BAB 5

991 49 0
                                    

AYANA membuang sampah ke dalam tong yang di letakkan di belakang kedai dan masuk semula ke dalam hotel kucing tersebut. Semua kerja sudah dia selesaikan. Hari ini merupakan hari terakhir dia akan bekerja di sini sebelum dia memulakan latihan industrinya seminggu lagi. Sempat dia dan dua orang pekerja lain berpelukan, mengucapkan selamat tinggal sebelum mereka berdua bergerak pulang.

Dia bakal merindui tempat ini. Sayang untuk meninggalkan hotel kucing tersebut. Mungkin selepas ini dia akan jarang ke sini untuk melihat kucing-kucing comel. Sepanjang cuti semester berlangsung, dia bekerja selama lima hari dari pagi hingga ke petang. Dia menghabiskan banyak waktunya bersama pekerja dan kucing-kucing di situ.

Sejak pertemuannya dengan Faris di majlis pelancaran restoran hari itu, dia langsung tak menemui Faris selepas itu. Mereka dah jarang berjumpa atau terserempak. Hanya berbalas pesanan, itu pun tidak kerap kerana Faris nampak terlalu sibuk dengan kerjanya.

Rindukah dia pada lelaki dia? Jujur dia rindu. Faris berjaya membuat dia rindu pada seorang lelaki selepas empat tahun dia menutup pintu hatinya untuk mana-mana lelaki. Dengan Faris, berbeza. Dia sukakan usikan dan gurauan lelaki itu. Tanpa sedar dia mengeluh.

"Mengeluh panjang nampak." Bisikan suara itu membuatkan Ayana membulatkan matanya. Dia berpaling, di sambut dengan wajah tampan seseorang yang amat dia rindu. Terus lebar senyumannya. Speak of the devil!

"Encik Faris?" Tanya Ayana bagi memastikan dia tidak bermimpi. Dia menggosok matanya beberapa kali. Wajah itu masih ada di depannya, bermakna dia tidak bermimpi. Faris ukir senyum.

"Ya. Adra. Saya Faris." Semakin lebar senyuman Ayana mendengarkan suara garau lelaki itu.

Setibanya Faris di Malaysia dari Singapura, dia terus bergegas untuk berjumpa dengan gadis yang amat dia rindu. Rindu? Faris rindukan Ayana. Dia tahu mereka sudah jarang berjumpa dan menghubungi antara satu sama lain. Menggunung rasa rindunya kerana terlalu sibuk dengan urusan hotelnya sejak kebelakangan ini. Dia juga sudah seminggu menetap di Singapura. Baru hari ini dia ada kesempatan untuk berjumpa dengan pujaan hatinya itu.

"Rindu saya tak, Adra?" Sekali lagi Faris berbisik. Dia melihat wajah Ayana yang sudah berubah merah itu. Cantik.

"Kenapa saya nak rindu encik pula?" Bohong Ayana. Dia menunduk. Tak sanggup untuk menatap wajah Faris yang tak berhenti dari merenungnya.

"Ye ke tak rindu? Adik saya cakap ada orang tu rindu dekat saya sebab saya dah jarang jumpa dia, jarang call, chat dia." Faris tergelak kecil.

Ayana tergamam. Siapa adik dia? Adik dia kerja dekat sini ke?

"Ops! Sorry kacau." Suara seseorang kedengaran dari pintu yang menghubungkan hotel kucing dan klinik. Terus Faris menjauhkan darinya sambil tersengih.

"Angah, dia tak rindukan abang pun. Angah cakap hari tu dia rindu abang." Faris memegang dadanya tepat di jantung. Berlakon seakan dirinya tersakiti. Drama sangat!

Ayana masih terkejut. Angah? Abang? Dia tak salah dengarkan?

"Kak Falisha, adik Encik Faris?" Ayana masih dengan wajah terkejutnya. Faris hanya mengangguk.

"Ya, Adra. Falisha adik saya." Jujur Faris. Ayana ternganga. Nampaknya Falisha sudah di upah sebagai perisik Faris. Patutlah Faris tahu dia rindukan lelaki itu. Ayana menggigit bibirnya. Malu.

"Sorry, Ayana. Akak tak ada niat nak sorokkan perkara ni dari Ayana. Akak terpaksa sebab abang Faris ugut akak." Serba salah Falisha dibuatnya.

"Jadi Encik Faris dah tahu lama yang saya selalu rindukan dia?" Ayana memandang tepat ke dalam anak mata Faris. Faris pula yang menjadi tak keruan apabila melihat sepasang mata milik gadis itu sudah bergenang dengan air mata. Ah sudah! Kenapa pula ni?

"Adra? Kenapa menangis ni?" Faris cuba memujuk.

"Encik dah tahu lama perasaan saya pada encik?" Soal Ayana lagi. Lambat-lambat Faris mengangguk.

"Saya rasa macam orang bodoh sekarang. Saya malu. I'm sorry." Ayana terus membuka apronnya. Beg dicapai dan dia melangkah keluar dari kedai itu.

"Adra!" Laju kaki Faris melangkah mengejar Ayana. Beg Ayana ditarik perlahan sehingga tubuh itu berpusing menghadapnya. Terkejut Faris melihat wajah itu sudah basah dengan air mata. Salah dia ke gadis itu menangis?

"Adra, can we talk about this, please? Just you and me? Saya tak nak orang lain tengok awak menangis macam ni." Faris cuba memujuk. Ayana hanya diam. Air matanya diseka kemudian mengangguk. Faris tersenyum kecil.



MEREKA duduk di kerusi yang disediakan di taman itu. Masing-masing senyap untuk beberapa minit. Air kotak perisa teh bunga di hulurkan kepada Ayana. Ayana memandang huluran tangan itu sebelum tangannya mengambil air tersebut.

"Adra, kenapa awak menangis tadi?" Soal Faris lembut. Matanya memandang ke arah pengunjung di taman itu yang beriadah di waktu petang. Ayana masih diam.

"Awak marahkan saya ke Adra? Atau awak marahkan Falisha? Kalau awak marahkan Falisha, saya minta maaf sangat-sangat. Salah saya. Saya yang paksa dia untuk bagitahu semua perkara tentang awak. Sejak kali pertama saya jumpa awak bekerja dekat situ, saya suruh Falisha bagitahu saya semua pasal awak." Luah Faris. Ayana hanya mendengar.

"Saya bukan buat untuk suka-suka, Adra. Saya sebenarnya..." Faris berhenti. Dia menarik nafas dalam kemudian menghembus perlahan. Matanya menatap wajah Ayana yang masih tidak melihat wajahnya.

"Saya sukakan awak, Adra." Ayana terus memalingkan wajahnya untuk melihat Faris. Ayana terkedu.

"Dari hari pertama kita berjumpa, saya mula tertarik dengan awak, Adra. Saya betul-betul minat, suka dekat awak. Senyuman awak, sikap awak, telatah awak. Awak berjaya tarik minat saya Adra. Bertahun lamanya saya tutup pintu hati saya, awak wanita pertama yang berjaya buka pintu tu kembali." Faris memalingkan wajahnya. Tak betah untuk melihat anak mata Ayana lama-lama. Jantungnya sudah laju berdegup kencang, kuat bekerja pula jantungnya hari ini.

"Saya tak harapkan apa-apa dari awak, Adra. Awak boleh anggap ini cuma luahan hati yang tak bermakna. Saya rasa tak layak pula untuk awak." Suara Faris mengendur. Dia sendiri tiba-tiba tak yakin selepas meluahkan perasaannya. Risau, takut perasaannya ditolak oleh gadis di sebelahnya ini.

Ayana merapatkan duduknya dengan Faris. Faris yang perasan itu hanya diam memerhati walaupun jantungnya tak henti-henti berdegup kencang. Ayana mengetap bibir. Wajahnya sudah membahang. Malu pula untuk dia bercakap.

"Jadi..." Ayana memulakan bicara selepas lama mendiamkan diri. Kepala diangkat untuk memandang Faris sekali lagi. Berdebar rasanya melihat lelaki itu sedang menatapnya seakan mengharapkan sesuatu.

"Perasaan saya selama ni, bukanlah bertepuk sebelah tangan, kan?" Ayana menuturkan ayatnya perlahan. Sayup saja suara itu menerjah ke gegendang telinga Faris. Faris menarik senyum.

"Pardon?" Faris ingin memastikan apa yang dia fikirkan itu betul. Ayana membalas senyumannya.

"Saya pun sukakan Encik Faris. Sejak kali pertama, kita mula berbual dalam telefon." Luah Ayana. Faris tak dapat sorok wajah terujanya. Rasa macam hendak melompat dan menjerit girang ketika itu tapi di tahan.

"Just call me Faris, Adra. Sounds better. Tak perlulah nak encik-encik dengan saya." Sudah lama dia hendak menegur panggilan Ayana itu. Dia rasakan diri dia dibayangi dengan pekerjanya setiap masa.

"Baik, Faris." Ayana hanya mengangguk. Kalau kehendak tuan badan sudah begitu, dia akan turuti saja. Lagipun, tidaklah nampak terlalu formal sangat perbualan mereka.

"Jadi, kenapa awak menangis tadi?" Faris masih mahu tahu sebabnya. Ayana sudah menggaru tengkuknya yang tidak gatal.

"Saya malu. Perasaan saya dah lama terbongkar. Saya ingatkan, saya nak luahkan sendiri pada Faris nanti tapi dah ada spy, kantoi pula." Malu-malu Ayana bersuara. Faris tergelak. Sebab itu rupanya.

"You're so cute, Adra." Ayana membalas pujian itu dengan senyumannya, yang mampu membuatkan Faris terpesona.

"And I feel better now." Luah Faris lagi.

"Why?"

"Talking to you makes my day better, seeing you makes my day better, hearing your voice makes my day better. You make my day better, Adra."

𝐌𝐘 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐘 𝐀𝐃𝐑𝐀 (𝐂)Where stories live. Discover now