FARIS menanti dengan penuh sabar tetamu kehormatnya di bilik pejabat. Pen yang dipegang di ketuk di atas meja. Tegang wajahnya. Kepala tak henti-henti memikirkan tentang apa yang Ayana ceritakan padanya kelmarin.
"Siapa yang cabul awak Adra?"
"Mat dengan Sufi dari Maintenance Department."
"Bila, Adra?" Keras suara Faris menyoal.
"Empat hari lepas. Tapi dia orang bukannya cabul betul-betul pun. Dia orang pegang-pegang saya je."
"Pegang-pegang pun, dia orang tak ada hak untuk buat macam tu dekat awak. Hari ni pegang-pegang, esok lusa?" Naik seoktaf suara Faris. Ayana sudah menunduk.
Tok! Tok!
"Masuk." Faris duduk tegak di mejanya. Pintu dibuka oleh pembantunya, Yumi di ikuti dua orang lelaki di belakangnya.
"Tuan, ini Mat dan Sufi yang tuan suruh saya panggilkan." Kata Yumi.
"Thanks, Yumi. You may go now." Yumi hanya mengangguk sebelum dia meninggalkan majikannya dengan dua orang pekerja itu sendirian.
Faris memandang tajam ke arah Mat dan Sufi yang menunduk ke bawah. Takut melihat muka dingin majikan mereka itu.
"Awak tahu kenapa saya panggil awak berdua ke sini?" Tenang suara Faris.
"Tak tahu tuan." Jawab mereka serentak.
"Tak tahu? Kalau tak tahu, saya akan ingatkan awak berdua. Saya dapat aduan dari pelajar internship, awak berdua ada buat benda yang tak senonoh dekat dia. Betul?" Faris mula bangun. Dia berjalan dan duduk di atas meja kerjanya.
Mat dan Sufi membatu. Tidak tahu mahu memberi jawapan apa. Faris masih sabar menanti.
"Tak tahu? Ke tak ingat? Kalau tak ingat, saya tunjuk satu video bagi kamu ingat." Laptop yang berada di atas meja dihalakan kepada mereka. Satu video rakaman CCTV di tayangkan kepada mereka, membuntang mata mereka berdua. Peluh sudah mengalir, jantung pula sudah laju berdegup kencang.
Dalam video itu, jelas kelihatan Mat dan Sufi yang sedang mengganggu Ayana ketika Ayana tersalah turun di aras Lower Ground 2. Aras itu memang akan selalu sunyi. Tak banyak pekerja yang lalu di kawasan itu. Kebetulan Mat dan Sufi berada di situ untuk membetulkan lampu yang sudah rosak, terus mereka mengacau Ayana dan menyentuh di tangan, paha, rambut dan pinggang Ayana tanpa rela.
Mujur Ayana cepat melarikan diri selepas menyepak kaki mereka berdua dan lari dengan menggunakan tangga.
"Ingat? Ingat ke tidak?!" Jerkah Faris. Mereka berdua tersentak.
"Ingat, tuan." Perlahan suara mereka. Nampaknya tembelang mereka sudah pecah. Sesuatu yang buruk bakal menimpa mereka.
"Baguslah kalau ingat. Kalau lupa tadi, aku dah pasang niat nak hentak kepala kau orang berdua!" Terkejut mereka berdua melihat Faris yang sudah bertukar bengis. Tak pernah mereka melihat majikan mereka begini.
"Kami minta maaf, tuan." Sufi bersuara.
"Benda dah kantoi, memanglah minta maaf sebab terang-terang muka kau orang yang ada dalam video ni. Kalau tak kantoi, kalau mangsa tak buka mulut, agaknya ada kau orang datang minta maaf? Kau orang lagi sukakan, sentuh-sentuh anak dara orang?" Sindir Faris, tajam bagaikan pisau yang membelah dada.
"Aku tanya kau Mat, kau ada anak perempuan?" Faris mendekati mereka. Seorang pun tidak berani mengangkat muka memandangnya. Pengecut.
"A-ada, tuan." Tergagap Mat menjawab.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐌𝐘 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐘 𝐀𝐃𝐑𝐀 (𝐂)
Roman d'amourSejak dipertemukan dengan lelaki sekacak dan setampan Faris Syauqi, hidup Ayana Adra terus berubah. Siapa sangka pertemuan pertama mereka akan melahirkan bibit-bibit cinta. "You still manage to make me starstruck by looking at you every day, sweety...
