BAB 8

929 43 1
                                    

AYANA melihat penampilannya di dalam cermin. Dress hitam lengan panjang paras betis, make-up nipis, kasut tumit serta beg tangan Chanel berwarna hitam. Rambut di biar lepas cantik beralun. Dia tersenyum sendiri, berpuas hati dengan penampilannya.

Malam ini Faris mengajaknya untuk keluar makan malam bersama sempena ulang tahun kelahirannya. Mulanya Ayana menolak kerana tidak mahu lelaki itu berusah-payah menghabiskan duit untuknya tetapi apabila mendengarkan tempahan restoran sudah pun di buat, dia terpaksa bersetuju.

Bunyi notifikasi WhatsApp membuatkan Ayana segera melihat telefonnya. WhatsApp dari seseorang yang istimewa.

Segera dia melangkah keluar dari rumahnya dan turun ke lobi Starlake Residence

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Segera dia melangkah keluar dari rumahnya dan turun ke lobi Starlake Residence. Dari jauh dia sudah ternampak Faris sedang bersandar pada kereta Lexus LS500 miliknya. Apabila Faris sedar akan kehadirannya, lelaki itu terus berdiri tegak. Mulutnya ternganga kecil, terpegun dan kagum melihat kecantikan Ayana.

"Hi, Mr. CEO." Sapa Ayana bersama senyuman manisnya. Faris berdehem, menghilangkan debaran di dada.

"Hi, sweety. You look so stunning tonight." Jujur Faris. Tak henti-henti dia melihat Ayana yang nampak elegan dengan penampilannya. Ayana tersipu malu bila dipuji.

"Thank you." Ucap Ayana. Faris pun apa kurangnya? Segak mengenakan baju kemeja putih dan di sarung dengan blazer hitam serta seluar slack yang sedondon warnanya. Rambut disikat rapi dengan gel. Handsome!

Faris membukakan pintu bahagian hadapan untuk Ayana, dengan senang hati Ayana memboloskan diri masuk ke dalam kereta. Pintu ditutup dan Faris berjalan pula ke tempat pemandu. Sebelum dia membuka pintu sempat lagi dia menarik nafas bagi menghilangkan debaran yang menyesakkan dadanya.

"Just chill, Faris. You can do this!" Katanya dengan yakin dan membuka pintu keretanya. Selepas memastikan mereka berdua sudah memakai seatbelt, Faris mula memandu keluar dari perkarangan lobi kediaman itu.

Sepanjang perjalanan, hanya kedengaran bunyi radio saja yang memecahkan kesunyian. Masing-masing senyap, menunggu seseorang membuka mulut untuk berbicara. Ayana hanya melihat ke arah jalan raya yang sesak dengan kenderaan. Haruman Versace Eros milik Faris membuatkan Ayana tersenyum sendirian. Tapi senyumannya dapat dilihat Faris dari lirikan matanya.

"Senyum apa, sweety?" Tanya Faris ketika mereka berhenti di lampu isyarat.

"Saya dah lama tak bau Versace Eros ni dekat awak. Lately ni awak pakai perfume lain." Ujar Ayana. Memang dah lama dia ingin bertanya tapi mulutnya terlalu berat untuk menyoal tentang itu. Faris mengangguk faham.

"Awak tahu bau Versace Eros?" Ayana mengangguk.

"Tahu. One of my favourite men's perfumes. Dari kali pertama kita berjumpa, saya dah dapat hidu perfume tu."

𝐌𝐘 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐘 𝐀𝐃𝐑𝐀 (𝐂)Where stories live. Discover now