"AYANA, you can do it!"
Ayana melihat penampilannya pada pantulan cermin tingkap keretanya ketika itu. Kemas dan bersih. Itu yang paling utama. Hari ini merupakan hari pertama dia akan menjalani latihan industrinya selama enam bulan. Berdebar pula rasanya. Tak tahu sama ada gemuruh disebabkan internship atau sebab bos besar hotel itu.
Pagi ini dia perlu berjumpa dengan staf dari bahagian Human Resources untuk menandatangan beberapa dokumen. Ayana melangkah menuju ke kaunter receptionist. Dia menyapa seorang gadis yang manis senyumannya.
"Cik boleh ikut saya." Gadis itu membawa Ayana untuk menaiki lif yang disediakan untuk staf dan mereka naik ke tingkat 26. Mereka berjalan keluar dan berhenti di hadapan pintu pejabat bahagian sumber manusia.
Usai mengucapkan terima kasih pada gadis itu tadi, Ayana mengetuk pintu itu dan melangkah masuk menghampiri seseorang. Tidak lupa salam juga turut diberikan.
"Saya cari Puan Dira. Saya Ayana Adra, student internship yang kena lapor diri hari ini."
"Awak Ayana Adra? Saya Puan Dira. Selamat berkenalan. Jom, saya bawa awak jumpa Tuan Faris, pemilik hotel ni. Dia minta saya untuk hantar awak ke pejabat dia." Tergamam Ayana dibuatnya. Faris nak berjumpa dengan dia?
"Tapi puan cakap saya kena berurusan dengan puan je?" Soal Ayana.
"Memang sepatutnya macam itu pun. Entah kenapa Tuan Faris arahkan saya untuk bawa awak jumpa dia terus. Selalunya, pelajar intern yang lain dia akan serahkan pada saya je. Jangan risaulah, dia tak makan orang." Seloroh Puan Dira.
Ayana hanya mengikut saja langkah kaki Puan Dira untuk ke tingkat 29. Di aras itu di khususkan untuk bilik pejabat Faris, Sales and Marketing Department dan Purchase Department.
Pintu bilik Faris diketuk Puan Dira. Terletak nama Faris dan jawatannya di hadapan pintu itu. Selepas di arahkan untuk masuk, Puan Dira menolak pintu dan mengarahkan Ayana untuk masuk.
"Good morning, Tuan Faris. May I introduce you to Miss Ayana Adra, our new internship student." Ramah Puan Dira menyapa majikannya.
"Morning, Dira. Thank you for introducing her to me. You may leave now." Arah Faris. Mata tak lepas dari memandang wajah cuak Ayana.
"You're welcome, Tuan Faris." Puan Dira terus berlalu meninggalkan mereka berdua di dalam pejabat itu. Ayana masih kaku di tempatnya. Gugup dia rasakan sekarang. Pandangan mata Faris terlalu menakutkan buat dia. Pandangan mata seekor helang yang sedang memburu mangsanya.
"Have a seat, Miss Ayana Adra." Ayana hanya menurut, mengambil tempat di hadapan meja kerja Faris. Sempat dia mengucapkan terima kasih. Mata merenung wajah dingin Faris.
"Welcome to Blue Oasis Hotel, Miss Adra. I'm the owner of this hotel, Faris Syauqi. You can call me Tuan Faris, but sayang pun boleh." Faris ketawa kecil. Geli hati melihat wajah takut-takut Ayana. Ayana pula sudah menjegilkan matanya.
"It's not funny, Tuan Faris." Ujar Ayana kegeraman.
"Siapa cakap kelakar? Saya serius. Nak panggil sayang pun boleh, but only when we're in private like this." Sengaja dibisikkan ayat itu. Ayana mendengus geram.
Semenjak kejadian mereka meluahkan perasaan di taman seminggu yang lepas, mereka membuat keputusan untuk menjadi pasangan kekasih. Sepanjang tempoh seminggu itu, Ayana sudah cukup faham dengan sikap Faris yang sememangnya suka mengusik dan kadangkala manja. Betullah ya orang tua-tua selalu kata, lelaki ni semakin meningkat usia mereka semakin manja.
YOU ARE READING
𝐌𝐘 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐘 𝐀𝐃𝐑𝐀 (𝐂)
RomanceSejak dipertemukan dengan lelaki sekacak dan setampan Faris Syauqi, hidup Ayana Adra terus berubah. Siapa sangka pertemuan pertama mereka akan melahirkan bibit-bibit cinta. "You still manage to make me starstruck by looking at you every day, sweety...