"AIRIS, anak mummy." Ayana menutup mulut si kecil yang sedang menguap itu. Hilang rasa penat apabila anak sulungnya itu akhirnya tidur selepas lama meragam.
"Kesian anak mummy. Tak sihat ya?" Airis menyoal anaknya. Punggung kecil itu ditepuk-tepuk perlahan. Alunan zikir yang dipasang di TV membuatkan Airis Falina semakin lena diulit mimpi. Airis Falina, cinta hati mereka kini sudah berusia tujuh bulan.
"Assalamualaikum." Ayana mendongak memandang ke arah pintu. Kelihatan Faris melangkah masuk dengan beg dan kot di tangan. Ayana menjawab salam lalu mencium tangan suaminya. Tangan menanggalkan tali leher yang membelit leher Faris.
"Sayang? Airis kenapa?" Faris mencium ubun-ubun si isteri. Tangan pula naik menyentuh dahi anak daranya. Rasa suam-suam, tidak terlalu panas.
"Anak kita tak sihat ke?" Ayana mengangguk.
"Lepas tengahari, tiba-tiba dia meragam. Itu tak nak, ini tak mahu. Bila pergi klinik, doktor cakap dia demam."
"Sayang pergi klinik bawa Airis dengan siapa?"
"Sendiri." Sepatah Ayana menjawab, menunduk dari memandang mata Faris yang sedang menatapnya tajam.
"Kenapa tak bagitahu abang sayang? Kenapa pergi sendiri?"
"Ayana tak nak kacau abang." Pipinya di elus lembut oleh jari kasar milik Faris. Faris mengeluh, di dongakkan wajah itu dengan jarinya.
"Sayang, bila melibatkan hal kesihatan dan keselamatan anak isteri abang, tak ada istilah 'kacau' atau 'ganggu'. Kacau, ganggulah abang kalau melibatkan hal-hal macam ni. Abang risau sayang. Kalau sayang call abang tadi, abang akan terus balik. Tak kisahlah sesibuk mana pun, abang akan datang. So, please. Jangan buat lagi macam ni, please sweety?" Faris memeluk tubuh isterinya. Apabila pelukannya dibalas, dia tersenyum.
"Adra minta maaf, abang. Adra janji tak buat lagi." Ayana berbisik.
"Thank you, sweety." Faris memandang ke arah Airis pula. Alahai. Kesian anak daddy.
"Sayang dah masak?" Ayana gigit bibir. Dia terlalu sibukkan Airis sehingga dia lupa untuk sediakan makan malam mereka. Melihat reaksi Airis, Faris mengerti.
"Tak apa. Hari ni, giliran abang masak. Abang masak tomyam nak?"
"Nak!" Laju Ayana menjawab. Terus kecur liurnya mendengar nama makanan kegemarannya itu. Faris mengusap lembut rambut isterinya.
"Kiss abang dulu." Faris mengusik.
"Gatalnya!"
"No kiss, no tomyam." Faris sengih gatal. Ayana berdecit. Sekali pintas saja bibirnya mengucup bibir suaminya kemudian dia memandang tajam wajah itu.
"Jangan lebih-lebih. Anak tengah sakit awak jangan nak buat hal." Ayana memberi amaran, terus meletus tawa Faris.
"Ingat nak bagi Airis kawan." Faris senyum penuh makna. Ayana pula sudah mencubit lengan Faris, bukannya dia tak tahu maksud tersirat lelaki itu.
"Aduh! Sayang! Janganlah cubit." Faris mengaduh. Sepit ketam isterinya inilah kelemahan dia. Berbisa!
"Gurau sikit pun tak boleh." Faris mencuit hidung Ayana lalu berlalu meninggalkan ruang tamu. Dia ke dapur, ingin memasak sebelum dia membersihkan diri. Lengan panjang kemejanya di singsing sehingga ke siku.
"Nak Adra tolong?" Ayana menjengah.
"Boleh." Faris meletakkan bahan-bahan di atas kitchen island.
"Tolong blah." Sambung Faris lagi, mencuka terus wajah Ayana. Ish!
"Nak kena cubit lagi ke?" Ayana meletakkan sepit ketamnya di sisi pinggang Faris.
"Eh! Jangan. Tak baik buat suami macam tu. Tak perlu tolong abang, sayang. Adra tolong jagakan anak kita je." Faris menyarung apron di tubuhnya.
"Betul ni?"
"Betul, baby."
"Yakin?"
"abang yakin 100% cinta hati abang. Jagakan kesayangan kita sementara abang masak." Dia melagakan hidung mereka kemudian mereka tersengih.
USAI meletakkan Airis di dalam baby cot, Faris mendekati Ayana yang sedang menunggunya di katil. Dia baring di tepi isterinya itu dan meletakkan kepala Ayana di atas lengannya lalu pinggang ramping itu ditarik rapat ke tubuhnya.
"Abang."
"Hmm?"
"Pasal apa yang abang cakap petang tadi tu..."
"Pasal apa, sweety?" Faris memandang wajah Ayana.
"Pasal nak bagi Airis kawan." Ayana berbisik.
"Kenapa sayang?" Semakin pelik pula dia melihat Ayana yang seakan ragu-ragu itu.
"I have something to tell you." Ayana merapati wajah Faris, telinga suaminya itu menjadi tempat dia meluahkan sesuatu.
Terbuntang mata Faris. Dia menatap Ayana seakan tak percaya dengan apa yang dia dengar.
"Betul?" Ayana angguk.
"Berapa lama dah?" Spontan tangan dia menyentuh perut leper Ayana.
"Dua bulan?" Faris mengukir senyuman dan dikucup dahi isterinya itu. Alhamdulillah. Berita yang diterima amat mengembirakan hatinya.
"Abang okay ke?" Ayana menyoal. Tangannya turut memegang tangan Faris yang berada di perutnya.
"Kalau sayang okay, abang okay. Ini rezeki Tuhan, sayang."
"Tapi Airis tak sampai setahun lagi." Ayana mengomel. Tak sangka pula dia akan berbadan dua secepat ini. Patutlah dua tiga hari ni dia kerap rasa mual-mual.
"Nak buat macam mana, benda dah jadi. Accident." Faris ketawa.
"Gelaklah. Masa Adra bersalin nanti, abang yang pengsan tengok darah banyak sangat." Perli Ayana. Mati terus tawa suaminya itu.
Teringat sewaktu Airis dilahirkan, Faris ada bersama di dalam bilik bedah itu. Tiba-tiba saja dia pengsan apabila dia melihat darah yang begitu banyak keluar. Buat malu saja apabila dia menjadi bahan usikan doktor dan jururawat.
"Jangan ungkitlah." Faris mencebik. Dipeluk erat tubuh isterinya itu. Airis ketawa.
"Tak sangka Airis bakal dapat adik." Ayana menggeselkan hidungnya pada dada bidang Faris. Wangi. Faris hanya senyum, tangan tak berhenti dari mengusap perut itu.
"Membesar dengan sihat anak daddy dan mummy."
"Abang, ada bau tak?" Faris cuba menghidu, ada bau yang agak menyengat. Airis ketawa di dada bidangnya.
"Malam ni, turn abang." Faris garu kepala.
Airis berak rupanya!
YOU ARE READING
𝐌𝐘 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐘 𝐀𝐃𝐑𝐀 (𝐂)
RomanceSejak dipertemukan dengan lelaki sekacak dan setampan Faris Syauqi, hidup Ayana Adra terus berubah. Siapa sangka pertemuan pertama mereka akan melahirkan bibit-bibit cinta. "You still manage to make me starstruck by looking at you every day, sweety...