BAB 15

847 40 0
                                    

AYANA memandang ke arah jarinya yang sudah cantik di hias dengan sebentuk cincin belah rotan. Dari tadi dia hanya mendiamkan diri. Masih terkejut dengan apa yang berlaku tengahari tadi.

Memikirkan tentang hal itu, wajahnya serta merta berubah merah. Keluarga Faris datang merisiknya tengahari tadi. Sudahlah lelaki itu buat rancangan tanpa berbincang dengan dia dahulu. Lagi menyakitkan hati bila Tuan Yusuf dan Puan Juita turut berkomplot sekali untuk kali yang kedua. Cis!

Deringan telefon yang kuat itu membuatkan Ayana terus melihat nama pemanggil. Panjang betul umur orang tua ni! Eh? Orang tua ni juga jadi laki kau nanti!

Ayana berdehem seketika dan ikon hijau digesek. Telefon di lekapkan ke telinga.

'Assalamualaikum, buah hati saya.' Suara garau itu menyapa. Bagaikan dejavu, ayat yang diucapkan padanya tengahari tadi di ucapkan sekali lagi. Cair!

"Waalaikumussalam." Jawab Ayana senada. Berlagak sombong.

'Buat apa tu?'

"Tenung cincin. Ada orang datang masuk merisik tengahari tadi." Cincin di jari dipandangnya lagi.

'Mummy dengan adik-adik saya yang pilih. Saya manalah reti bab-bab macam ni. Alhamdulillah, awak suka.' Faris senyum senang hati.

"Kenapa awak tak bagitahu saya yang awak nak merisik saya?" Ayana menyoal. Geram dia teringatkan lelaki itu tersenyum-senyum miang pada dia tengahari tadi.

'Saja, nak buat kejutan. Terkejut tak?' Faris menyakat.

"Terkejut sangat." Sindir Ayana. Matanya turut dijulingkan ke atas. Kedengaran tawa Faris terbahak-bahak dihujung talian.

"Nasib baik saya sayang awak. Jadi, tak adalah saya reject awak." Ayana mengoyakkan senyum manis. Berani dia nak tolak Faris? Silap-silap mahu kena tetak dengan Datin Sophia dan adik-adik dia.

'Saya tahu awak tak akan reject saya sebab itu saya berani buat surprise.' Faris sudah berbaring, sedia untuk tidur.

'Lagi dua bulan Ayana Adra, and you will be completely mine.' Faris menggumam. Matanya sudah dipejam.

Setelah berbincang, mereka semua sepakat untuk mengadakan majlis pernikahan dalam masa dua bulan dari sekarang, seminggu selepas Ayana menamatkan latihan industrinya. Majlis nikah akan dibuat secara kecil-kecilan untuk ahli keluarga saja dan majlis persandingan akan di buat sebulan kemudian.

"Saya tak sangka keluarga awak akan setuju dengan cadangan saya untuk tak buat majlis tunang, terus menikah je." Ujar Ayana.

'Benda baik, buat apa lengahkan. Saya pun rasa bagus juga kalau kita menikah terus. Tak payah tunggu lama-lama.'

"Kenapa?" Ayana jungkit kening.

'Sebab saya dah tak sabar nak peluk bantal peluk saya yang baru.' Usik Faris dalam mamainya.

Ayana pula sudah mencebik. Berani dia samakan kita dengan bantal peluk? Belum sempat Ayana ingin menyerang balas, kedengaran dengkuran halus milik lelaki itu bergema di telinganya.

"Lah, tidur?" Ayana tergelak kecil. Penat sangat agaknya lelaki itu. Mana tidaknya, pagi ada mesyuarat, tengahari terus bergegas ke rumahnya, petang pula sambung mesyuarat.

Ayana hanya melekapkan telefon itu pada telinganya tanpa ada niat untuk mematikan panggilan. Bunyi dengkuran itu seakan muzik ditelinganya. Menenangkan hati. Seakan terapi untuk dirinya. Dia pun turut memejamkan mata, ingin terbang ke alam mimpi bersama pujaan hati.

"Selamat malam, sayang."



"WOW! Ada cincin. Ada apa-apa ke ni?" Kak Fifi dari Sales and Marketing Department tersenyum nakal ke arah Ayana yang sedang sibuk membuat kerja itu. Ayana pula sudah tersengih malu.

𝐌𝐘 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐘 𝐀𝐃𝐑𝐀 (𝐂)Where stories live. Discover now