AYANA mengesat peluhnya dengan belakang tapak tangan. Perutnya sudah terasa senak. Dia letih. Dia tak mampu untuk menyaingi Faris yang sudah jauh ke depan darinya. Dia terus berhenti berlari lalu berjalan setempat saja. Nafas ditarik melalui mulut dan dihembuskan ikut hidung.
Faris yang sedar Ayana tidak lagi berada di belakangnya terus memalingkan muka ke belakang. Terbeliak matanya melihat Ayana yang sudah duduk di atas bangku sambil meneguk air dengan rakus. Terus dia berpatah balik dan berlari ke arah Ayana.
"Aik? Tak larat dah?" Faris mengejek. Ayana menayangkan wajah cemberut.
"Selalu kita lari tiga kilo, harini awak ajak saya lari lima kilo. Saya tak larat." Ayana peluk tubuh. Faris pula sudah tersengih. Dia mematikan timer pada Apple Watch miliknya.
"Sekali sekala cabar diri tu untuk buat lebih dari kemampuan kita. Lama-lama biasalah." Faris meregangkan ototnya selepas melakukan larian. Ayana turut bangun untuk melakukan benda yang sama. Memang ini rutin mereka setiap hujung minggu. Mujur di taman itu ada tandas awam yang bersih dan menyediakan tempat mandi. Mudah untuk mereka membersihkan diri dan menukar pakaian.
Ayana tidak lagi berlari di gym kediamannya. Dia lebih suka berlari di luar, menghirup udara pagi yang segar. Matanya memandang sekilas pada otot-otot lengan Faris yang terdedah memandangkan lelaki itu memakai jersi tanpa lengan dan seluar track paras bawah lutut. Look at the biceps!
"Saya tak larat. Saya lemah." Ayana masih dengan lagak comelnya. Faris menggeleng. Comel-comel nak ke mana?
"Dah. Jom, bersihkan diri lepas tu kita pergi tempat lain." Faris mengambil air mineral dan diteguknya separuh.
"Nak pergi mana?" Polos Ayana bertanya. Faris jungkit kening.
"Awak lupa? Awak cakap nak pergi tengok Leo." Faris cekak pinggang. Ayana terus membulatkan mulutnya.
"Saya lupa! Hehe." Dia garu kepalanya yang tidak gatal. Sudah lama dia tak berjumpa dengan kucing itu. Selalunya Faris akan menghantar gambar atau video dia bermain dengan Leo saja. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.
"Tapi, kalau saya ikut awak tengok Leo, maksudnya..." Malu untuk Ayana cakap. Dia memandang ke tempat lain. Faris senyum gatal.
"Kenapa? Takut kita berdua je dalam rumah tu?" Ayana mencebik. Tubuh Faris di pukulnya dengan botol air. Faris gelak, geli hati melihat kecomelan Ayana.
"Jangan risaulah. Leo ada dekat rumah family saya. Saya bawa awak balik rumah family saya tak apa kan?" Mati terus pukulan Ayana.
"Rumah family awak? Tapi, saya tak bawa baju cantik. Makeup pun ada bedak dengan lip balm je." Ayana sudah gelisah. Kenapa Faris tak cakap awal-awal? Takkan dia nak berpakaian biasa je depan keluarga Faris? Sudahlah dia hanya bawa baju turtleneck dan skirt labuh paras betis saja.
"Awak pakai apa pun tetap cantik, sweety. Mummy bukannya suka judge penampilan orang pun. Asalkan orang tu kemas." Mudah Faris berbicara tapi tidak bagi Ayana.
"Sweety, listen. Awak jangan rasa yang awak ni tak cantik. Awak cantik, sentiasa cantik. Baju yang awak bawa ni sesuai je, tak ada yang teruk pun. Bukannya baju awak koyak pun kan? Trust me, you will look beautiful in everything you wear." Faris cuba meyakinkan Ayana. Mendengarkan ayat lelaki itu, Ayana hanya mengangguk. Betul. Dia mungkin terlalu risaukan persepsi orang tentang penampilannya. Asalkan dia masih berbaju dan nampak kemas, orang takkan mengata.
"SAYA terbasahkan rambut saya tadi. Belum kering lagi, macam mana nak ikat rambut?" Ayana memegang rambutnya yang basah.
Faris mencapai sesuatu di tempat duduk belakang lalu dihulurkan kepada Ayana.
YOU ARE READING
𝐌𝐘 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐘 𝐀𝐃𝐑𝐀 (𝐂)
RomanceSejak dipertemukan dengan lelaki sekacak dan setampan Faris Syauqi, hidup Ayana Adra terus berubah. Siapa sangka pertemuan pertama mereka akan melahirkan bibit-bibit cinta. "You still manage to make me starstruck by looking at you every day, sweety...