BAB 7

866 48 0
                                    

"AYANA, tolong buatkan Tiger Prawn Aglio Olio and Mac and Cheese. Order from in-house guest."

"Yes, chef!"

Arahan daripada cef Hairi diterima Ayana. Sudah sebulan dia berada di sini, dia sudah dapat membiasakan diri dengan persekitaran dan kesibukan bekerja di bahagian dapur hotel. Pekerja di sini semuanya melayan dia dengan baik memandangkan dia satu-satunya pelajar intern perempuan di situ.

Ada masa dia akan berada di dapur, ada masa dia akan berada di restoran, memasak untuk tetamu di situ setiap kali waktu operasi restoran berlangsung. Dalam sebulan itu juga, hanya beberapa kali saja Faris datang menjenguknya atas alasan hendak membuat 'inspection'.

Setiap kali waktu cuti, mereka berdua akan meluangkan masa bersama. Pergi galeri, pergi beriadah, pergi melawat Falisha dan kucing-kucing atau ke taman-taman bunga. Pada pandangan Ayana, Faris lebih suka untuk berjumpa dengannya walau penat macam mana sekalipun. Bak kata Faris, masa yang ada patut di luangkan bersama. Quality time.

Ayana meletakkan kedua-dua hidangan yang dibuatnya tadi ke atas pinggan dan di hias cantik. Setelah berpuas hati, dia menyuruh pekerja di bahagian restoran untuk menghantar makanan tersebut ke bilik tetamu mereka.

"Ayana, pergi rehat. Dah pukul 12." Arah cef Hairi lagi.

"Baik, terima kasih cef." Ayana tersengih lebar. Memang dia mahu minta untuk berehat pun sebab perutnya sudah lama berbunyi. Dia berdiri di hadapan lif, mata fokus kepada telefon. Melihat kawan-kawannya di universiti memuat naik gambar mereka sepanjang latihan industri berlangsung. Dia pula cuma memuat naik gambar makanan saja.

"Ayana Adra." Ayana terus mengangkat muka apabila suara garau itu memanggil namanya. Faris sedang bersandar pada pintu lif, sebelah tangan di selukkan ke dalam kocek seluar, mata tekun melihatnya.

"Nak pergi lunch ke?"

"Ya, Tuan Faris." Jawab Ayana ringkas. Walaupun hanya mereka berdua saja yang berada di situ, Ayana masih mahu mengekalkan sikap profesionalnya. Risau di ketahui staf lain nanti.

"Lunch with me, please?" Faris memujuk. Ayana jungkit kening.

"Dekat mana?" Soalnya.

"In my office." Terbuntang mata Ayana. Biar betul nak makan dalam office dia? Buatnya ada staf lain tengok nanti macam mana?

"Don't worry. There's no one there." Lagi Ayana rasa takut hendak setuju. Tak ada orang? Maknanya mereka berdua je?

"Tak nak tak apa, Adra. Awak tolak je. Jangan buat muka macam tu." Sedih suara Faris seakan merajuk. Dia sudah sedia hendak menekan butang lif untuk naik ke tingkat atas tapi di halang oleh Ayana. Mujur pintu tak sempat tertutup lagi.

"Jom, sayang." Ayana pandang kiri kanan. Nasib baik tak ada orang. Ayana terus melangkah masuk ke dalam lif. Faris tersenyum kemenangan.

"Nakal juga awak ni." Faris berdiri di sebelahnya. Sebelah tangan masuk ke dalam poket seluar, sebelah lagi memegang telefonnya. Sesekali dia akan menjeling ke arah Ayana yang hanya tinggi separas bahunya itu. Comel.

"Tengoklah siapa ajar." Selamba Ayana menjawab mengundang tawa Faris.

Ting!

Mereka keluar dan berlalu masuk ke dalam pejabat Faris. Betul cakap lelaki itu, tiada seorang pun staf yang berada di situ sekarang. Hanya mereka berdua.

Ayana mengambil tempat di atas sofa. Dia melihat ada dua pinggan spaghetti carbonara sudah tersedia diatas meja di tengah-tengah pejabat itu. Faris pergi ke meja kerjanya dan dia mengambil sekotak kek red velvet bersaiz kecil dan di bawa kepada Ayana. Ayana terkesima.

"Happy birthday to you"

"Happy birthday to you"

"Happy birthday to my sweety"

"Happy birthday to you"

"Selamat hari lahir cinta hati saya." Lembut senyuman Faris ketika itu. Nyanyian kecilnya berjaya membuat Ayana terdiam dan menangis?

Ayana menyeka air mata yang mengalir di pipinya. Dia tersenyum. Jujur dia sendiri tidak ingat akan hari lahirnya. Terlalu sibuk dengan kerja sehingga dia lupa. Ayana meniup lilin yang berada di atas kek kemudian dia menepuk tangan, gembira seperti seorang kanak-kanak.

"Awak tak perlu pun buat macam ni, Faris." Ujar Ayana. Memang dia suka kejutan begini tapi dia risau dia dah menyusahkan orang itu.

Faris meletakkan kek itu di atas meja. Sapu tangan yang berada di kocek seluar bahagian belakang di ambil lalu dia menyeka sisa air mata Ayana.

"No worries, sweety. Saya sendiri yang nak buat. Saya nak sambut hari gembira ni dengan orang yang saya sayang. Saya sanggup susahkan diri saya semata-mata nak tengok awak senyum, Adra." Jujur Faris. Nampaknya rancangan dia berhasil. Ayana suka dengan kejutan dia.

"Terima kasih, awak." Faris tidak menjawab tapi dia hanya memandang ke arah Ayana, tidak berhenti senyum dari tadi. Ayana turut senyum. Makin kacak kekasih hatinya sekarang ni.

"Makanlah. Nanti sejuk. Sorry, saya dah bazirkan 20 minit masa rehat awak." Perlahan suara Faris menyapa telinganya. Ayana menggeleng.

"Tak apa. Lagi pun 20 minit saya yang terbazir tadi amat berharga untuk saya. Saya bersyukur sangat. Terima kasih, sayang." Ayana membalas. Faris diam, dalam hati sudah berdebar-debar apabila Ayana memanggilnya sayang. Suka sangat!

"Aaaa... Saya nak suap awak." Faris sudah bersedia untuk menyuapkan spaghetti itu ke dalam mulut Ayana.

"Tak payahlah. Saya boleh makan sendiri." Malu-malu Ayana dibuatnya.

"Please?" Faris sudah mula memujuk. Mulutnya dicebikkan. Ayana sendiri tak faham. Mudah benar hatinya cair apabila melihat Faris memujuknya. Terus dia membuka mulut dan spaghetti itu selamat masuk ke dalam perutnya.

"Sedap!" Komen Ayana.

"Really? Saya yang masak tadi." Terbuntang biji mata Ayana. Bos besar hotel ini masak untuk dia? Perlu ke dia rasa terharu dan bangga? Ya, perlu!

"Rasa kek pula." Faris menyuapkan kek yang sudah di potong kecil itu ke dalam mulut Ayana. Ayana memejamkan matanya, terasa nikmat seketika.

"Ini pun sedap. Awak buat juga?" Soal Ayana. Mulut masih mengunyah kek itu. Kepalanya digoyang-goyangkan menandakan dia suka dan gembira.

"Yes, sweety. Semua saya yang buat. Saya turun sendiri ke pastry kitchen tadi. Sampai semua staf pandang peliklah dekat saya." Faris tergelak.

"No wonder." Perlahan suara Ayana. Menimbulkan tanda tanya Faris.

"No wonder what?"

"No wonder this cake tastes so sweet, because it is sweet like your words." Ayana melemparkan senyuman. Faris turut membalas senyumannya.

"Now I regret teaching you those corny and cheesy stuff." Faris bersuara.

"Why?"

"Because you're getting sexier with those cheesy lines and your naughty smile." Ayana menyeringai suka, pada masa yang sama terasa lucu apabila mereka saling mengusik begini.

"Lama-lama saya duduk dengan awak ni boleh terkena kencing manis tahu tak? Manis mengalahkan gula." Ayana meneruskan suapannya.

"Kalau awak kena kencing manis, saya ada sakit hati tahu tak?" Serius suara Faris.

"Kenapa pula?" Berkerut dahi Ayana.

"Awaklah puncanya. Nama awak dah terpahat di hati saya." 

𝐌𝐘 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐘 𝐀𝐃𝐑𝐀 (𝐂)Where stories live. Discover now