SPECIAL CHAPTER 3

1.1K 54 3
                                    

"NADHIR."

Tuan Faris memanggil, tangan memeluk tubuh. Nadhir yang melihat pandangan tajam Tuan Faris padanya membuatkan dia menunduk, jari bermain sesama sendiri. Rambutnya yang sedikit kusut dibetulkan oleh Tuan Faris.

"Bergaduh lagi ke?" Tuan Faris menyoal. Nadhir diam. Matanya memandang ke arah Aariz dan Airis yang turut sama menunduk di sofa satu lagi. Budak-budak itu tidak tahu apa yang terjadi, mereka hanya bersedih kerana abang kesayangan mereka sedang bersedih.

"Jangan bagitahu papa dengan ibu, please?" Pinta Nadhir. Dia tidak mahu hal pergaduhannya sampai ke pengetahuan Tuan Nadim dan ibu tirinya, Puan Medina yang sekarang berada di luar negara atas urusan kerja. Risau pula papa nya itu akan terkejut dan ingin bergegas pulang ke Malaysia.

"Uncle takkan bagitahu tapi uncle cuma nak tahu, kali ni atas sebab apa kamu bergaduh?" Tuan Faris duduk di sebelah Nadhir. Mata hanya merenung remaja 17 tahun itu yang sedang menggenggam penumbuk. Darah muda, perasaan ingin memberontak dan bergaduh itu perkara biasa bagi remaja.

"Dia orang ejek Nadhir ni datang dari perempuan kotor dan ibu Medina tu perempuan simpanan papa."

Tuan Faris terus menggeleng mendengarkan itu. Memang patutlah Nadhir mengamuk dan bertumbuk dengan tiga orang rakan sebayanya. Sehinggakan pengetua terpaksa menghubungi dia untuk datang ke sekolah.

Mujur pihak sekolah peka dengan perangai tiga orang pelajar itu, jadi mereka sudah di gantung sekolah selama dua minggu dan diberi amaran terakhir.

"Nadhir malas nak ambil kisah sebab bukan sekali ni dia orang ejek Nadhir. Tapi bila melibatkan Airis dengan Aariz sekali, Nadhir tak boleh duduk diam." Nadhir mengetap rahangnya.

"Dia orang cakap apa?" Tuan Faris turut berubah tegang apabila nama anak-anaknya disebut.

"Dia orang cakap Airis dengan Aariz pun sama je macam Nadhir. Anak nasib malang." Suaranya diperlahankan, tidak mahu anak-anak Tuan Faris mendengar pebualan mereka.

"Bullshit! I have hundreds of ways to expel them from the school. Dia orang tak tahu dengan siapa dia orang cari pasal!" Bicara Tuan Faris tegas. Melampau sungguh!

Mujur juga isterinya tiada rumah ketika ini, kalau tidak habislah mereka ditonyoh dengan cili padi atau clorox. Mulut bau longkang!

"Lepas ni, kalau dia orang cari pasal lagi, just tell me. Uncle akan make sure dia orang terima padahnya." Tuan Faris tergelak sinis. Menggelegak hatinya apabila anaknya terkait sekali dalam hal ini. Wajah Airis dan Aariz dipandang.

Jangan pernah sentuh perihal isteri dan anak-anaknya kalau tak nak hidup merana. Dia boleh lakukan apa saja untuk hapuskan mereka yang bermulut lancang tentang keluarganya.

"Thank you, Nadhir. Kamu sanggup pertahankan Airis dan Aariz. Uncle bangga dengan kamu." Tubuh Nadhir itu ditepuknya perlahan. Nadhir tersenyum. Selain papa nya, dengan Tuan Faris lah dia menagih kasih sayang dari kecil. Jadi dia tidak kisah sekiranya dia bertumbuk atau bergaduh sekali pun janji tiada siapa yang berani bermulut lancang tentang mereka.

"Abang." Nadhir memandang ke arah Airis yang baru berusia 10 tahun itu. Rambut panjangnya di ikat satu dan dia menghulurkan sapu tangannya kepada Nadhir.

"Nah sapu tangan Airis."

"Kenapa Airis bagi abang sapu tangan?"

"Lap darah dekat bibir abang tu. Mesti sakitkan?" Polos Airis menyoal. Nadhir Tarik senyum manis. Kepala budak comel itu di usapnya. Hilang rasa sakit dan panas hatinya melihat kecomelan Airis.

"Tak sakitlah. Abang kan kuat."

"Kalau Airis jumpa dia, Airis gigit dia macam ni!" Tak semena-mena, tangan Nadhir ditariknya lalu digigit sekuat hati.

"Ahh!!" Keluar jeritan Jantan milik Nadhir.

"Airis Falina!" Meninggi suara Tuan Faris ketika itu. Tidak menyangka dengan perbuatan drastik anaknya itu. Alahai. Nak buat contoh tapi salah orang yang digigitnya.

"Ops! Sorry abang." Sedih wajah Airis. Kuat sangat ke? Kata tak sakit?

Nadhir melihat tangannya yang berbekas gigitan Airis itu. Boleh tahan juga ya dia gigit. Tak padan dengan kecil.

"Airis, daddy tak ajar anak daddy cederakan orang." Tuan Faris menggeleng. Jangan Aariz pun terpengaruh sudah dengan perangai kakaknya ini. Adik-beradik sama saja, otak geliga dan nakal!

Airis tersengih kemudian mendepakan tangannya, minta didukung. Manja seperti mummy nya.

"I promise daddy." Mengekek dia ketawa.

Nadhir kemudian berdiri, tangan mencuit pipi gebu Airis.

"Kalau putus tangan abang tadi, Airis kena bertanggungjawab tahu?" Nadhir mengusik.

"Abang jangan risau. Nanti Airis kahwin dengan abang, Airis bertanggungjawab." Jawabnya selamba. Terbuntang mata mereka yang lain.

"Where did you learn about that, Airis?" Soal Tuan Faris. Apalah yang anaknya belajar di sekolah ni?

"Kawan Airis ajar! Dia cakap kalau dah kahwin ada tanggungjawab." Gelak besar Nadhir dibuatnya. Manalah budak sebesar 10 tahun tahu benda-benda macam itu.

"Daddy." Panggil Aariz. Dari tadi dia hanya diam mendengar perbualan mereka bertiga.

"Betul ke kalau dah sunat baru boleh berkahwin?" Soalnya rawak.

"Betul. Kenapa Aariz tanya macam tu?" Berkerut wajah Tuan Faris.

"Sakit tak?" Soal Aariz lagi.

"Tak sakit pun. Kalau tak percaya cuba tanya abang Nadhir." Aariz memandang ke arah Nadhir. Jejaka itu hanya mengangguk, meyakinkan Aariz yang berumur Sembilan tahun itu.

"Tak sakit pun. Macam kena gigit semut je." Jawapan klise untuk kanak-kanak yang belum bersunat.

"Kalau macam tu, Aariz nak sunatlah!" Yakin dia bersuara.

"Kenapa nak sunat?"

"Aariz nak kahwin!"

"Allah!"

Sekali lagi Nadhir melepaskan tawanya dengan kuat. Aduhai! Budak-budak ini memang menghiburkan hati betullah.

Tuan Faris pula sudah menepuk dahinya. Kenapalah dengan anak-anaknya ini? Jangan sampai dia pindahkan mereka ke sekolah lain pula. Salah pilih kawan agaknya.

"Pening kepala daddy layan kamu berdua. Lama-lama boleh botak agaknya."

𝐌𝐘 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐘 𝐀𝐃𝐑𝐀 (𝐂)Where stories live. Discover now