BAB 16

850 40 1
                                    

FARIS menutup iMac dan mengemas dokumen-dokumen yang berterabur di atas mejanya. Jam di dinding di kerling sekilas. Sudah pukul sembilan malam. Patutlah perut dia tak henti-henti berkeroncong dari tadi.

Tali leher dibuka, lengan kemejanya di lipat sehingga ke siku. Rambut yang sudah serabai pun dibetulkan sedikit biar terurus. Dia mencapai briefcase dan telefonnya sebelum berlalu keluar dari ruang pejabat miliknya.

Matanya tertancap pada cahaya kecil yang menerangi satu meja kerja di aras itu. Hatinya dilanda risau. Perlahan-lahan kakinya melangkah menuju ke meja itu. Melihatkan susuk tubuh itu yang masih tekun membuat kerja, terus dia dihurung rasa bersalah.

"Adra." Panggilnya perlahan.

Ayana terkejut apabila namanya diseru. Melihatkan Faris berada di situ, dia menarik nafas lega. Ingatkan siapalah.

"Tuan tak balik lagi?" Ayana menyoal. Walaupun masih terasa hati tapi dia tetap mengambil berat akan majikannya itu.

"Saya baru nak balik. Awak kenapa tak balik lagi?" Faris mendekati Ayana. Tubuhnya berada di belakang kerusi gadis itu lalu dia menjenguk untuk melihat hasil kerja Ayana yang sudah separuh siap. Ayana mengecilkan tubuhnya. Walaupun hari sudah lewat, wangian Versace Eros itu masih kuat melekat di tubuh Faris.

"Saya nak betulkan kesalahan saya." Mata fokus memandang ke arah komputer.

"Memang saya suruh betulkan tapi saya tak suruh awak balik lambat, Adra." Faris mengeluh. Kesian pula dia tengok Ayana.

"Kalau tak siapkan hati saya tak tenang." Laju Ayana memotong.

"Adra, sambung esok. Saya pernah cakap kan saya tak suka student internship balik lambat." Ayana diam. Faris menutup komputer itu lalu fail di tangan Ayana di tutup. Ayana terus menoleh memandang ke arah Faris.

"Saya minta maaf, Adra. Saya tinggikan suara dekat awak. Saya tak patut pun tapi saya tak boleh berlembut hati sebab awak gatal tangan usik benda yang awak tak tahu. Kalau awak tak tahu, awak tanya. Bukan buat-buat tahu. Awak baru lagi, Adra. Banyak yang awak kena belajar. Awak tahu awak tak berapa mahir jadi ringankan mulut bertanya, minta tolong orang yang lebih pandai. Awak boleh tanya staf lain, awak boleh tanya saya tapi awak buat keputusan untuk selesaikan sendiri. Saya sayang awak, Adra tapi bila melibatkan hal kerja macam ni, saya serius. Kalau awak terasa hati dengan kata-kata saya, saya minta maaf sangat-sangat, sayang." Lembut Faris memujuk. Dia tak mahu gadis itu bermasam muka dengannya. Dia jadi serba salah dan tak senang duduk memikirkan keadaan Ayana selepas itu.

Ayana menundukkan kepalanya. Dia tarik senyum nipis.

"Saya yang patut minta maaf sebab buat benda tanpa tanya sesiapa. Saya yang memandai. Disebabkan saya, awak tanggung malu dalam mesyuarat. Memang saya terasa hati sikit tapi saya sedar, buat apa saya nak terasa hati kalau memang salah saya? Jadi, saya rela bertanggungjawab atas apa yang dah jadi." Faris tersenyum mendengarkan ayat Ayana itu. Cukup matang jawapan yang diberikan padanya.

"Sebelum saya marah awak, saya dah tengking dulu staf yang pandai-pandai letak fail tu atas meja awak. Rupanya dia memang sengaja nak kenakan awak. Dia kena gantung kerja dua minggu. Nasib baik saya tak buang dia sebab dia ada potensi dalam hotel ni." Terang Faris. Bernanah telinga itu mendengar aduan dari staf lain yang mengatakan lelaki itu sengaja mahu mengenakan Ayana. Terus dia basuh lelaki itu dengan tazkirah.

Ayana pula dia marah sebab ingin bagi pengajaran tapi lain pula jadi sebab dia ikutkan emosi semasa bagi tazkirah sebelum itu. Ayana pula sudah terkebil-kebil. Jadi sebenarnya bukan salah dia 100% kan?

"Lagi satu, awak tak payah buat dah kerja tu. Saya dah suruh staf lain untuk take over. Dah siap dah pun." Faris memandang ke arah Ayana yang sudah berkerut wajahnya.

𝐌𝐘 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐘 𝐀𝐃𝐑𝐀 (𝐂)Where stories live. Discover now