Hujan turun mencurah-curah pada petang itu. Jalan agak sunyi entah kenapa. Mungkin juga kerana ia bukan hari bekerja untuk mereka. Dengan cuaca seperti itu, mereka lebih memilih untuk berada di rumah.
Jaemin memandu keretanya dengan tenang. Fikirannya melayang jauh memikirkan segala hal yang berlaku dalam hidupnya. Mr. Cinderella yang selama ini dicarinya sudah ditemui. Malah, heronya itu adalah orang yang dia suka. Malangnya, perjalanan kisah mereka tidak semudah dan seindah yang disangka.
Sudah lebih seminggu berlalu sejak mereka berjaya membuktikan bahawa Jeno dan Haechan tidak terlibat dengan apa yang terjadi. Sudah lebih seminggu juga Jeno meminta untuk mereka tidak mengganggu hidup lelaki itu lagi. Dan selama itu juga Jaemin tidak dapat tidur dengan lena.
Mujur sahaja ibu bapanya masih mengerahkan dia untuk meningkatkan prestasi di universiti. Jika tidak, sudah pasti prestasinya juga merundum jatuh. Terlalu sukar untuk dia fokus pada perkara itu.
Mark pula lain ceritanya. Lelaki itu tampak semakin gembira dan bahagia. Dia juga sudah terbuka mengenai hubungannya dengan Haechan. Dan Jaemin serta Renjun gembira untuk kawannya ini.
Kesemua samseng yang buat kacau tempoh hari telah ditangkap. Hukuman tidak begitu berat dikenakan memandangkan tiada sesiapa yang cedera. Wonyoung dan Leeseo telah dipulaukan. Universiti tidak menghukum mereka atas alasan kejadian berlaku tiada kena-mengena dengan pihak mereka. Oleh itu, mereka masih berada di universiti. Bagaimanapun, masih ada juga yang berpihak pada kedua gadis gila itu.
PLOP!!!
Jaemin terkejut mendengar bunyi letupan itu sebelum keretanya hampir hilang kawalan. Dia terpaksa berhenti ditepi jalan untuk melihat apa yang terjadi. Dia mencapai payung dari tempat duduk belakang dan keluar dari keretanya.
"Aduh..." Jaemin menggumam saat melihat tayar kanan sebelah depan keretanya kempis. "Masa macam ni juga!"
Jaemin memandang sekeliling. Mestilah tiada kereta yang lalu. Jika ada pun mustahil mereka ingin membantu. Jaemin memegang dahinya. Dia tidak tahu bagaimana hendak bertindak dalam situasi seperti ini. Dia segera berjalan menuju ke pintu masuk keretanya semula. Malangnya, pintu itu terkunci dan kuncinya tertinggal di dalam.
"FUCK!!!" Jaemin menjerit kuat. Dia memandang dari balik cermin. Kesemua barang yang dia perlukan untuk meminta pertolongan berada di dalam kereta.
Jaemin menyumpah dirinya sendiri. Dia tidak tahu kenapa hidupnya serba tidak kena. Dia ingin menangis. Dan dalam masa yang sama dia ingin mentertawakan dirinya yang terlalu malang. Satu-satunya cara adalah dengan memecahkan cermin keretanya.
Dia menutup payungnya. Dia tahu bahunya tidak sekuat itu untuk memecahkan cermin itu. Badannya kini dibasahi hujan. Dia sudah tidak peduli lagi. Dengan hayunan yang kuat, dia memukul cermin tingkap itu menggunakan payung. Malangnya, tidak berhasil. Dia baru teringat bahawa cermin keretanya ditukar dengan cermin kalis peluru atas sebab traumanya suatu ketika dulu.
"FUCK!!!" Jaemin menjerit lagi sambil memukul kereta itu.
TEET! TEET!
Jaemin menoleh pantas. Di tengah hujan yang kuat turun itu, sebuah motor berhenti berdekatan keretanya. Apabila penunggangnya mengangkat cermin topi keledarnya, jantung Jaemin dirasakan berhenti berdenyut. Itu adalah Jeno.
"Apa yang jadi?" tanya Jeno dengan mata yang kelihatan risau.
Jaemin mendengus perlahan. "Tayar pancit. Dan... Kunci kereta tertinggal di dalam."
Jeno hanya merenung lelaki itu. Dia menarik nafas panjang sebelum mematikan enjin motornya. Perlahan-lahan dia menanggalkan helmetnya sebelum meletakkan di atas motosikal itu dan turun. Dia berjalan mendekati Jaemin dan menjenguk dari tingkap untuk melihat jika apa yang dikatakan lelaki itu benar.
Jaemin hanya mampu memandang Jeno. "Hujan ni. Saya akan pecahkan cermin. Awak akan sakit nanti."
Jeno menoleh memandang Jaemin. Buat seketika, terasa seperti masa terhenti. Mata mereka bertentangan. Jaemin seperti ingin menangis entah kenapa.
Jeno terpandang payung yang dipegang oleh Jaemin. Ia sudah rosak. Sejujurnya, dari jauh lagi Jeno sudah melihat Jaemin memukul keretanya sendiri. Akan tetapi, dia tidak tahu orang ini adalah Jaemin.
Perlahan-lahan lelaki bermata sepet itu mengambil payung yang rosak itu. Dia mematahkan salah satu besi nipis yang ada sebelum membengkokkannya dengan penuh berhati-hati. Dia mula mencucuk besi halus itu dicelah-celah tingkap kereta Jaemin.
Tidak berapa lama kemudian, kunci kereta itu terbuka. Walaubagaimanapun, ia berbunyi dengan kuat. Cepat-cepat Jeno membuka pintu dan mencapai kunci untuk mematikan alarm keselamatan itu sebelum memberikannya kepada Jaemin.
Jaemin terlopong tidak percaya. "Macam mana awak buat?"
Jeno menunjukkan besi yang ada ditangannya. "Mungkin awak fikir saya biasa benda buat macam ni. Macam pencuri."
"Jeno—"
"Saya bergurau." Lelaki bermata sepet itu memintas. Dia menutup pintu itu semula. "Jangan risau kalau awak rasa kereta awak tak selamat. Kalau kereta biasa... Saya buka dengan cara macam tu sistem alarm takkan berbunyi. Tapi kereta awak berbunyi. Jadi, saya rasa tak ada masalah."
Jaemin tidak membalas. Dia hanya mendengar sambil memerhatikan segala gerak langkah lelaki itu.
Jeno berjalan menuju ke arah tayar kereta yang kempis itu. "Ini bukan pancit, Jaemin. Ini meletup."
"Saya tak tahu." gumam Jaemin.
"Awak ada tengok tayar awak sebelum jalan tak?" Jeno memandang lelaki itu sambil bercekak pinggang.
Jaemin menggelengkan kepalanya. "Tak ada."
Jeno menarik nafas panjang. "Kena tengok dulu. Mungkin ada yang kembung dan awak tak perasan."
Jaemin hanya mengangguk. Entah kenapa, hatinya merasa senang mendengar Jeno menasihatinya mengenai hal seperti itu.
"Ada tayar simpanan?" Jeno memandang lelaki itu. Terus terang sahaja, hatinya luluh melihat orang ini berdiri di dalam hujan.
Jaemin mengangguk. "Ada kat belakang. Saya tak pernah keluarkan lagi."
Jeno berjalan menuju ke bonet belakang. Dia membukanya sebelum mengeluarkan tayar simpanan serta peralatan untuk menukar tayar. Dia berjalan kembali ke arah tayar yang pecah itu sebelum mencangkung di sana.
Jaemin berjalan mendekati lelaki itu dan turun untuk berada dekat dengan Jeno. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Setidaknya, dia berada dekat dengan lelaki itu juga sudah cukup.
"Yang ni, Jaemin..." Jeno memulakan kerjanya. "Benda-benda basic macam ni awak kena tahu. Sekurang-kurangnya, kalau tak ada bantuan awak boleh buat sendiri."
"Maaf."
Jeno memandang lelaki itu kemudian kembali kepada kerjanya. "Kalau saya tak lalu kat sini apa awak akan buat?"
"Jalan kaki." selamba Jaemin menjawab.
Jeno menggelengkan kepalanya. Mereka berdiam diri sehingga kerja menukar tayar itu selesai. Jeno kembali menyimpan peralatan itu ke bonet sebelum memandang Jaemin.
"Hati-hati."
"Terima kasih." ucap Jaemin.
Jeno hanya mengangguk sebelum berjalan kembali menuju ke motornya. Dia mencapai helmet sebelum memakainya.
"Jeno!" Entah apa yang mendorongnya, Jaemin mendekati lelaki itu.
Jeno pula hanya merenung lelaki itu dari balik helmetnya.
"Awak nak tak keluar dengan saya?" tanya Jaemin gugup. Dia sendiri tidak tahu apa yang merasukinya saat ini. Dia juga tidak tahu apa yang dia harapkan.
Jeno menghidupkan enjin motornya. "Hujung minggu depan. Datang ke bengkel."
Motor itu terus meluncur laju meninggalkan Jaemin yang kebingungan di situ. Walaubagaimanapun, senyuman lebar terukir di bibirnya. Hujan yang membasahi langsung tidak dipedulikan.
To be continue.....
At least ada lah progress kan. HAHAHAHA
xoxo, M
YOU ARE READING
Mr. Cinderella [NoMin] [BL]✔️
Fiksi Penggemar"Dasar orang miskin! Sebab tu saya benci orang yang tak ada pelajaran!" - Jaemin - "Saya patut biar awak mati je." - Jeno - Jaemin adalah anak orang kaya yang dididik dengan kehidupan yang bertaraf tinggi sejak kecil. Namun, dia tidak menyangka duni...