. Hidup saya tak seindah hidup awak. Sekecil-kecil duit saya pun berharga. Kalau apa-apa terjadi pada abang saya disebabkan saya berkawan dengan awak je... Saya tak akan pernah maafkan diri saya sendiri."

Jisung segera berpaling meninggalkan Chenle yang hanya mampu mengesat air matanya. Chenle menghentakkan kakinya sebelum berlari menuju ke kampus semula. Dengan perasaan marah, dia menuju ke ruangan di mana Mark, Renjun dan Jaemin selalu berkumpul. Dan kebetulan, kesemua mereka berada di situ.

"Ge!"

Serentak Renjun, Mark dan Jaemin mendongak memandang Chenle.

"Ini semua sebab awak!" Chenle terus sahaja menjerit.

Renjun memandang sekeliling. Mujur sahaja tidak ramai orang berada di situ. "Apa yang awak cakap ni?"

"Sekarang Jisung dah benci pada saya. Puas hati awak?!" Chenle mengetap giginya menahan marah.

Renjun memejamkan matanya seketika. "Awak fikir saya nak ke jadi macam ni?"

"Awak dan kawan-kawan awak semua sama je! Suka sangat hukum orang disebabkan mereka berpakaian tak sama dengan kita!"

"Yahh Chenle!!" Renjun memekik. "Kalau awak terus-terusan buat macam ni saya akan laporkan pada papa dan mama."

Chenle segera terdiam. Semarah dan sesakit mana pun hatinya, dia tidak mahu membuat keadaan menjadi lebih parah dan Jisung menjadi lebih benci kepadanya. Dia menggerutu dengan kuat sebelum berpaling dan terus berlalu pergi dengan marah. 

Renjun mendengus kuat sambil bersandar di tempat duduknya. Dia memegang kepalanya. "Kenapa semuanya jadi salah saya?"




++++++++++++++++++++




Mark duduk di kerusi penonton gelanggang bola keranjang itu sendirian sebelum Jaemin datang mendekatinya. Lelaki itu kelihatan lebih penat dari biasanya. Peluh menitis jatuh dari rambutnya.

Dia mencapai botol minumannya sebelum meneguk air itu kemudian dia mencapai tuala kecil yang diletakkan di atas begnya dan mengelap peluhnya. Dia memandang Mark yang sepertinya sedang termenung sendiri.

"Yah..." Jaemin menepuk paha lelaki itu. "Jauh betul awak termenung. Apa hal?"

Mark mengelipkan matanya sebelum membetulkan kedudukannya. "Masih pasal kes Jeno dan Haechan tu."

Jaemin menarik nafas panjang. Sejujurnya, dia sendiri juga sering memikirkan hal yang sama.

"Keadaan dah jadi makin buruk." ujar Mark. "Saya takut je mereka berdua tu ditanggap lagi."

Jaemin berdiam diri seketika. Kali ini, dia benar-benar tidak dapat membayangkan bagaimana Jeno jika ditangkap. "Macam mana kita nak buktikan mereka tak buat?"

"Tu yang saya tengah fikir." Mark mendengus lembut. "Semua saksi yang ada malam tu cakap memang angkara Jeno dan Haechan. Kita tak ada cara nak bersihkan nama mereka."

"Satu-satunya cara kita kena cari pelakunya." ujar Jaemin. "Mereka masih belum ditangkap kan?"

Mark menggelengkan kepala. "Menurut Renjun masih belum dapat dikesan."

"Tapi kan..." Jaemin berfikir seketika. "Awak tak rasa ada seseorang yang suruh mereka tak?"

"Saya pun rasa macam tu." Mark mengangguk. "Ingat tak apa mereka cakap malam tu? Kerja mereka dah selesai. Maknanya, mereka disuruh buat macam tu."

Jaemin bersetuju. Dia masih lagi mengingat dengan jelas apa yang terjadi. "Masalahnya sekarang... Dia cakap macam tu kat Jeno. Ini yang jadi masalah."

"Ya." Mark mengeluh kuat. "Tapi apa yang pasti... Pelakunya dari kalangan tetamu yang ada. Kalau tak... Mustahil mereka dapat masuk. Kan semua yang ada kad jemputan je yang boleh masuk."

Jaemin mengangguk. "Renjun dah tengok cctv. Entah dari mana orang-orang tu muncul tak dapat dipastikan. Mungkin orangnya tahu selok-belok cctv kat rumah tu."

"Banyak kita kena siasat."

"Dan masalahnya sekarang... Renjun tak nak percaya pada Jeno dan Haechan."



To be continue.....

Kesian kat ChenJi. Jadi mangsa keadaan kat sini. Huhuhu

xoxo, M

Mr. Cinderella [NoMin] [BL]✔️Where stories live. Discover now