BAB 22

977 40 0
                                    

PUSING kiri tak boleh lena, pusing kanan tak selesa. Ayana mengeluh kecil. Sejak mengandung ni, dia kerap rasa tak selesa untuk tidur. Dia penat, dia letih. Dia kurang tidur membuatkan dia selalu rasa penat di waktu siang.

Ayana bangun, menyandarkan tubuh pada kepala katil. Dia menoleh melihat Faris yang sedang nyenyak tidur di sebelah, tangan sasa milik lelaki itu melilit badannya. Terbit rasa cemburu kerana lelaki itu dapat melelapkan mata dan tidur dengan aman tapi dia harus menanggung rasa tidak selesa dan sakit di pinggang.

Mulalah air mata dia bertakung di tubir mata. Ini lagi satu perangai yang dia tidak suka sejak di sahkan berbadan dua. Emosi mudah berbolak-balik. Dia cepat rasa marah, cepat juga rasa ingin menangis. Kadang-kadang tanpa sebab pun dia boleh menangis.

Air mata yang sudah mula mengalir itu di kesat dengan belakang tapak tangannya. Bibir di kemam kuat, tidak mahu tidur Faris terganggu mendengarkan esakannya.

"Baby, jangan buat mummy macam ni. Mummy nak tidur." Ayana berbisik pada anaknya yang masih berada dalam kandungan. Tangan mengusap lembut perutnya yang semakin jelas kelihatan itu.

Hendak mengeluh lama-lama pun tidak boleh. Ini anak dia. Rezeki daripada Allah juga. Sakit yang di tanggung sekarang, mungkin akan bahagiakan hidup dia dan Faris selepas ini. Anak juga pembawa rezeki. Dia hanya mampu bertahan dan berdoa agar anak dia membesar dengan sihat menjadi anak yang taat pada ibu bapanya.

Ayana memejam mata saat dia teringinkan sesuatu tengah-tengah malam ini. Sekali lagi air mata dia mengalir. Dia tak mahu menyusahkan Faris. Dia kerap kali menyuruh Faris untuk memuaskan semua rasa mengidam dia. Selalunya dia akan mengidam sesuatu yang Faris mampu buat atau masakkan tapi kali ini, dia mengidam sesuatu yang lain.

"Sayang Faris." Suara garau itu menyapa pendengarannya. Ayana tersentak. Terus dia melihat ke arah Faris yang sudah duduk bersandar di sebelahnya, dengan wajah yang mamai.

"Kenapa sayang? Tak boleh tidur? Sakit pinggang? Mengidam?" Soal Faris dengan suara serak basahnya. Dia cukup faham sekiranya Ayana terjaga tengah-tengah malam, pasti wanita itu mahukan sesuatu.

Ayana menatap wajah suaminya bersama cebikan di bibir. Air mata yang mengalir di seka lembut oleh Faris. Dahinya di kucup, menyalurkan kehangatan kepada isterinya.

"Bagitahu abang, Adra nak apa?" Tangan lelaki itu mengurut bahagian pinggang Ayana.

"Adra tak nak menyusahkan abang." Bisik Ayana perlahan. Mulut kata lain, tapi dalam hati kata lain.

"It's okay, sweety. Just tell me."

"Adra nak tengok sunrise." Ujarnya. Faris hanya mengangguk.

"That's not a big deal. Dekat mana? Melaka? Negeri Sembilan atau Bagan Lalang je?"

Ayana gigit bibir. Serba salah hendak memberitahu. "Cherating."

Terbeliak mata Faris mendengarnya. Cherating? Pahang? Terus matanya memandang ke arah jam digital yang berada di atas laci. Satu pagi.

"Are you sure, sweety?"

"Adra tak nak susahkan abang."

"Hey, look at me."

Faris menekup wajah isterinya lalu di tatap mata cantik yang sudah bergenang air matanya itu.

"Adra tak menyusahkan abang. Sama sekali tidak. Abang sanggup buat apa saja untuk bahagiakan Adra. Abang nak tengok Adra bahagia. Now, pergi tukar baju, sementara tu abang nak pack baju sikit. Kita bertolak in 30 minutes."

Tersenyum lebar Ayana mendengarkan ayat Faris itu. Tubuh Faris terus dipeluknya erat lalu di kucup bibir lelaki itu sekilas.

"Terima kasih, abang. Adra sayang abang sangat-sangat." Ucap Ayana teruja. Dia bergegas bangun dari katil dan menuju ke walk-in closet miliknya.

𝐌𝐘 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐘 𝐀𝐃𝐑𝐀 (𝐂)Where stories live. Discover now