Chapter 11
Mark memandu keretanya seperti biasa melalui jalan sunyi yang gelap itu. Hari sudah malam selepas dia selesai menyiapkan projeknya di kampus. Jalan itu adalah jalan yang dia biasa lalu. Tetapi jarang pada waktu malam.
Ia tidak dipenuhi hutan belukar. Hanya beberapa bangunan usang dan mungkin beberapa buah rumah yang penghuninya tidak keluar lagi. Tiada apa yang menakutkannya membuatkan dia yakin untuk melintasi kawasan itu.
Pelbagai perkara bermain di mindanya. Namun tidak semua perkara yang benar-benar merunsingkan. Kadangkala, dia agak bersyukur keluarganya tidak terlalu kaya seperti keluarga Renjun dan Jaemin. Kedua-dua lelaki itu terbeban dengan harapan dan perkataan 'waris' dalam hidup mereka.
Dia pernah berbincang dengan keluarganya. Akan tetapi, oleh kerana dia mempunyai seorang abang, beban tidak begitu berat padanya. Melihat kepada kehidupan Jaemin, dia mula ragu-ragu dengan tanggungjawabnya sendiri.
Ayahnya memang akan mewariskan syarikat padanya juga melihat kepada keadaan. Tetapi, tiada paksaan mengenai gaya hidup Mark. Mereka tidak akan menentukan gaya hidup yang lain. Lelaki itu hanya perlu meneruskan apa yang tinggal. Berbeza dengan Jaemin yang dipaksa untuk melakukan banyak hal yang tidak diingini.
Renjun juga sama seperti itu. Bagaimanapun, hidupnya tidak sesukar Jaemin kerana masih ada Chenle. Chenle seorang yang sering menyuarakan pendapat. Perkara itu membuatkan Renjun sedikit tenang.
"Fuck!!"
Mark menekan brek keretanya secara tiba-tiba apabila seseorang yang menaiki basikal melintas di hadapannya. Dia membesarkan matanya kemudian segera keluar dari kereta. Seorang remaja dalam lingkungan belasan tahun sudah terbaring di jalan raya sambil mengerang.
"Dik, awak tak apa-apa?" tanya Mark panik.
"Arghh!!!" budak lelaki itu mengerang kesakitan memegang kakinya.
Mark cuba memeriksa kaki budak itu. Tiada apa-apa yang luka membuatkan dia tidak dapat memastikan apa yang sakit.
"Apa hal ni?!" tanya seorang lelaki pertengahan umur tiba-tiba datang bersama seorang wanita. Di belakang mereka ada dua orang lelaki juga pertengahan umur menyusul untuk melihat apa yang terjadi.
"Saya... Saya tak... Saya tak sengaja terlanggar dia." Mark kelihatan panik.
"Kau buat apa kat anak aku ni?!" pekik lelaki itu memandang Mark.
"Saya tak sengaja." Mark menelan air liurnya. "Saya tak perasan dia melintas."
"Arrghhh!!!" Budak lelaki itu menjerit semakin kuat memegang kaki kanannya itu. Dia merengek tanpa henti.
"Kau tengok anak aku!" satu-satunya perempuan di situ menjerit. "Macam mana dia nak pergi sekolah?!"
"Dia ni atlet bola sepak!" lelaki tadi memekik. "Wakil sekolah! Sebab kau dia tak boleh main bola lagi!"
Mark ternganga tidak bersuara. Dia semakin berundur. "Saya akan bawa dia ke hospital. Saya tahu hospital yang bag—"
"Dah!! Aku tak nak dengar!" perempuan itu memintas.
"Sekarang ni aku nak kau ganti rugi!" pekik lelaki pertengahan umur tadi. "Kau bayar secukupnya!"
"Ba—baik." Mark segera membuka dompetnya. Mujur sahaja dia telah mengeluarkan sejumlah tunai yang lumayan banyaknya. "Saya nak bayar berapa?"
Lelaki itu memandang dompet Mark. "Kau bagi je semua!!"
"Ba—baik." Mark mengeluarkan semua tunai yang ada dalam dompetnya sebelum sesuatu menghalangnya. Atau lebih tepat lagi tangan seseorang.
YOU ARE READING
Mr. Cinderella [NoMin] [BL]✔️
Fanfiction"Dasar orang miskin! Sebab tu saya benci orang yang tak ada pelajaran!" - Jaemin - "Saya patut biar awak mati je." - Jeno - Jaemin adalah anak orang kaya yang dididik dengan kehidupan yang bertaraf tinggi sejak kecil. Namun, dia tidak menyangka duni...