"Renjun, kita nak ke mana ni?" tanya Mark yang duduk di sebelah lelaki yang sedang memandu itu.
Jaemin duduk di tempat duduk belakang sambil bermain telefon bimbitnya. Dia langsung tidak berminat pada apa yang Renjun ingin lakukan.
Kelas mereka diselesaikan lebih awal pada hari itu. Mark pada mulanya bercadang untuk terus pulang ke rumah bagaimanapun Jaemin menolak. Dia mengatakan bahawa dia ingin ke suatu tempat yang lain hanya untuk menghabiskan masa.
Atas sebab itu, Renjun terfikir mengenai sesuatu dan mengajak kedua kawan baiknya itu untuk ikut serta.
"Adalah." Renjun menjawab tanpa memandang wajah Mark. Riak wajahnya penuh dengan perasaan teruja.
Mark juga tidak mahu bertanya dengan lebih lanjut. Dia hanya berdiam diri sehinggalah mereka berhenti di hadapan satu tempat yang dikenalinya.
"Kat bengkel ni?!"
Mendengar suara terkejut Mark, Jaemin turut mengangkat mukanya. Dia membesarkan mata memandang bengkel di mana dia berjumpa dengan Jeno buat kali ketiga.
"Apa kita buat kat sini?" tanya Jaemin agak panik. Serta-merta apa yang terjadi tiga hari lalu masuk ke dalam ingatannya.
Dia masih tidak dapat melupakan apa yang terjadi. Jeno telah melihat sisi lain pada dirinya yang kawan-kawannya sendiri tidak pernah melihatnya. Dan Jaemin juga melihat sisi lain pada Jeno. Dia seperti masih merasakan sentuhan lelaki itu.
Selalunya, dia akan mengelak untuk bertemu dengan lelaki itu kerana dia selalu merasa ingin marah. Kali ini, dia mengelak semata-mata kerana malu untuk melihatnya sekali lagi.
"Jaemin-ah..." Renjun berpusing memandang lelaki itu. "Boleh tak kali ni awak bertenang dan jangan bergaduh dengan Jeno lagi?"
Jaemin mengecilkan matanya. "Awak patut cakap benda yang sama pada dia."
"Dia bukan kawan saya." Renjun memuncungkan bibirnya. "Tapi awak kawan saya."
Jaemin mendengus perlahan. "Baiklah. Saya akan cuba."
Renjun segera mengukir senyuman manis. "Saranghae!"
Lelaki kecil molek itu segera turun dari kereta disusuli dengan Mark. Dia menjenguk untuk mencari kelibat lelaki yang ingin dia temui.
"Kalau bukan si comel yang saya rindui..."
Serentak Mark dan Renjun menoleh. Haechan berjalan mendekati mereka lengkap dengan pakaian seragam bengkelnya.
"Chenle bukan kat rumah." Haechan berdiri sambil tersenyum sinis. "Awak datang sebab awak rindu saya kan?"
Renjun membuka mulutnya untuk membalas bagaimanapun tiada apa yang keluar. Dia hampir menyumpah di dalam hati kerana lelaki ini yang muncul.
"Awak suka makan daging tak?" tanya Haechan yang langsung tidak peduli dengan reaksi kurang selesa dari Renjun.
"Saya..." Renjun berfikir seketika. "Suka kot."
"Nak tak makan daging dengan saya?" tanya Haechan tanpa segan silu.
Renjun menggigit bibirnya. Dia menyesal kerana menjawab soalan itu. Dia tidak tahu bagaimana hendak menolak.
"Saya pandai panggang daging." Haechan memuji dirinya. "Ah... Awak nampak comel menggigit bibir macam tu."
"Yahh..." Mark berdiri di hadapan Renjun. "Boleh tak awak jangan kacau dia?"
"Kenapa pula?" tanya Haechan langsung tidak peduli.
"Dia tak selesa. Awak tak nampak ke?" Mark mengecilkan matanya.
YOU ARE READING
Mr. Cinderella [NoMin] [BL]✔️
Fanfiction"Dasar orang miskin! Sebab tu saya benci orang yang tak ada pelajaran!" - Jaemin - "Saya patut biar awak mati je." - Jeno - Jaemin adalah anak orang kaya yang dididik dengan kehidupan yang bertaraf tinggi sejak kecil. Namun, dia tidak menyangka duni...