SUDAH seminggu Ayana dan Faris tidak bertegur sapa. Telefon tidak, mesej pun tidak. Ayana mengeluh kasar. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa dia mengabaikan Faris. Dia sibuk fikirkan tentang perasaannya sehinggakan dia lupa tentang perasaan Faris. Faris langsung tak bersalah dalam hal ini. Hanya dia. Dia yang tidak berfikiran matang.
"Cik Ayana Adra." Terkejut Ayana apabila suara itu kuat menegurnya. Terus dia menoleh ke arah suara itu. Liur ditelan payah. Pandangan tajam mata itu membuatkan dia terasa kerdil. Banyak mata yang sudah memandangnya ketika itu.
"Kalau awak ada niat nak bakar dapur hotel ni, saya minta awak abaikan niat tu kalau awak tak mampu nak tanggung kos kerugian nanti." Pedas suara itu menyindir. Ayana cepat-cepat tutup api apabila spaghetti yang dibuatnya sudah rentung. Dia menunduk.
"Saya minta maaf, Tuan Faris." Balas Ayana. Masih mengekalkan sikap profesional. Dia terkejut melihat wajah yang selalu memandangnya dengan senyuman kini memandangnya seperti seorang pesalah. Hakikatnya, memang dia seorang pesalah.
"Ayana Adra!" Tinggi suara Faris memanggil. Tersentak Ayana. Sekali lagi dia mengelamun.
"Y-ya?" Ayana menatap Faris. Faris masih memandangnya tajam. Wajah itu dingin dan bengis.
"Fokus. Bukannya berangan!" Keras suara itu menyapa telinganya. Faris berlalu pergi untuk membuat pemantauan minggu. Kali ini bukan atas dasar rindu atau ingin mengacau. Kali ini memang atas dasar kerja mingguannya iaitu membuat pemantauan di bahagian dapur setiap hari Isnin.
Ayana menyambung tugasnya. Spaghetti yang sudah rentung tadi dibuang ke dalam tong sampah. Cef Hairi pula menawarkan diri untuk memasak spaghetti tadi. Ayana akur. Dia mengambil tomato untuk di potong. Entah ke mana fikirannya melayang, dia tidak fokus pada potongannya sehinggakan dia terhiris jarinya sendiri.
"Aduh!" Jerit Ayana. Cef-cef yang lain sudah menghampirinya termasuklah Faris. Tajam telinganya mendengarkan jeritan gadis itu. Dia terkejut melihat Ayana yang sudah menangis dengan jarinya yang berdarah dengan banyak disebabkan hirisan tadi. Segera dia menarik tangan itu dan di bawa ke sinki untuk membasuh darah-darah yang sedang mengalir.
"Sakit." Adu Ayana dalam esakannya. Bukannya dia tidak biasa jarinya dihiris. Hidup sebagai seorang yang suka memasak, perkara itu sudah biasa di hadapinya. Tapi kali ini hirisannya terlalu besar dan dia sedang menanggung rasa sakit di hati, itu menyebabkan dia menangis dengan kuat.
Tangan Faris yang memegang lembut tangannya membuatkan dia terasa kerdil sekali lagi. Tangan Faris lebih besar dari tangannya yang kecil itu.
"Tahan Adra. Alif, boleh bagi tisu?" Alif hanya mengangguk sebelum dia bergerak untuk mengambil tisu. Tisu dihulurkan lalu Faris mengelap air dan darah yang menitis dari tangan Ayana. Melihatkan luka itu yang sudah berhenti mengalirkan darah dengan banyak, dia menarik lembut tangan Ayana supaya mengikutinya keluar dari dapur itu.
Ayana hanya menikus, mengikut langkah besar Faris untuk turun ke aras Lower Ground 1. Mereka masuk ke dalam lif, tangan Faris tak lepas dari menggenggam erat tangan Ayana malah di usap jari jemarinya itu. Luka di jari Ayana dibalut dengan sapu tangan miliknya buat sementara waktu.
Setibanya di aras itu, mereka keluar untuk menuju ke bilik rawatan yang bersebelahan dengan bilik loker. Pandangan pelik daripada pekerja-pekerja lain disambut dengan pandangan tajam milik Faris. Terus mereka memandang ke arah lain dan membuat kerja masing-masing.
Masuk saja ke dalam bilik rawatan, Faris menyuruh Ayana untuk duduk di atas katil rawatan, pintu bilik itu dikunci olehnya. Dia mengambil Peti Pertolongan Cemas yang disediakan di dalam bilik itu. Kerusi ditarik dan dia duduk di hadapan Ayana. Ayana hanya diam membatu memerhatikan gerak-geri Faris.
![](https://img.wattpad.com/cover/353016246-288-k721363.jpg)
YOU ARE READING
𝐌𝐘 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐘 𝐀𝐃𝐑𝐀 (𝐂)
RomanceSejak dipertemukan dengan lelaki sekacak dan setampan Faris Syauqi, hidup Ayana Adra terus berubah. Siapa sangka pertemuan pertama mereka akan melahirkan bibit-bibit cinta. "You still manage to make me starstruck by looking at you every day, sweety...