Sejak dipertemukan dengan lelaki sekacak dan setampan Faris Syauqi, hidup Ayana Adra terus berubah. Siapa sangka pertemuan pertama mereka akan melahirkan bibit-bibit cinta.
"You still manage to make me starstruck by looking at you every day, sweety...
AYANA melabuhkan duduk di atas katilnya, bersiap sedia untuk tidur. Selepas mengulangkaji dan menyelesaikan beberapa perkara berkaitan program latihan industrinya, dia menarik nafas lega. Selesai satu perkara.
Dia teringat pula pada Faris yang datang untuk mengambil Leo tengahari tadi. Selepas selesai menandatangani beberapa dokumen penting, Leo akhirnya diserahkan kembali kepada Faris. Sempat juga dia membuat drama air mata depan Faris tadi sebab terpaksa berpisah dengan Leo.
"Alamak! Aku lupa nak hantar details internship dekat Encik Faris!" Terus tegak tubuhnya dan tangan lincah mencari beberapa fail yang berkaitan untuk dihantar kepada Faris. Mujur fail-fail tersebut di sync kan dengan telefonnya, jadi mudah untuk dia menghantar terus kepada Faris melalui WhatsApp.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Send!
Tiba-tiba matanya terpandangkan gambar yang diguna Faris dalam WhatsApp. Gambar dia yang tak menampakkan muka sedang mendukung Leo yang gebu itu.
Ayana senyum sendiri. Lega kembali apabila urusannya sudah selesai. Tetapi dia baru perasan, dia tak perkenalkan diri kepada Faris. Ayana ketap bibir. Faris pula sudah membaca pesanannya.
Deringan telefonnya membuatkan Ayana semakin cuak. Melihatkan nama yang sedang menelefonnya lagi menambahkan rasa gugup Ayana. Lambat-lambat dia menggesek ikon hijau ke tepi dan melekapkan telefon di telinganya.
'Assalamualaikum, Adra.' Sapa Faris di hujung talian dengan suara garaunya.
"Waalaikumussalam, Encik Faris. Maaf saya kacau encik malam-malam ni. Saya nak hantar details internship je. Saya minta maaf juga sebab tak kenalkan diri dekat WhatsApp tadi." Ayana ketap bibir. Risau pula kalau kena marah sebab tak bersikap profesional dalam membuat kerja dan menghantar WhatsApp selepas habis waktu pejabat.
Mendengarkan tawa Faris itu, Ayana pasti bahawa lelaki itu tidak marah. Ayana hembus nafas lega. Terasa terbuai pula mendengarkan tawa lelaki itu. Ayana menampar pipinya perlahan. Apa fikir sampai macam tu?
'Awak kenapa tak tidur lagi, Adra? Esok-esok pun boleh hantar details tu.' Garau suara Faris menyoal. Berdebar pula rasanya bila bercakap dengan Ayana melalui telefon. Selalunya kalau berbual secara berdepan elok je tapi kali ini terasa lain pula.
Ayana pula berdebar apabila Faris memanggilnya dengan nama keduanya. Walaupun bukan kali pertama Faris memanggilnya Adra, tapi perasaan dia lain sekarang ini. Tidak ada orang pernah memanggilnya Adra sebelum ini. Faris adalah yang pertama.
"Saya baru lepas buat revision. Memang nak tidur pun tapi teringat pula pasal details tu, sebab tu saya cepat-cepat hantar." Jawab Ayana.
Masing-masing senyap. Menanti salah seorang daripada mereka untuk meneruskan perbualan. Hanya kedengaran bunyi nafas masing-masing saja.
"Encik Faris kenapa tak tidur lagi?" Ayana memulakan perbualan kembali. Faris di hujung talian mengukirkan senyuman. Memang dia menantikan soalan daripada gadis itu.