BAB 17

787 43 0
                                    

AYANA melepaskan keluhan. Akhirnya, selepas enam bulan dia berada di hotel ini, tamat juga statusnya sebagai pelajar intern.

Dia sudah pun mengucapkan terima kasih kepada semua pekerja yang dia kenal terutama sekali cef Hairi, Kak Fifi dan Daniel yang banyak menolongnya sepanjang dia berada di situ. Sempat lagi dia dan Kak Fifi membuat drama air mata di dalam pejabat tadi.

Selepas memulangkan tag nama, ID card, kunci loker dan mengisi beberapa helaian kertas, dia akhirnya bebas daripada terikat dengan hotel ini. Tenang hatinya kerana semua urusannya dipermudahkan.

Cadangnya dia ingin berjumpa dengan Faris sebentar tapi bila di fikirkan balik, dia tak mahu mengganggu Faris membuat kerja jadi dia membatalkan niat untuk ke tingkat atas, dia menekan butang lif untuk ke aras tempat letak kereta saja.

Kaki melangkah menuju ke keretanya yang terletak di hujung aras itu. Belum sempat tangannya ingin membuka pintu kereta, seseorang sudah berada di belakangnya dan menepuk bahu Ayana.

Ayana yang terkejut terus berpaling dan matanya membuntang, dadanya terus terasa sesak melihat orang itu. Dia terkaku di tempatnya.

"Ayana, long time no see." Orang itu menarik senyum. Ayana pula cuba mengawal pernafasannya dek masih rasa terkejut.

"Apa awak buat dekat sini, Atif?" Nama yang cukup perit untuk dia sebut. Nama yang sudah lama mati dalam hatinya, kini muncul di depannya.

"Saya nak jemput adik saya. Dia kerja dekat sini. Awak apa khabar, Ayana?" Atif seakan gembira dipertemukan kembali dengan Ayana, bekas teman wanitanya yang dia pernah sakitkan dulu.

"Saya sihat. Macam yang awak nampak." Seakan sinis jawapan yang Ayana berikan. Atif hanya mengangguk. Wajahnya kelat melihat Ayana seakan ingin menjauhkan diri darinya. Ya, dia terima itu. Memang itu layanan yang dia patut dapat.

"Along." Seseorang memanggil dari belakang, sedang berjalan ke arah mereka. Terkebil-kebil Ayana melihat Alif, rakannya di dapur hotel sedang merapati mereka. Alif adik Atif?

"Ayana, saya kenalkan adik saya, Alif. Mungkin awak kenal dia?" Atif bersuara. Alif terkejut melihat Ayana di situ.

"Along, inilah dia yang angah selalu cerita tu. Tak sangka pula along kenal dia." Alif pula bersuara. Atif juga terkejut, rupanya inilah kawan baru yang adiknya selalu bercerita itu. Ayana berdehem.

"Saya tak tahu pun awak ada adik?" Sememangnya dia tak sangka Alif dan Atif mempunyai pertalian darah. Semasa dia bercinta dengan Atif, tak pernah sekali pun dia berjumpa dengan Alif.

"Awak tak pernah jumpa dia pun sebab dulu dia study dekat Penang." Terang Atif. Ayana hanya mengangguk.

"Saya minta diri dulu." Ayana membuka pintu keretanya, tak ingin berlama-lama di situ. Rasa makin tak selesa selepas mengetahui Alif itu adik kepada Atif. Terasa kecil betul dunia. Jauh dia melarikan diri dari Atif tapi akhirnya berjumpa juga mereka.

"Ayana, saya nak minta maaf." Suara Atif menyapa gegendang telinganya. Ayana geram.

"Maaf? Lepas awak hina saya dulu, awak patahkan hati saya, awak nak minta maaf?" Kasar suara Ayana.

"Saya tahu saya salah Ayana. Saya lebih dengar cakap mak dan kakak saya sampai saya buat keputusan yang bodoh untuk lepaskan awak."

"Kalau bukan sebab itu pun saya tetap akan minta awak lepaskan saya sebab awak dah curang, awak buntingkan anak orang lain!" Suara Ayana bergema di kawasan parking itu. Marahnya membuak ketika itu. Lantaklah kalau ada orang lain dengar sekali pun.

Alif pula sudah terkejut. Tak sangka, rupanya perempuan yang pernah bercinta dengan abangnya dulu adalah Ayana.

"Ayana, saya tahu saya salah. Saya dah terlanjur dengan orang lain masa kita bercinta dulu. Saya pun dah dapat balasan saya, Ayana. Saya hilang, mak dan kakak saya. Saya hilang anak pertama saya disebabkan saya. Saya ada isteri dan adik saya je sekarang, Ayana." Atif sudah menahan sebak. Bersungguh-sungguh dia cuba meraih simpati daripada Ayana.

𝐌𝐘 𝐒𝐖𝐄𝐄𝐓𝐘 𝐀𝐃𝐑𝐀 (𝐂)Where stories live. Discover now