Chapter 1

497 12 4
                                    

Kejadian dua tahun lalu itu masih menghantui Jaemin sehingga kini. Dia masih ingat lagi bahawa dia baru sahaja berada di tahun pertama universiti semasa dia tiba-tiba diculik dan hampir dibunuh.

Sehingga kini yang mana dia berada di semester akhir, Jaemin tidak bercerita mengenai hal itu kepada sesiapa. Entah kenapa, masa hitam itu terlalu menakutkan baginya. Seperti dia masih ingat kesakitan yang berada di segenap tubuhnya.

Orang-orang yang hampir membunuhnya itu sudah ditangkap. Ia adalah orang-orang yang diupah oleh salah seorang bekas kawan baiknya sendiri iaitu Taehwan.

Jaemin dan Taehwan merupakan kawan baik sejak sekolah rendah lagi. Ayah mereka adalah orang besar dan berpengaruh dalam dunia bisnes. Dan itulah yang membuat mereka dapat berkenalan.

Akan tetapi, rasa cemburu Taehwan kepada Jaemin bermula ketika mereka masuk ke sekolah menengah. Semua yang Taehwan inginkan didapat oleh Jaemin. Taehwan tidak dapat mengalahkan Jaemin dalam semua perkara dan dia hanya disebut sebagai bayang-bayang Jaemin. 

Perasaan cemburu itu berada di puncak ketika wanita yang disukai Taehwan sejak sekolah lagi menyukai Jaemin. Walaupun Jaemin menolak gadis itu, Taehwan tetap tidak mendapat tempat yang dia inginkan. 

Ketika Jaemin menjadi kapten bola keranjang yang menjadi impian Taehwan, lelaki itu sudah hilang kesabaran. Dia perlu menyingkirkan Jaemin. Atas sebab itu, dengan kekayaan dan kuasa ayahnya, dia mengupah beberapa orang samseng untuk melakukan kerja terkutuk itu.

Sejujurnya, rancangan itu hanya untuk mematahkan kaki Jaemin. Akan tetapi, Jaemin dibelasah teruk sehingga samseng-samseng itu menyangka Jaemin sudah mati. Oleh sebab itu, mereka membuang Jaemin ke sungai. Mujur sahaja seseorang menyelamatkannya. Jika tidak, dia pasti sudah mati lemas.

Kuasa ayah Jaemin membuatkan pencarian penjenayah itu berjalan lancar. Dan pada saat itulah Jaemin tahu siapa kawan baiknya yang sebenar. Keluarga Taehwan berpindah serta-merta atas desakan ayah Jaemin dan kejadian itu dirahsiakan bagi tujuan keselamatan. Hanya dua keluarga itu yang tahu perkara sebenar.

Jaemin memandang wajahnya di dalam cermin. Setiap hari dia terbangun atas mimpi ngeri itu. Dia berfikir jika suatu hari nanti nyawanya benar-benar melayang. 

Dan lelaki itu. Lelaki yang menyelamatkannya. Dia tahu orang itu adalah seorang lelaki kerana Jaemin mendengar suaranya walaupun dia sudah tidak dapat mengingat bagaimana suara lelaki itu.

Orang itu adalah Mr. Cinderella yang dia cari. Dia hanya mampu berharap dunia mereka akan bertemu.

Jaemin menikmati sarapan sendirian memandangkan ibu bapanya ke luar negara atas urusan kerja. Dia tidak mengambil masa yang lama sebelum mencapai jaketnya dan bergegas ke kereta. Pemanduannya ke universiti tidak begitu lama.

Saat dia meletakkan kenderaan di tempat yang sepatutnya, Mark dan Renjun sudah berada di sana menunggunya.

"Selamat pagi, Jaemin." ucap Renjun dengan senyuman comelnya.

"Pagi." balas Jaemin ketika mendekati kedua-dua kawan baiknya itu.

Jaemin bertemu Mark dan Renjun di universiti. Kedua-dua mereka adalah rakan sekelas pada mulanya. Sejak kejadian dia dibelasah teruk dan terpaksa mengadakan kelas di rumahnya secara tertutup, Mark dan Renjun ditugaskan untuk membantunya.

"Ibu bapa awak belum balik?" tanya Mark.

Jaemin mengerutkan dahinya. "Macam mana awak tahu?"

"Awak lambat sikit datang hari ni." selamba Mark menjawab.

Jaemin menggolekkan bola matanya kemudian mula berjalan beriringan dengan kedua-dua kawannya ini.

"Ibu dan ayah saya pun belum balik." Renjun mengeluh.

"Saya lagi suka mereka lambat balik." Jaemin bersuara. "Bebas sikit saya rasa kat rumah tu."

"Awak bukannya jenis yang suka keluar rumah pun." Mark berkerut. "Kenapa nak rasa macam tu?"

"Saya rasa tenang." Jaemin mengangkat bahunya. "Daripada perlu menerangkan semua pencapaian saya pada mereka."

Serentak Renjun dan Mark ketawa.

"Jaemin sunbaenim!"

Langkah mereka bertiga terhenti. Tiga orang gadis berdiri di hadapan mereka dengan wajah yang tersipu malu.

"Saya nak beri surat ni pada sunbae. Saya Minji. Semester dua." gadis yang berdiri ditengah itu bersuara comel.

Jaemin hanya memandang surat yang dihulurkan.

"Saya harap sunbae terima." ujar Minji penuh harapan.

Mark dan Renjun menyigung Jaemin membuatkan lelaki itu mencapai surat yang dihulurkan.

"Jumpa lagi, sunbaenim!" Minji menunduk sebelum beredar bersama kawan-kawannya yang sempat lagi melambai ke arah Mark dan Renjun.

Jaemin mendengus perlahan. Ikutkan hati ingin sahaja dia membuang surat itu. Tapi dia perlu menjaga hati si pemberi.

"Rasanya macam setiap hari awak dapat surat." sindir Renjun. "Saya tak dapat pun."

"Samalah." sokong Mark. 

"Jangan nak mengada." Renjun menjeling ke arah lelaki itu. "Awak ada dapat surat dari Xiaoting kelmarin."

"Xiaoting?" Jaemin membesarkan matanya. "Dia bagi surat kat Mark?"

"Nota je." ujar Mark. "Nombor telefon."

Jaemin masih lagi ternganga. "Boleh tahan awak. Bukan ke dia tu timbalan ketua pelajar?"

"Awak tu pun apa kurangnya." Mark melirik ke arah lelaki itu. "Bukan ke awak keluar dengan Wonyoung minggu lepas?"

"Ya." Renjun berpeluk tubuh. "Awak betul-betul keluar dengan dia ke? Dah lama betul dia suka kat awak tu."

Jaemin mendengus kuat. "Sepatutnya kami keluar sekali dengan team basketball dan cheerleaders. Tapi memang dah kena plan. Sengaja nak bagi saya dengan Wonyoung tu keluar sekali."

Mark ketawa. "Saya ingat. Awak call saya tanya kat mana. Bingung juga sebab tak ada orang bagi tahu saya."

Jaemin menggerutu bila memikirkannya. Wonyoung adalah ketua cheerleader universiti. Dan Jaemin adalah ketua basketball. Mereka selalu dipasangkan.

Sejujurnya, Wonyoung tidak pernah meluahkan perasaan pada Jaemin. Malah, gadis itu selalu berlagak seolah dia menyampah dan tidak berminat pada Jaemin. Tapi, semua orang mengatakan bahawa gadis itu menyukainya termasuk Mark dan Renjun.

"Hyung..."

Sekali lagi langkah mereka terhenti. Dua orang lelaki sedang berdiri memandang mereka dengan wajah yang biasa.

"Chenle. Ada apa?" tanya Renjun.

"Hari ni saya balik lewat sikit. Saya dengan Jisung ada projek. Nak siapkan kat perpustakaan." Chenle memberitahu.

"Baiklah." Renjun mengangguk. "Hati-hati. Bye, Jisung."

Lelaki yang berada di belakang Chenle itu hanya menunduk sedikit dengan wajah yang polos sebelum berlalu pergi bersama Chenle.

"Budak tu yang dapat biasiswa tu kan?" Mark bertanya masih lagi memandang Jisung dan Chenle yang berjalan pergi.

Renjun mengangguk. "Kawan baik Chenle. Dia budak pandai. Sebab tu lah prestasi Chenle menaik."

Mark dan Jaemin hanya mengangguk. Renjun tahu semua itu kerana Chenle adalah adiknya. Universiti mereka adalah universiti terbaik dan mahal. tidak semua orang berjaya masuk ke situ kerana prestasinya yang tinggi. Jika dilihat dari penampilan, semua orang dapat meneka bahawa Jisung bukan dari keluarga yang berpengaruh. Jalan lain untuk masuk ke situ hanya dengan mendapatkan biasiswa.

"Dah. Jom masuk kelas." 



To be continue.....

Mula-mula ni intro je dulu. Nak bagi korang gambaran latar belakang cerita ni. Hehehe. Sabar. Nanti watak lain muncul plak.

xoxo, M



Mr. Cinderella [NoMin] [BL]✔️Where stories live. Discover now