PROLOG

1.4K 68 0
                                    

AYANA laju melangkah ke arah keretanya apabila dia merasakan diri dia di ekori. Semakin laju dia melangkah, semakin laju bunyi tapak kaki yang sedang mengekorinya. Sudahlah kawasan ini tiada orang langsung.

Apabila bayang keretanya sudah kelihatan, laju tangan kecil itu menekan butang pada kunci kereta. Belum sempat dia mahu membuka pintu, bahunya disentuh dari belakang.

"Ah!" Nyaring dia menjerit sambil tangan naik memukul orang itu dengan kuat menggunakan beg tangannya. Lantaklah sekiranya barang dia pecah atau rosak sekali pun janji dia selamat.

Kedengaran orang itu mengaduh kesakitan apabila di pukul dan begnya seakan direntap dengan kasar. Sangat kasar sehinggakan dia hampir terdorong ke depan.

"Jangan rompak saya!" Ayana masih memejamkan matanya, tangan melindungi muka. Jantungnya benar-benar berdegup dengan kencang sekarang ini. Dia terlalu takut.

"Cik, tak ada masa saya nak rompak cik. Saya dah cukup kaya nak jadi perompak." Kasar suara itu menjawab. Ayana mengerutkan dahi. Perlahan-lahan dia menjatuhkan tangan dari wajahnya lalu susuk tubuh yang berada di hadapannya itu di tenung.

Seorang lelaki. Segak bersut hitam dengan tali leher biru tuanya. Rambut disikat rapi. Wajah pula, sedap mata memandang. Tiada misai atau jambang. Sesuai sangatlah di jadikan sebagai calon Hero Malaya.

"Saya nak pulangkan ini. Cik terjatuhkan masa dekat depan lif tadi." Lelaki itu menghulurkan sapu tangan berwarna lilac kepada Ayana. Terkebil-kebil Ayana melihat lelaki itu. Alamak! Dia dah salah sangka. Habis dipukul anak orang. Buatnya lelaki itu orang yang berpangkat ataupun anak Dato', boleh kena saman beribu-ribu!

"Terima kasih, encik." Ayana terus mengambil sapu tangannya dari pegangan lelaki itu. Sapu tangan itu di genggam erat. Dia melarikan matanya dari bertentangan mata dengan lelaki itu, yang jelas-jelas sedang memandangnya dengan tajam. Malu, marah, rasa bersalah semua datang serentak.

"Lain kali, jalan tengok sekeliling. Bukan tengok depan tak toleh-toleh. Tak pasal-pasal semua orang jadi perompak nanti." Sindir lelaki itu. Ayana ketap bibir. Becok betul mulut mamat ni. Macam murai!

"Kenapa encik tak panggil je saya? Kejar saya senyap-senyap macam ni memanglah saya ingatkan perompak." Ayana bidas balik. Dia geram.

"I didn't know your name, cik bijak pandai. Macam mana saya nak panggil? Takkanlah saya nak panggil 'cik' je? Berapa puluh 'cik' dah yang saya jumpa sepanjang saya kejar awak jadi." Lelaki itu sudah bercekak pinggang. Kecil besar je dia tengok gadis yang berada di depannya ini.

Ayana memandang lelaki itu seperti mahu telan. Sabar Ayana, sabar. Marah macam mana sekali pun dia harus akui dia juga salah kerana sudah memukul lelaki itu.

"Fine! Saya minta maaf." Ucap Ayana perlahan. Mata di alihkan ke arah lain sekali lagi apabila lelaki itu masih memandang tepat ke matanya. Berdiri bulu roma dibuatnya.

"For?" Lelaki itu sengaja menyoal. Senyuman sinis terukir di wajahnya. Ayana seperti nak pukul saja lelaki ini dengan begnya lagi.

"Sebab dah pukul encik. Saya minta maaf sangat-sangat. Terima kasih juga sebab tolong pulangkan balik sapu tangan saya. Encik ada cedera dekat mana-mana ke?" Prihatin Ayana menyoal. Ini bukan lakonan, memang dia risaukan lelaki itu juga.

"No, I'm fine. Kena lengan saya sikit je. Tak ada luka tapi sakit juga ya? Apa awak bawa dalam beg? Batu?" Lelaki itu bergurau. Tenang saja dia menjawab. Boleh tahan sakit kena pukul tadi.

"Saya minta maaf sangat-sangat. Nak saya bawa encik pergi klinik ke?" Lelaki itu ketawa kecil, geli hati melihat reaksi kelam-kabut Ayana. Entah kenapa bunyi ketawa dia menarik perhatian Ayana. Terpaku Ayana melihat wajah dingin tadi bertukar lembut apabila dia ketawa.

"Cik Ayana Adra. It's okay, saya tak apa-apa. Lemahnya seorang lelaki terkesan dengan pukulan manja macam tadi." Lelaki itu masih dengan senyumannya. Tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar. Memerhatikan Ayana yang risau akan dirinya.

Terdiam Ayana sesaat. Macam mana lelaki itu boleh tahu nama dia pula sedangkan tadi dia cakap dia tak tahu?

"Macam mana encik tahu nama saya?" Lelaki itu menunjukkan ke arah dada Ayana. Dia turut memandang, terus dia menepuk dahi. Lupa pula dia nak tanggalkan lanyard ini tadi.

"Your student card, Miss Adra. So, you're a student." Lelaki itu berkata. Ayana cuma menganggukkan kepala.

"What course?"

"Err... Bachelor of International Hospitality Management. Final year." Entah kenapa dia perlu memberitahu lelaki itu maklumat tentang dirinya.

"Interesting." Lelaki itu mengangguk kecil.

"Betul encik okay ni?" Sekali lagi Ayana bertanya untuk memastikan dia tidak simpan rasa bersalah itu sehingga ke esok hari.

"Why? Rasa bersalah?" Lelaki itu mendekatinya beberapa langkah. Ayana mengundur ke belakang sehingga dia berdiri rapat dengan keretanya. Kenapalah kawasan parking ini kosong sekarang? Macam mana dia nak minta tolong kalau dia di apa-apakan?

"I'm asking you, Miss Adra. Rasa bersalah ke?" Lelaki itu menyoal lagi. Kali ini suaranya seakan berbisik. Lembut dan halus saja pada pendengaran Ayana. Lambat-lambat Ayana mengangguk.

"If you feel guilty, the next time we meet, I want you to prepare a simple presentation about Hospitality Project Managament. Can you do it for me, Miss Adra?" Lelaki itu memandang tepat ke dalam anak mata Ayana. Terdiam Ayana dibuatnya. Otak dia tak dapat berfungsi dengan baik sekarang. Terlalu terpegun sehingga dia lupa bagaimana mahu membuka mulut.

Haruman lelaki itu juga menusuk ke rongga nasalnya kerana kedudukan mereka yang terlalu rapat. Versace Eros. Bau maskulin yang amat dia suka.

"Miss Adra? Are you there?" Suara lelaki itu menyentakkan lamunannya.

"I'm asking you again, can you do the presentation for me, Miss Adra?"

"Yes, I can do it." Laju Ayana bersetuju. Untuk apa dia bersetuju pun dia tak tahu. Belum tentu dia akan berjumpa dengan lelaki itu lagi.

Lelaki itu tersenyum lebar sebelum mengundur ke belakang beberapa tapak. Kembali mencipta jurang antara mereka. Wajah kemerahan Ayana tadi puas di tatapnya.

"Kalau macam itu, saya berharap kita akan berjumpa lagi, Cik Ayana Adra."

"Kejap. Encik siapa? Macam mana encik tahu subjek yang saya ambil semester lepas?" Berkerut dahi Ayana ketika itu.

"You will know soon, Miss Adra. I have to go now. Saya ada urusan. Bawa kereta elok-elok. Selamat jalan." Lelaki itu terus pergi meninggalkan Ayana yang masih membatu dan terpinga-pinga di pintu keretanya selepas menilik jam tangannya sekilas.

Apabila bayangan lelaki itu sudah hilang dari pandangan, dia terus menarik nafas dengan laju. Entah berapa lama dia menahan nafas tadi. Sungguh sesak dadanya. Nasib baik dia tak lupa cara untuk bernafas.

Lelaki itu berjaya buat dia tergamam. Aura yang lelaki itu bawa, amat mendebarkan dirinya. Sudahlah haruman minyak wangi dia terlekat pada baju Ayana. Rasa macam nak naik gila!

"Jumpa lain kali? Yakinnya dia aku akan jumpa dia lagi." Ayana menggumam. Tidak mahu berlama-lama di situ, dia terus masuk ke dalam kereta Honda Civic miliknya. Semakin lama dia di situ, semakin wajah itu terngiang-ngiang di mindanya. Kereta di pandu keluar untuk pulang ke rumah.

Tanpa dia sedar, ada seseorang sedang memerhatikannya dari jauh dengan senyuman yang cukup lebar. Apabila melihat gadis itu sudah selamat keluar dari kawasan itu, dia menyambung langkahnya yang tergendala.

"Looking forward to seeing you again, Adra."

𝐌𝐘 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐘 𝐀𝐃𝐑𝐀 (𝐂)Where stories live. Discover now