BAB 20

1K 41 0
                                    

AYANA tidak berhenti senyum dari tadi. Dia gembira, terlalu gembira. Skrin laptop masih di tenungnya kemudian dia terjerit kecil. Penat lelah dia sepanjang menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda akhirnya membuahkan hasil yang memuaskan.

Dia mengambil telefonnya lalu menangkap gambar keputusannya itu. Kemudian di hantar kepada ahli keluarganya.

"Alhamdullilah! Another rezeki!" Ujarnya riang. Dia terus berlari keluar dari bilik dan menuju ke kolam renang yang terletak di belakang rumah banglo milik Faris itu.

Genap seminggu dia berkahwin, Faris mengajaknya untuk berpindah ke rumah suaminya itu atau lebih tepat rumah mereka sendiri. Banglo Faris terlalu besar baginya. Lebih besar dari rumah orang tuanya. Siap ada kolam renang dan taman bunga lagi. Kini, sudah masuk dua bulan mereka tinggal di rumah itu.

Semasa dia berlari menuju ke halaman belakang, sempat Ayana mengusik Leo yang sedang nyenyak tidur di atas karpet ruang tamu itu. Mujur Leo tidak terkejut apabila tidurnya di ganggu.

Faris yang sedang berenang itu terkejut melihat isterinya menyeringai memandang ke arahnya. Sudahlah rambut isterinya yang panjang itu di biarkan lepas tidak berikat, sudah serupa macam Maya Karin panjat pokok! Mujur hari masih cerah.

"Sayang kenapa? Seronok semacam aje?" Faris menyoal. Dia sudah berenang kembali ke hujung kolam. Kepala didongakkan memandang ke arah Ayana yang sedang melutut di hadapannya.

"I got on the dean's list for this semester! Adra dapat dekan setiap semester! Thanks to you, abang!" Ayana bersorak. Faris tersenyum.

"It's not me. It's you, sweety. Sayang yang berusaha keras sepanjang latihan industri. Sayang yang bertungkus lumus siapkan laporan, buat pembentangan. Semuanya disebabkan sayang. Abang cuma beri markah atas kerja keras sayang je." Ujar Faris. Dia hanya bantu Ayana untuk dapatkan tempat dan beri markah yang selayaknya Ayana patut dapat. Tidak perlu berterima kasih pun pada dia.

"Sekarang, Adra dah bebas!" Ayana menepuk-nepuk air dek kerana rasa terujanya sehingga terkena pada muka Faris.

"Sayang, air masuk hidung abang." Faris menegur, terus Ayana menghentikan perbuatannya. Dia tersengih.

"Sorry, abang."

"What's mean you sorry sorry." Faris menjeling. Ayat pun berterabur, ikut dialog filem Adnan Sempit.

Dia memandang Ayana yang nampak begitu cantik ketika itu. Timbul idea jahat untuk mengenakan Ayana. Bibir menarik senyum jahat. Ayana terus cuak.

"Abang nak buat apa? I can see the devil in your eyes!" Ayana ingin bangun tetapi tangannya dipegang Faris.

"Tak seronoklah mandi seorang. Apa kata sayang mandi sekali?" Faris terus menarik tangan Ayana dan dalam sekelip mata, tubuhnya basah. Ayana terus memeluk rapat badan Faris dan memukul dada suaminya berkali-kali.

"Abang!" Ayana mendengus geram. Kena mandi baliklah macam ini.

"Yes, sweety, I liked it when you called me, 'abang'. Sounds attractive." Faris mengusik. Semakin panjang muncung Ayana.

"Kalau jadi apa-apa dekat baby, abang kena bertanggungjawab tahu?" Ayana menyebut dengan tegas. Faris masih dengan senyumannya.

"Ya, nanti abang bertanggungjawab. Baby besar abang ni sejak kahwin makin kuat muncung. Nasib baik comel." Faris bersuara. Ayana sudah tersenyum. Senyuman yang membuatkan Faris berkerut.

"Kenapa senyum macam tu?"

"Siapa cakap baby besar?" Ayana menyoal. Ingin membuat Faris tertanya-tanya.

𝐌𝐘 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐘 𝐀𝐃𝐑𝐀 (𝐂)Where stories live. Discover now