BAB 18

866 45 0
                                    

TUBUH di hempaskan ke atas katil. Penat betul rasanya sejak kebelakangan ini. Fikirnya, bakal pengantin tak adalah sesibuk ini sebelum hari pernikahan. Rupanya terlalu sibuk. Banyak perkara yang perlu di uruskan supaya majlis berjalan lancar.

Ayana termenung melihat siling biliknya. Sudah terbayang-bayang dirinya akan duduk di atas pelamin sambil di saksikan orang lain nanti. Tak sabar hendak menunggu hari itu tiba.

Sedar tak sedar, hari pernikahannya bakal berlangsung lusa di rumah keluarganya. Semua persiapan sudah pun di buat. Tinggal malam berinai saja yang akan berlangsung pada malam esok.

Ting!

Ayana melihat telefonnya. Ada pesanan WhatsApp dari Faris. Automatik bibir mengukirkan senyuman. Dia melihat pesanan itu dengan wajah yang berkerut.

'Turun sekejap boleh, sweety? I'm in front of your house.'

Terbeliak mata Ayana. Lekas-lekas dia turun dari katil dan mengintai dari tingkapnya. Faris sedang bersandar pada keretanya, mata tepat memandang ke arah Ayana bersama sengihannya.

Bergegas Ayana menukar pakaiannya. Takkanlah dia mahu turun dengan baju tidur satin, terkejut Faris dibuatnya nanti.

Perlahan-lahan dia turun ke bawah, tidak mahu mengejutkan orang tuanya yang mungkin sudah masuk ke dalam bilik. Belum sempat kakinya ingin menjejak ke pintu rumah, dia sudah di tegur oleh Tuan Yusuf.

"Nak ke mana tu bakal pengantin?" Ayana berpaling untuk melihat ke arah Tuan Yusuf yang sudah bercekak pinggang di meja makan.

"Er... Jumpa Faris sekejap, pa. Dia ada dekat luar." Takut-takut Ayana menjawab.

"Tahu. Dia dah bagitahu papa tadi nak jumpa dengan kamu. Jangan lama-lama. Kamu berdua tu belum halal lagi." Tuan Yusuf bersuara kemudian berlalu pergi ke tingkat atas, ingin masuk ke bilik.

Ayana hanya mengangguk kecil kemudian keluar dari rumah, merapati Faris yang tersenyum melihat ke arahnya.

"Apa Tuan Faris buat dekat depan rumah saya malam-malam ni?" Ayana bersuara sambil tangan memeluk tubuhnya.

"Nak jumpa kekasih hati."

Terus berubah rona wajah Ayana. Terasa berbunga mendengarkan ayat lelaki itu.

"Betul-betullah." Ayana mendengus. Faris pula hanya diam menatap wajah Ayana yang cantik tanpa sebarang solekan itu. Ini bukan kali pertama dia melihat wajah itu tanpa solekan, tapi entah kenapa malam itu Ayana kelihatan begitu cantik sekali. Seri bakal pengantin mungkin.

"Sayang." Panggil Ayana lembut. Boleh mengelamun pula bakal suaminya ini.

"Y-ya?" Tergagap Faris dibuatnya. Berdebar pula rasanya apabila dipanggil begitu. Terasa lain aura pada malam ini.

"Janganlah mengelamun." Ayana bersuara. Di tarik sedikit lengan hoodie yang dipakainya agar dapat menutup telapak tangannya. Angin malam ini terasa sejuk betul. Mungkin hujan akan turun tak lama lagi.

"Sorry. Saya terpana tengok kecantikan bakal isteri saya." Usik Faris. Dia menarik hujung lengan hoodie Ayana untuk duduk di gazebo. Ayana pula hanya menurut saja.

"Saya datang sebenarnya nak tanya awak sesuatu." Faris hanya berdiri. Ayana mendongak untuk memandang Faris yang tinggi lampai itu..

"Tanya apa?"

"Saya nak tahu, awak nak kahwin dengan saya ni sebab awak betul-betul cintakan saya kan? Awak tak rasa terpaksa kan?" Soal Faris dengan laju, senafas saja. Ayana pula sudah tertawa kecil. Geli hati melihat wajah cuak Faris.

𝐌𝐘 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐘 𝐀𝐃𝐑𝐀 (𝐂)Where stories live. Discover now