Jaemin meletakkan keretanya di tempat letak kereta yang dikhususkan untuknya di kawasan rumah mereka. Dia menggalas begnya dan segera berjalan masuk ke rumah. Hari itu berlalu dengan sangat lambat membuatkan dia berasa amat penat.
Orang gaji menyapanya ketika dia berjalan masuk.
"Jaemin."
Langkahnya terhenti ketika dia ingin menaiki tangga. Dia tahu suara itu milik ayahnya. Dan dia tahu dia tidak akan boleh mengelak jika dipanggil. Dia memusingkan kepalanya. "Ya?"
"Mari sini."
Ringkas arahannya. Jaemin mendengus perlahan kemudian mengalihkan tujuannya. Dia berjalan menuju ke ruang tamu. Kelihatan ayahnya, Siwon sedang duduk bersama ibunya, Yoona.
"Ada apa, pa?" tanya Jaemin berusaha untuk mengawal ekspresinya yang penat.
"Profesor dah bagi markah untuk kertas projek yang awak buat?" tanya Siwon sambil meneguk tehnya. Dia langsung tidak memandang wajah anak lelakinya ini.
Jaemin tidak terkejut jika ayahnya tahu mengenai semua tugasan, pelajaran dan aktivitinya di universiti. Kerana sememangnya orang tuanya ini ingin tahu semua perkara.
"Belum lagi." jawab Jaemin. "Mungkin minggu depan. Ada orang yang hantar lambat. Jadi, dia masih menyemak."
"Ada yang hantar lambat?" Siwon merenung wajah anaknya itu. "Sepatutnya dia dah tolak semua kertas projek tu. Saya perlu buat komplain."
Jaemin membuka mulutnya bagaimanapun menutupnya semula. Dia menyesal kerana membuka mulut. Dia tahu jika ayahnya berkata demikian, dia akan melakukannya.
"Markah test minggu lepas dah keluar?" tanya Siwon lagi.
"Dah." jawab Jaemin lagi. "Saya dapat A+."
"Berapa markah?" Siwon mengangkat keningnya.
Jaemin menarik nafas panjang. "98%."
"Macam mana boleh 98%?" Siwon mula berkerut. "Apa yang awak salah sampai hilang 2 markah?"
Jaemin menyumpah di dalam hatinya. "Saya terlepas pandang."
Siwon mendengus kuat. "Awak kena fokus. Dan kena belajar lagi subjek tu."
"Baik." Jaemin tidak membantah.
"Minggu depan awak ada tournament bola keranjang kan?" Siwon mengangkat keningnya.
Jaemin mengangguk.
"Okay. Buat yang terbaik."
Cukup dengan itu sahaja, Jaemin segera beredar masuk ke biliknya di tingkat atas setelah memastikan tiada soalan yang akan di kemukakan lagi.
Dia melepaskan begnya sebelum baring di atas katil yang besar itu sambil mengeluh panjang. Hidupnya tidak seindah yang orang lain sangka.
Terus terang sahaja, Jaemin sudah bosan dengan kehidupan itu. Diusianya sekarang, dia sepatutnya sudah boleh tinggal sendiri. Tapi ibu bapanya tidak membenarkan. Dengan alasan sukar untuk mereka mengetahui perkembangan Jaemin. Padahal dia bukan lagi budak sekolah. Dia sudah menjadi pelajar universiti.
Kedua-dua orang tuanya ini meletakkan harapan terlalu tinggi padanya. Mereka mahu Jaemin menggantikan posisi ayahnya dalam bisnes selepas tamat belajar. Dalam masa yang sama, mereka juga mahu mengekalkan reputasi dan memastikan Jaemin adalah manusia yang sempurna.
Jaemin sudah bosan. Akan tetapi, dia juga tidak mahu bertengkar. Dia tahu seperti apa ayahnya jika dia memberontak. Sekurang-kurangnya, ayahnya tidak masuk campur hal peribadinya asalkan tidak melakukan keluarga dan terlibat dalam jenayah.
YOU ARE READING
Mr. Cinderella [NoMin] [BL]✔️
Fanfiction"Dasar orang miskin! Sebab tu saya benci orang yang tak ada pelajaran!" - Jaemin - "Saya patut biar awak mati je." - Jeno - Jaemin adalah anak orang kaya yang dididik dengan kehidupan yang bertaraf tinggi sejak kecil. Namun, dia tidak menyangka duni...