AYANA mendongak memandang langit senja yang terbentang indah. Dalam hati memuji kebesaran dan kekuasaan-Nya, tiada tandingan dan bandingan.
Matanya kemudian beralih ke arah seorang lelaki yang sedang bermain dengan seorang budak lelaki dan seorang budak perempuan di persisiran pantai. Dia menarik senyum. Terasa bahagia melihat mereka bergembira, senyuman tidak lekang dari wajah masing-masing. Dia bersyukur ke atas rezeki dan pinjaman daripada Allah ini. Dia gembira bersama keluarganya.
Puas dia termenung, sehinggalah kanak-kanak perempuan itu berlari ke arahnya bersama tangisan yang cukup nyaring.
"Kenapa ni sayang?" Ayana menyeka air mata anaknya yang mengalir deras itu. Matanya menjeling ke arah Faris yang tergelak di belakang bersama budak lelaki dalam dukungannya.
"Daddy nak campak Airis dalam air!" Dia menangis. Marah benar nampaknya dekat daddy dia.
"Daddy gurau sayang. Come, let me hug you. I'm sorry." Faris terus memeluk anaknya itu. Di usap belakang badannya supaya tangisan anaknya reda. Alahai, anak daddy. Manja macam mummy dia!
Ayana menggeleng kepala. Faris kalau tak menyakat, tak sah!
"Abang, jomlah balik. Dah lewat ni." Ayana bangun, pasir yang melekat pada baju dan seluarnya ditepuk.
"Tudung Adra pun dah teruk." Ujar Ayana lagi. Dia membetulkan sedikit tudungnya yang terselak ditiup angin tadi.
"Mana ada. Abang tengok cantik je. Mummy cantik tak anak-anak daddy?"
"Tantik!" Aariz yang berusia tiga tahun bersuara.
"Cantik! Macam princess!" Kuat Airis bersuara. Ayana tergelak kecil. Pipi anaknya dicium.
"Terima kasih, abang, Aariz dengan Airis. Jom balik, mummy nak masak sup ayam favourite semua!"
Bersinar-sinar mata Airis dan Aariz mendengarkan ayat Ayana itu. Sup ayam kegemaran anak-anaknya dan Faris. Teruja betul tiga beranak itu.
"Jom!" mereka bersorak riang.
FARIS menutup pintu bilik anaknya perlahan-lahan, tidak ingin mengejutkan anaknya yang baru saja ingin melelapkan mata. Ketika dia menapak untuk masuk ke bilik, dia ternampak kelibat Ayana di hujung tangga, sedang menunggunya.
"Sayangku Adra." Faris memanggil.
Tangannya dihulur ke arah Faris dan Faris menyambut tangan Ayana itu, memimpin isterinya untuk masuk ke dalam kamar mereka.
"Anak-anak dah tidur?" Faris hanya mengangguk. Tangan lincah membukakan tudung sarung yang di pakai isterinya.
"Cantik isteri abang pakai tudung." Ayana tersipu malu. Sudah lama sejak dia mula berhijrah memakai tudung, mula patuh pada perintah Allah yang satu itu.
Solat pun belum pernah lagi dia tinggalkan semenjak dia berkahwin kecuali di waktu uzur. Untuk itu, dia berterima kasih kepada Allah kerana telah meminjamkan insan yang bernama Faris Syauqi untuk menjadi imam dalam hidupnya, sentiasa membimbing dia untuk lebih dekat dengan Sang Pencipta.
"Abang, esok kita pergi rumah Nadim nak? Medina ajak makan tengahari sama-sama, boleh?" Ayana memujuk. Sudah lama tidak berjumpa dengan isteri Nadim.
Setahun yang lepas, Nadim sudah pun mendirikan rumah tangga bersama seorang wanita yang sudi menjadikan dia suami dan sudi menjadi ibu kepada Nadhir. Nur Medina, guru tuisyen Nadhir yang sudah berjaya menambat hati Nadim. Selepas setahun mereka berkenalan, berakhir juga ke jinjang pelamin.
"Boleh. Nadhir mesti suka jumpa Airis." Nadhir yang sudah berusia 11 tahun itu begitu gembira setiap kali dia berjumpa Airis. Mesti dia akan ajak Airis bermain bersamanya dan selalu menjaga dua beradik itu seperti adiknya sendiri.
YOU ARE READING
𝐌𝐘 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐘 𝐀𝐃𝐑𝐀 (𝐂)
RomanceSejak dipertemukan dengan lelaki sekacak dan setampan Faris Syauqi, hidup Ayana Adra terus berubah. Siapa sangka pertemuan pertama mereka akan melahirkan bibit-bibit cinta. "You still manage to make me starstruck by looking at you every day, sweety...