Chapter 8

181 11 5
                                    

Jaemin membaca nota yang berada di dalam satu fail yang dikeluarkan dari begnya. Dia cuba untuk membuat ulangkaji.

Sejujurnya, mindanya tidak dapat fokus kepada apa yang sedang dibacanya. Terlalu banyak perkara yang bermain difikirannya saat ini. Dia tidak tahu mana yang seharusnya menjadi keutamaan.

Di suatu sudut, dia memikirkan segala beban dan harapan yang ibu bapanya letak di bahunya. Dia tidak tahu bagaimana lagi hendak menggalas semua itu. Dia tidak tahu apa yang boleh memuaskan hati kedua orang tuanya itu.

Di sudut yang lain pula, dia memikirkan masa depannya sendiri. Apa yang di ingin lakukan? Seperti apakah masa depannya nanti?

Dan pada ruang yang kecil, dia memikirkan seseorang yang tidak dia ingini. Seseorang yang terlalu sukar untuk dibuang entah kenapa. Lelaki menakutkan yang dia ingin jauhi. Tetapi dalam masa yang sama, dia ingin bertemu lelaki itu lagi.

"Jaemin-ah."

Lelaki tampan itu mengalihkan pandangan matanya ke arah Renjun yang sedang duduk kebosanan bersama Mark.

"Sampai pukul berapa awak nak belajar ni?" Renjun memuncungkan bibirnya.

"Saya dah suruh kamu balik dulu kan?" Jaemin mengerutkan dahinya.

"Man... Penat juga nak study ni." keluh Mark. Dia sudah tidak sanggup memandang bukunya. Otaknya dirasakan seperti hendak meletup.

Renjun hanya menggelengkan kepala memandang Mark kemudian tersenyum sendiri. "Saya tak sangka dunia kecil sangat."

Mark mengerutkan dahinya memandang lelaki bertubuh kecil itu. "Apa maksud awak?"

"Yalah..." Renjun memandang Mark dengan pandangan teruja. "Lelaki yang selamatkan saya malam tu adalah abang kepada kawan baik adik saya sendiri."

"Jeno ke yang awak maksudkan ni?" Mark mengangkat keningnya.

Nama itu membuatkan Jaemin memandang kawannya itu.

"Ya." Renjun mengangguk. "Saya cakap pasal dia lah ni. Tak sangka betul. Saya ingatkan saya tak boleh nak jumpa dia lagi. Sekarang ni saya rasa saya boleh je jumpa dia hari-hari."

Mark mengecilkan matanya memandang lelaki itu. "Nanti..." Dia segera membetulkan kedudukannya. "Renjun-ah... Awak suka dengan Jeno ke?"

Renjun terdiam seketika. Dia cuba berfikir apa yang dia rasakan. Sejujurnya, sejak malam itu di mana Jeno membantunya, dia sudah tercari-cari lelaki itu. Walaupun dia tahu mereka tidak akan bertemu lagi, dia berdoa agar suatu hari peluang itu ada walaupun tipis.

Ketika dia bertemu Jeno buat pertama kali selepas pertemuan tanpa sengaja itu, dia benar-benar gembira. Malangnya, dia tidak berkesempatan untuk berkenalan atau meminta apa-apa maklumat yang boleh dihubungi. Dia sangat menyesal.

Dan dia merasakan takdirnya dengan lelaki itu sudah tertulis, adik kandung mereka berkawan baik. Ini membuatkan Renjun yakin bahawa ada cerita untuknya dengan Jeno.

"Saya tak tahu kalau saya suka dia tapi..." Renjun memandang jari-jemarinya tanpa sebab. "Saya rasa nak dekat dengan dia."

Entah kenapa, mendengar kenyataan itu membuatkan Mark melirik ke arah Jaemin. Kawan mereka yang satu itu membuat riak wajah biasa. Bagaimanapun, dia sedang merenung Renjun tidak berkata apa-apa.

"Awak rasa saya suka dia ke?" tanya Renjun kepada Mark. Dia hampir terlupa ada Jaemin bersama mereka.

Mark menarik nafas panjang. Sebenarnya, dia dapat mengesahkan bahawa Renjun suka pada Jeno. Tetapi, dia tidak mahu menyuarakannya. "Awak kena fikir sendiri lah."

Mr. Cinderella [NoMin] [BL]✔️Where stories live. Discover now